Tajuk program : JELAJAH BIODIVERSITI PAHANG 2026 DI DAERAH JERANTUT (DAY 3) Tarikh : 16 April 2026 Tempat : Bukit Istana
Tajuk program : JELAJAH BIODIVERSITI
PAHANG 2026 DI DAERAH JERANTUT
(DAY 3)
Tarikh : 16 April 2026
Tempat : Bukit Istana
Jelajah Biodiversiti Pahang 2026 kini meneruskan perjalanan ke
daerah ketiga iaitu Jerantut pada 16 April 2026 dengan pelaksanaan aktiviti
yang melibatkan penyertaan aktif para peserta.
Seramai 52 orang pelajar Kolej Komuniti dan staf Perpustakaan
telah mengambil bahagian dalam program yang berlangsung bermula di Perpustakaan
Awam Daerah Jerantut sebelum bergerak ke Bukit Istana bagi menjalankan aktiviti
lapangan.
Sesi taklimat menjadi pengisian awal sebelum para peserta
menjalankan aktiviti pemerhatian biodiversiti di lapangan. Aktiviti diteruskan
dengan sesi demonstrasi bagi memberi panduan kepada peserta dalam kaedah
merekod serta berkongsi data pemerhatian dengan lebih tepat.
Sepanjang aktiviti lapangan berlangsung, para peserta
menunjukkan penglibatan yang aktif dalam mengenal pasti serta mendokumentasikan
pelbagai spesies yang ditemui di sekitar kawasan. Setiap pemerhatian yang
direkodkan bukan sahaja menambah nilai kepada program, malah memberi pengalaman
pembelajaran yang bermakna kepada peserta. Siapa peserta daripada Daerah
Jerantut, boleh komen “SAYA”![]()
Secara keseluruhannya, program berjalan dengan lancar hasil
kerjasama erat serta komitmen semua pihak yang terlibat dalam menjayakan setiap
pengisian yang dirancang.
Siri jelajah ini akan beralih ke lokasi berikutnya dengan
pelaksanaan aktiviti yang terus memperkaya pengalaman peserta. Nantikan
perkongsian seterusnya sepanjang perjalanan Jelajah Biodiversiti Pahang 2026.
#JelajahBiodiversitiPahang2026





















Comments
Post a Comment