Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2021

SOP Perkhidmatan Perpustakaan Al-Bukhari

  28 Januari 2021 Perpustakaan Al-Bukhari telah mengeluarkan SOP dalam menjalankan perkhidmatan kepada pengguna perpustakaan. SOP ini bagi mengekang penularan wabak kawasan UiTM terutama di perpustakaan yang menjadi tumpuan pengguna. Sila patuhi SOP yang ditetapkan semasa berada di dalam Perpustakaan Al-Bukhari, UiTM Cawangan Pahang.

WAKAF 5.0 LIVE@PAB ; SEGMEN BICARA PAKAR : PENGURUSAN REKOD PASCA BANJIR

  29 Januari 2021  Satu program WAKAF 5.0 LIVE@PAB ; SEGMEN BICARA PAKAR : PENGURUSAN REKOD PASCA BANJIR anjuran Perpustakaan Al-Bukhari (PAB). Bual Bicara ini dibawah segmen bicara pakar yang membincangkan dan membicarakan tentang kesan kemusnahan rekod dan dokumen penting akibat banjir. Selain itu ianya juga membincangankan cara-cara pembaikan rekod dan dokumen yang rosak untuk dibaik pulih serta cara pembaikannya. Program ini telah di moderatorkan oleh Puan Norfitriah Bt Mat Seman, Pustakawan Kanan PAB dan panel jemputan ialah  Puan Wan Nurul Asnidayu binti Wan Zawawi, Pegawai Arkib Kanan, Unit Latihan Arkib, Seksyen Konsultansi dan Latihan, Arkib Negara Malaysia.

Ulasan Buku : USRAH "INI SEMUA POYO!"

 26 Januari 2021 USRAH  "INI SEMUA POYO!" Penulis : Asyraf Farique Penerbit : Humaira Publications Tahun Terbitan : 2014 ISBN : 9789671198988 No. Panggilan : BP170.85. A87 2014 "Jangan biarkan diri anda dihantui persepsi buruk tentang USRAH dan AMAL ISLAM" Usrah? Apa yang anda fikirkan tentang usrah saat pertama kali mendengar tentangnya. Seram? Untuk orang bajet alim? Untuk orang baik-baik saja? Poyo? Skema? Tidak mengapa anda mempunyai persepsi seperti itu, kerana saya juga pernah mempunyai persepsi yang serupa saat pertama kali mula mendengar perkataan yang begitu asing sekali, usrah ? Bagaimana pula jika, anda telah mengikuti usrah tetapi hati masih berasa kosong? Anda telah mengikuti usrah tetapi masih gagal untuk menjaga hati dari perkara yang melalaikan? Anda telah menjadi murabbi tetapi masih sukar mengambul hati mad'u? Buku ini bakal menghidangkan anda tip dan keadah yang efektif untuk diamalkan sebagai seorang murabbi dan mutarabbi yang menyengat dal

Doa-Doa Harian

  25 Januari 2021 Doa-doa harian yang boleh diamalkan dalam amalan dan aktiviti kita sehari-harian. Semoga dengan mengamalkan doa-doa ini hidup kita akan sentiasa diberkati dan dilindungi. Amin

Ulasan Buku : ADAT vs IBADAT "Jawapan kepada AMALAN KONTROVERSI"

 22 Januari 2021 ADAT vs IBADAT Jawapan kepada AMALAN KONTROVERSI Penulis : Dr. Mohammad Nidzam Bin Abdul Kadir Penerbit : Telaga Biru Sdn. Bhd. Tahun Terbitan : 2016 ISBN : 9789673882632 No. Panggilan : BP184.M64 2016 Masyarakat Melayu Islam mempunyai amalan keagamaan yang tersendiri. Amalan-amalan ini diwarisi daripada generasi sebelum mereka. Hari ini, kedengaran suara dan tulisan yang mempertikaikan amalan- amalan yang dilakukan oleh masyarakat tersebut. Kritikan dan pertikaian terhadap amalan ini disandarkan kepada sebuah hadis Nabi SAW. Akibatnya, timbul pergaduhan dan perbalahan dalam kalangan masyarakat Melayu Islam.

Mutiara Kata@PAB

  22 Januari 2021 MUTIARA KATA @ PERPUSTAKAAN AL-BUKHARI

Mutiara Kata@PAB

 21 Januari 2021 MUTIARA KATA @ PERPUSTAKAAN AL-BUKHARI

Proses Pemusnahan Merincih fail/rekod awam di Pejabat Unit Kesihatan

  21 Januari 2021 Unit Kesihatan, Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) telah menjalankan Proses Pemusnahan Merincih fail/rekod awam di Pejabat Unit Kesihatan. Sebanyak 24 kotak rekod awam dilupuskan dengan kaedah merincih oleh PTJ yang terlibat. Proses pemusnahan dan merincih ini dilakukan oleh staf Unit Kesihatan dan dipantau oleh staf Unit Arkib Universiti, Perpustakaan Al-Bukhari, UiTM Cawangan Pahang, iaitu Puan Suhaina binti Ibrahim, Pembantu Pustakawan.

Mutiara Kata@PAB

 20 Januari 2021 MUTIARA KATA @ PERPUSTAKAAN AL-BUKHARI

Pameran Bencana Banjir Negeri Pahang 2021

  20 Januari 2021 Perpustakaan Al-Bukhari telah mengadakan satu pameran fizikal yang bertajuk Pameran Bencana Banjir Di Pahang Tahun 2021 telah diadakan dan telah dipamerkan di ruang legar dalam Perpustakaan Al-Bukhari, UiTM Cawangan Pahang. Pameran ini adalah berkaitan dengan bencana banjir yang telah melanda seluruh negeri pahang. Bencana banjir yang berlaku ini telah menyebabkan terlalu banyak kemusnahan harta benda dan lebih menyedihkan kehilangan nyawa orang yang tersayang.

