Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2016

Program Jom Baca bersama untuk 10 minit

Buat kali ke-3, Perpustakaan Al-Bukhari UiTM Pahang, Kampus Jengka telah berjaya mengadakan Program Jom Baca bersama untuk 10 minit pada 25 April 2016, Isnin, tepat jam 11.00 pagi dan berakhir pada 11.10 minit pagi. Program tahunan ini telah dianjurkan oleh Perpustakaan Awam Malaysia. Program yang telah berjaya dihadiri oleh 41 orang peserta adalah terdiri daripada Pensyarah, staf perpustakaan, staf pentadbiran dan kumpulan pelajar UiTM Cawangan Pahang ini telah memperlihatk ... an peningkatan jumlah peserta yang menyertai program ini berbanding tahun lepas. Semoga budaya membaca ini dapat diterapkan dalam kehidupan seharian. Carilah maklumat yang berguna dan bacalah agar isinya menjadi panduan hidup kita. Jumpa lagi di program ini di tahun hadapan! p/s: Naskhah yang hampir 90,000 di perpustakaan kami ini merangkumi banyak subjek. Jom kita terokai, pinjam dan bacalah!    10 Minit membaca bersama semua peserta    Perkongsian ilmu bahan bacaan oleh peserta  

Jom Membaca 10 Minit 2016

Untuk makluman Kepada pengguna perpustakaan khasnya para pensyarah, staf UiTM, pelajar program Ijazah Sarjana Muda, pelajar Pasca-siswazah jangan lupa untuk datang ke perpustakaan bagi menjayakan Program Jom Baca 10 Minit pada 25 April 2016 (Isnin) Program yang dijalankan serentak di seluruh negara ini adalah anjuran Perpustakaan Awam Se-Malaysia. Sebagai tanda sokongan, pihak Perpustakaan Al-B ... ukhari UiTM Cawangan Pahang akan mengadakan program tersebut di hari dan waktu yang sama iaitu; Jam 11.00 pagi (Datang seawal 10.45 pagi untuk pendaftaran) Buku bacaan disediakan dan sijil penyertaan akan diberikan.  

Chat With Librarian

Pustakawan Rujukan di perpustakaan kami sedia membantu ! Untuk pengetahuan anda,perkhidmatan ini boleh diakses samaada dari dalam mahupun luar kampus Sekiranya pegawai yang bertugas “offline”, sila tinggalkan soalan anda & Kami akan menjawab soalan anda melalui email yang diberi .     Masuk laman Web Library UiTM Cawangan Pahang   Klik "Chat with Al-bukhari Librarian dan boring dibawah akan keluar untuk diisi sebelum chat bermula.     Jangan Lupa untuk bagi penilaian kepada perkhidmatan kami selepas selesai menggunakan  "Chat With Librarian"

Bengkel Khidmat Bantu Pusat Sumber Sekolah (PSS) di Sekolah Kebangsaan Kuala Wau, Maran, Pahang

PKG Bandar Maran dengan kerjasama PPD Maran telah melaksanakan bengkel tersebut seperti ketetapan di bawah : Tarikh : 19 & 20 April 2016 (Selasa & Rabu) Tempat : PSS SK Kuala Wau, Maran  

Koleksi khas: Koleksi Pahang

Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera Untuk makluman, pihak perpustakaan telah mewujudkan koleksi khas: Koleksi Pahang yang mana ianya bertujuan untuk mengumpul bahan-maklumat khususnya mengenai Negeri Pahang serta susur-galur sejarah negeri dan tokoh-tokoh yang telah berjasa kepada negeri. Koleksi ini adalah untuk rujukan dalaman sahaja. Terletak di aras bawah, Perpustakaan Al-Bukhari 1.