Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2020

Proses Merincih Fail/Rekod, Bahagian Hal Ehwal Akademik (HEA)

 28 Ogos 2020 Proses merincih fail/rekod. Ini merupakan proses akhir pelupusan Fail & Rekod yang melibatkan rekod-rekod homogeneous di Unit Penilaian Akademik, Bahagian Hal Ehwal Akademik (HEA), UiTM Cawangan Pahang Proses ini dipantau selia oleh Unit Arkib Universiti Perpustakaan Al-Bukhari, UiTM Cawangan Pahang.

Lawatan Penandaarasan Pensyarah Kolej Vokasional Muadzam Shah

 28 Ogos 2020 Perpustakaan Al-Bukhari UiTM Cawangan Pahang menerima lawatan penandaarasan daripada Pensyarah Kolej Vokasional Muadzam Shah. Kunjungan ini bertujuan untuk berkongsi idea dan proses kerja yang terlibat dalam skop sumber pembelajaran yang melibatkan perpustakaan. Tentatif program melibatkan taklimat dan lawatan perpustakaan termasuk bahan dan sistem yang digunakan.

Taklimat Rujukan kepada Pensyarah Baru UiTM Cawangan Pahang.

  25 Ogos 2020 Pustakawan Rujukan di Perpustakaan Al-Bukhari UiTM Cawangan Pahang sedang memberi taklimat kepada pensyarah baru UiTM Cawangan Pahang. Taklimat bertujuan untuk mewawarkan perkhidmatan dan kemudahan yang Perpustakaan Al-Bukhari sediakan kepada semua pengguna perpustakaan terutama warga UiTM Cawangan Pahang.

PAMERAN MAYA SEMPENA MENYAMBUT MAAL HIJRAH 1442H

 PAMERAN MAYA SEMPENA MENYAMBUT MAAL HIJRAH 1442H       KLIK DI SINI        

"PAMERAN BUKU SEMPENA BULAN KEMERDEKAAN"

 19 Ogos 2020 "PAMERAN BUKU SEMPENA BULAN KEMERDEKAAN" Sempena sambutan bulan Kemerdekaan MALAYSIA yang ke 63 tahun, Perpustakaan Al-Bukhari, UiTM Cawangan Pahang telah mengadakan satu pameran di ruang legar di dalam perpustakaan bertajuk: Pameran Buku Sempena Bulan Kemerdekaan. Maklumat yang disampaikan di dalam pameran ini ialah berkaitan kemerdekaan dan tokoh dalam memperjuangkan kemerdekaan Malaysia. Selain itu, dipamerkan juga buku-buku tokoh kemerdekaan dan tokoh-tokoh dalam islam. Pameran juga disediakan secara maya.Sila layari di pautan: https://pahang.library.uitm.edu.my/collections/exhibitions ... untuk mengakses bahan pameran.  

PROGRAM WAKAF 4.0 LIVE@PAB : “MINDA MERDEKA, MINDA KAIZEN”

  PROGRAM WAKAF 4.0 LIVE@PAB :  “MINDA MERDEKA, MINDA KAIZEN” Program wakaf 4.0 adalah mengenai wakaf ilmu yang melibatkan staf UiTM, alumni UiTM dan individu yang berminat untuk mewakafkan ilmunya dan program galakan membaca seperti Bual Bicara Wacana Ilmu dan ulasan buku di platform sosial media Perpustakaan Al-Bukhari. Program ini adalah anjuran Unit Kualiti dengan kerjasama Perpustakaan Al-Bukhari.                 Moderator :  Puan Nurfarawahidah binti Badruesham Pustakawan Kanan,  Perpustakaan Al-Bukhari, UiTM Cawangan Pahang Panel :   Encik Ahmad Fauzan bin Othman  Lead Trainer for Train-The-Trainer by HRDF  Penulis Buku 1. Startegi Berpasukan Untuk Berjaya-Cemerlang & Menang Cara Bola Sepak 2. Rahsia KYOUMI NO CHIKARA 3. 51 Aktiviti Experiential Learning dan Lain-lain. UNTUK RAKAMAN SIARAN LANGSUNG KLIK SINI

Persiapan Pameran Kemerdekaan Malaysia ke-63

 17 Ogos 2020 Aktiviti gotong-royong menyiapkan Pameran Buku sempena Bulan Kemerdekaan. MALAYSIA menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 63 tahun. Gotong-royong bersama staf Perpustakaan Al-Bukhari UiTM Cawangan Pahang di mana proses dari menyediakan meja, papan layar, poster-poster kemerdekaan, buku-buku berkaitan tokoh serta kemerdekaan dan kekemasan kawasan pameran.  Pameran diadakan dan dipamerkan di Ruang Legar dan pintu masuk utama Perpustakaan Al-Bukhari UiTM Cawangan Pahang.

PAMERAN MAYA SEMPERNA BULAN KEMERDEKAAN

 PAMERAN MAYA SEMPERNA BULAN KEMERDEKAAN   PAMERAN MAYA SEMPERNA SAMBUTAN KEMERDEKAAN UiTM CAWANGAN PAHANG TAHUN 2020   MALAYSIA PRIHATIN KLIK SAYA @ SCAN SAYA