Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2012

JOB SHOP UiTM

GAMBAR SEKITAR JOM KE PERPUSTAKAAN

BIASISWA & DERMASISWA YAYASAN SIME DARBY 2012

Program Taklimat/ Sesi Penerangan Biasiswa & Dermasiswa Yayasan Sime Darby 2012 Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Yayasan Sime Darby (YSD) akan mengadakan taklimat/ sesi penerangan di UiTM Cawangan Pahang. YSD telah memperuntukkan sebanyak 380 biasiswa bernilai RM22.6 juta bagi tahun 2012. Biasiswa ini bertujuan untuk membantu pelajar yang mencapai prestasi akademik yang memuaskan terutamanya dari latar belakang berpendapatan rendah untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Berikut adalah maklumat berkenaan program:- Tarikh : 5 April 2012 (Khamis) Masa : 11.00 pagi - 4.00 petang Tempat : Foyer Auditorium 1 Aktiviti : Membuka kaunter pertanyaan dan memberi penerangan mengenai Program Biasiswa YSD Oleh yang demikian, pihak Unit Kerjaya & Kaunseling ingin memohon bantuan dari semua pihak untuk sama-sama memaklumkan tentang program ini kepada semua pelajar masing-masing terutamanya pelajar diploma semester akhir & pelajar ijazah

MAKLUMAN KEPADA SEMUA PELAJAR

Makluman kepada semua pelajar yang bakal menamatkan pengajian: Anda diminta untuk membuat 'clearance' di kaunter utama Perpustakaan Al-Bukhari bagi mengelakkan berlakunya sebarang masalah ketika Majlis Konvokesyen kelak. Sebarang pertanyaan boleh lah menelefon pihak Perpustakaan Al-Bukhari di talian 09 460 2105 Segala Kerjasama anda amat kami hargai.

JANGAN LUPA JOM KE PERPUSTAKAAN BERMULA HARI INI

JOM PAKAT-PAKAT KE PERPUSTAKAAN AL-BUKHARI BERMULA HARI NI. JANGAN LEPASKAN PELUANG YANG ADA.. Ceramah 1: Ceramah Umum “Plagiarism vs Copyright Infringement” Oleh: Pn. Suria Fadhillah binti Md Pauzi (Koordinator Kursus Undang-Undang Tempat - Perpustakaan baru Ceramah 2: Taklimat dan demonstrasi penggunaan Pangkalan Data BERNAMA Library & Infolink Services - BLIS Oleh: Pn. Raj Anila (BERNAMA) Tempat - Perpustakaan Baru MOH LE KITA BERAMAI-RAMAI

TAHNIAH

TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA PUSTAKAWAN KANAN KITA EN. NORHAZLAN NORDIN KERANA TELAH MENDAPAT CAHAYA MATA beliau YANG KETIGA PADA (20/3/2012)

JOM KE PERPUSTAKAAN

Ekspo Selangkah ke UiTM

Ekspo Selangkah ke UiTM 2012 - anjuran UiTM Cawangan Pahang tarikh: 24 hingga 25 Mac 2012 (Sabtu hingga Ahad) masa: 8.30 pagi hingga 5.30 petang tempat: Ruang Legar Bazar Kuala Semantan, Bandar Temerloh Kampus Bukit Sekilau, Kuantan tarikh: 31 Mac 2012 (Sabtu) masa: 9 pagi hingga 10 malam tempat: Dataran Jam Nadi Kota, Bandar Tun Abdul Razak Jengka

