Skip to main content

Tajuk program : Jelajah Biodiversiti Pahang 2026 Daerah Pekan (DAY 1)
















Tajuk program : Jelajah Biodiversiti Pahang 2026 Daerah Pekan

(DAY 1)

Tarikh : 14 April 2026
Tempat : Taman Tasik Sultan Abu Bakar

 

Jelajah Biodiversiti Pahang 2026 kini menghangatkan Daerah Pekan bermula 14 April 2026 di Perpustakaan Awam Daerah Pekan, dengan pelbagai pengisian menarik yang mencetuskan keterujaan para peserta!

 

Seramai 60 orang peserta yang terdiri daripada pelajar Kolej Komuniti Pekan, GIATMARA Pekan dan kakitangan Perpustakaan telah hadir dan mengikuti keseluruhan pengisian program bermula dari majlis perasmian sehingga ke aktiviti lapangan. Dengan kehadiran barisan tetamu kehormat serta sokongan rakan strategik, suasana program dipenuhi semangat kolaborasi dan komitmen dalam menjayakan usaha memartabatkan biodiversiti negeri Pahang.

Program ini mengajak masyarakat untuk keluar daripada kebiasaan dan menyelami dunia biodiversiti secara lebih dekat dan interaktif. Melalui pendekatan sains masyarakat dan STEM, para peserta berpeluang menimba pengalaman baharu, memperluas pengetahuan serta membina kesedaran terhadap kepentingan menjaga dan memelihara khazanah alam.

Setiap aktiviti yang dirancang menjanjikan pengalaman yang bukan sahaja menyeronokkan, malah sarat dengan nilai pembelajaran dan inspirasi. Jelajah ini pastinya menjadi medan terbaik untuk meneroka, belajar dan menghargai keindahan biodiversiti bersama-sama.

Teruskan bersama kami sepanjang program berlangsung dan bersiap sedia untuk lebih banyak pengisian menarik yang menanti!

#JelajahBiodiversitiPahang2026

#CitizenScienceMonth

#ActsofScience

#CityNatureChallengePahang2026

#PUiTMPahang

#STEMSainsMasyarakat

#PembudayaanIlmuMembentukAdiwangsa

 


 

Comments

Popular posts from this blog

Ulasan Buku : Petua Menangani STRES

  17 November 2020 Tajuk Buku : Petua Menangani STRES Penulis : Dato' Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah, Haji Muhammad Zakaria, Muntazah Tumian dan Mahfuzah Omar Penerbit : Telaga Biru Sdn. Bhd. Tahun Terbitan : November 2017 Kehidupan anda dalam era globalisasi hari ini mengundang tekanan dari semua arah. Tekanan ini mengenai semua golongan dari pelajar hingga kepada ibu bapa, pekerja, golongan profesional, pemimpin dan rakyat jelata. Stres menjadikan diri kita tertekan, produktiviti diri menurun, jiwa tidak tenteram dan tindakan menjadi tidak rasional. Pada masa yang sama timbul perasaan marah, geram, lemah dan hilang keyakinan diri. Stres berpunca daripada sifat semula jadi yang tidak stabil seperti terlalu inginkan kemenangan, bersikap perfectionist, suka mendesak, risau keterlaluan, tidak mahu menerima teguran, bersangka buruk dan berdendam. Untuk menghindarkan diri daripada fenomena ini, kita perlu menangani stres dengan bijak. Jika stres tidak boleh dihilangkan sepenuhnya, ia per...

Adab Memberi Salam

Keperluan Memberi Salam Allah subhanahu wa Ta’aalaa berfirman: يَاأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا لاَ تَدْخُلُوا بُيُوتًا غَيْرَ بُيُوتِكُمْ حَتىَّ تَسْتَأْنِسُوا وَتُسَلِّمُوا عَلَى أَهْلِهَا ذَالِكُمْ خَيْرٌ لَكُمْ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُونَ “Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu memasuki rumah yang bukan rumahmu sebelum meminta izin dan memberi salam kepada penghuninya.Yang demikian itu lebih baik bagimu, agar kamu (selalu) ingat”.   (QS. an-Nur: 27) Rasulullah Shallallahu ’alaihi wa sallam bersabda: حَقُّ اْلمُسْلِمِ عَلَى اْلمُسْلِمِ سِتٌّ إِذَا لَقِيتَهُ فَسَلِّمْ عَلَيْهِ . . “ Hak seorang muslim atas muslim lainnya ada enam perkara: (1) Apabila engkau menjumpainya engkau berikan salam kepadanya. (2) Apabila ia mengundangmu engkau memperkenankan undangannya. (3) Apabila ia meminta nasihat, engkau menasehatinya. (4) Apabila ia bersin dan memuji Allah, hendaklah engkau mentasymitkannya (berdoa untuknya). (5) Apabila ia sakit hendaklah engkau menjenguknya. (6) Ap...

MUTIARA KATA

  Sila ikuti maklumat terkini dilaman web rasmi kami di https://library.uitm.edu.my/pahang #libphg #pabmembaca #libraryforall #PembudayaanIlmuMembentukAdiwangsa LIKE & FOLLOW FACEBOOK Perpustakaan Al-Bukhari: https://www.facebook.com/library.uitm.pahang