Tajuk program : JELAJAH BIODIVERSITI
PAHANG 2026 DI DAERAH ROMPIN
(DAY 2)
Tarikh : 15 April 2026
Tempat : Kolej Vokasional Sultan Ahmad Shah Rompin
Hari kedua Jelajah Biodiversiti Pahang 2026 di Daerah Rompin
diteruskan dengan penuh semangat apabila aktiviti lapangan kembali dijalankan
di kawasan sekitar yang telah ditetapkan.
Para peserta terus melibatkan diri dalam sesi pemerhatian
biodiversiti, merakam penemuan di lapangan serta menggunakan aplikasi
iNaturalist sebagai medium perkongsian data sains masyarakat. Setiap
pemerhatian yang direkodkan menambah nilai kepada usaha dokumentasi
kepelbagaian spesies di kawasan Rompin.
Sepanjang aktiviti, jelas kelihatan keterujaan dalam meneroka
alam sekitar yang kaya dengan pelbagai flora dan fauna yang unik serta
berpotensi untuk terus dikaji dan dipelihara. Sehingga ke hari ini (16/4/2026),
nampaknya daerah Rompin sedang mendahului 10 daerah yang lain dalam pemerhatian
di aplikasi iNaturalist, tahniah Rompin!!
Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat atas komitmen
dan kerjasama dalam menjayakan hari kedua program ini.
Dan perjalanan ini masih belum berhenti di sini…
Banyak lagi sudut alam yang menunggu untuk diteroka,
Banyak lagi penemuan yang boleh direkodkan,
Banyak lagi khazanah biodiversiti yang masih tersembunyi.
Jom teruskan bersama kami dalam Jelajah Biodiversiti Pahang
2026!
14
April – 14 Mei 2026
Sertai
Channel WhatsApp rasmi: https://bit.ly/JBP2026OFFICIAL
#JelajahBiodiversitiPahang2026
#CityNatureChallengePahang2026
#PembudayaanIlmuMembentukAdiwangsa




















Comments
Post a Comment