STAF TANPA MC SEPANJANG 2011

SBPA Batal, SSM Akan Ditambahbaik - Najib

PUTRAJAYA:   Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak pada Khamis mengumumkan Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang diperkenalkan pada 1 Januari lalu akan dimansuhkan. Sehubungan itu, 1.4 kakitangan awam akan tertakluk kepada Sistem Saraan Malaysia (SSM). Najib, turut mengumumkan penubuhan sebuah suruhanjaya khas yang dianggotai oleh semua pihak berkepentingan bagi mengkaji secara komprehensif dan holistik perkhidmatan awam Malaysia. "Selaras dengan komitmen kerajaan sebagaimana yang diumumkan dalam ucapan belanjawan 2012 suka saya umumkan pelarasan gaji berdasarkan Jadual Gaji Matriks (JGM) SSM," katanya pada Perhimpunan Khas Penjawat Awam di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Najib berkata, kerajaan juga bersetuju menaikkan kadar Bantuan Sara Hidup (COLA) bagi kawasan B dinaikkan daripada RM200 sebulan kepada RM250, dan bagi kawasan C kadarnya dinaikkan daripada RM100 sebulan kepada RM150 sebulan. Menurutnya, struktur gaji SSM akan

APA ITU WILEY ONLINE LIBRARY

http://onlinelibrary.wiley.com.ezaccess.library.uitm.edu.my/

Audit Dalam Perpustakaan Bil. 1/2012

Audit Dalam Perpustakaan Bil. 1/2012 akan diadakan seperti ketetapan berikut : Tarikh : 08 Mac 2012 (Rabu) Masa : 2.30 Petang - 5.00 Petang Tempat : Perpustakaan Al-Bukhari, UiTM Caw. Pahang Auditor : En. Mohd Norafizal b. Abd Aziz

KARNIVAL BUKU PAHANG 2012

Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang dengan sokongan Kerajaan Negeri Pahang menganjurkan Karnival Buku Pahang 2012 pada 9-18 Mac 2012. Karnival Buku Pahang ini juga dengan kerjasama erat MPH Bookstore. Karnival Buku Pahang 2012 ini turut disokong oleh DRB-HICOM dan Institut Terjemahan & Buku Malaysia. Karnival Buku Pahang 2012 anjuran Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang ini berlangsung di The Zenith Hotel Kuantan. Pengunjung ke Karnival Buku Panag 2012 ini akan menikmati diskaun sehingga 70% keatas buku-buku yang terpilih. Pengunjung juga boleh menggunakan Baucer Buku 1Malaysia sema Karnival Buku Pahang 2012 ini. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi talian 03-2938 3818 atau layari MPH Bookonline . Karnival Buku Pahang 2012 Tarikh: 9-18 Mac 2012 Masa: 11 pagi - 9 malam Tempat: The Zenith Hotel (Pusat Konvensyen Antarabangsa Sultan Ahmad Shah) Aktiviti: Pelbagai aktiviti diadakan untuk kanak-kanak, belia dan dewasa. Maklumat lanjunt:

BERKONGSI ILMU PENGETAHUAN

Rahsia anak hebat ANAK hebat lebih berdisiplin, ada wawasan, sasaran, matang berfikir, mudah bergaul, seimbang hidupnya, bagus akhlaknya serta taat agama. Dia bukan sahaja disenangi ibu bapa, guru dan rakan-rakannya. Mereka cemerlang dalam akademik dan kokurikulum malah sering ditabal tokoh pelajar di sekolah. Jadi, apa yang ada pada anak cemerlang yang tiada pada anak-anak lain? Ada anak hebat datang daripada keluarga biasa, anak yatim atau daripada keluarga mangsa penceraian. Ini membuktikan persekitaran, keadaan keluarga, kesusahan dan kemiskinan tidak menjejaskan menjadi insan hebat. Rahsia pertama: Anak hebat ada matlamat jelas dan tidak sanggup berkompromi dalam merealisasikan matlamatnya. Apabila ditanya cita-citanya, mereka memberi jawapan dengan pasti. Rahsia kedua: Anak hebat pentingkan pelajaran. Dia tahu hanya pelajaran boleh mencapai cita-citanya. Justeru, mereka memberi tumpuan dalam kelas, menyiapkan kerja sekolah dan mengulang kaji pelajaran. Mal