PAMERAN MAYA@PAB : PAMERAN BANJIR MISI SUKARELAWAN UiTM CAWANGAN PAHANG

20 Januari 2021 PAMERAN MAYA@PAB : PAMERAN BANJIR MISI SUKARELAWAN UiTM CAWANGAN PAHANG Perpustakaan Al-Bukhari, UiTM Cawangan Pahang telah menyediakan satu pameran maya bertajuk: PAMERAN MAYA BANJIR MISI SUKARELAWAN UiTM CAWANGAN PAHANG Sila imbas kod QR atau layari di pautan: KLIK SINI untuk mengakses bahan pameran. Unit Komunikasi Korporat Perpustakaan Al-Bukhari UiTM Cawangan Pahang

Ulasan Buku : RESEPI SIHAT : Doa, Flora & Fauna

 18 Januari 2021 RESEPI SIHAT : Doa, Flora & Fauna Penulis : Ustaz Sharhan Shafie Penerbit : Al-Ruqyah Thobibi Tahun Terbitan : 2015 ISBN : 9789671254837 No. Panggilan : BP189.65.F35 S53 2015 Buku ini dihasilkan bagi mengenangkan Tips Nabawi yang mana Rasulullah menggunakan ayat-ayat Al-Quran (Ruqyah) doa, fauna iaitu susu kambing, susu unta, madu dan sebagainya, serta menggunakan flora seperti kurma, habbatus sauda, bijirin, delima, buah tin dan sebagainya. Dengan menggunakan bahan-bahan ini boleh dikata menghidupkan Sunnah dan sekaligus mendapat pahala kerana ianya perbuatan SAW.

Mutiara Kata@PAB

 15 Januari 2021 MUTIARA KATA @ PERPUSTAKAAN AL-BUKHARI

Ulasan Buku : Psikologi Cinta

 15 Januari 2021 Psikologi Cinta Penulis : Dato' Dr. Mohd Fadzilah Kamsah & Syaidatun Nazirah Penerbit : PTS Millennia Sdn. Bhd. Tahun Terbitan : 2007 ISBN : 9789833372836 / 983337283X No. Panggilan : BP188.16.L68 M64 2007 Semua orang ingin hidup dalam suasana penuh kasih sayang. Rasa ingin dicintai dan mencintai adalah fitrah dalam kehidupan. Setiap yang bercinta tentunya ingin bahagia. Buku ini mengupas persoalan cinta daripada erti cinta, jenis-jenis percintaan, panduan bercinta dan berdating, tip-tip bercinta hinggalah kepada kesan dan pengaruh cinta dalam hidup.

Penukaran dan Pemasangan Pintu Baru Bilik AHU di PAB 1

  14 Januari Penukaran dan Pemasangan Pintu Baru Bilik AHU di PAB 1 Proses penukaran dan pemasangan pintu baru bilik AHU aircond di Perpustakaan Al-Bukhari UiTM Pahang oleh Staf dan kontraktor Pejabat Pengurusan Fasiliti dan ICT (PPFI) UiTM Cawangan Pahang. Proses ini bertujuan menggantikan pintu lama bilik AHU di Perpustakaan Al-Bukhari 1 (PAB 1) yang rosak dan pecah.

Books Best Sellers at PAB! Siri 2/2021

 14 Januari 2021 Books Best Sellers at PAB! Siri 2/2021 Koleksi Best Sellers terbaru terdapat di perpustakaan. Moh kita pinjam dan baca buku best seller yang ada di Perpustakaan Al-Bukhari Uitm Pahang. Sila layari link: KLIK SINI untuk perkhidmatan Books To Door Sevices yang disediakan oleh Perpustakaan Al-Bukhari UiTM Cawangan Pahang.

Mutiara Kata@PAB

  14 Januari 2021 MUTIARA KATA @ PERPUSTAKAAN AL-BUKHARI

Ulasan Buku : Langit ILAHI : Tuhan Tidak Lupakan Kita

  13 Januari 2021 Langit ILAHI : Tuhan Tidak Lupakan Kita Penulis : Hilal Asyraf Penerbit : Galeri Ilmu Sdn. Bhd. Tahun Terbitan : 2009 ISBN : 9789830972152 No. Panggilan : BP188.2.H55 2009 Kita hakikatnya berada di bawah LANGIT ILAHI. Kita berada di bawah naungan-Nya, setiap masa, setiap saat, setiap detik. Kembali kepada Allah, barulah kita akan terlepas dari segala kecelaruan yang mengikat jiwa kita hari ini. Kembali kepada Allah, barulah kebahagiaan yang sebenar itu akan kita kecapi. Bersama kita menelusuri helai demi helai tazkirah di dalam buku ini. Kita bersama-sama muhasabah, berkongsi, berfikir dan koreksi diri. Mari kita teliti kehidupan kita! Pensyarah bertanya, “Bicara siapakah ini?” Inilah bicara penderhaka-penderhaka, yang ingkar kepada Allah di dunia setelah melihat balasan mereka di akhirat. Akhirnya mereka percaya akan Allah SWT, namun sudah terlewat. Lalu apakah faedahnya bicara mereka kepada kita di dunia? Apabila kita mendengar bicara mereka, tidakkah k

Mutiara Kata@PAB

  13 Januari 2021 MUTIARA KATA @ PERPUSTAKAAN AL-BUKHARI

Ulasan Buku : Syukur? Terapi Diri Muslim

 12 Januari 2021 Syukur? Terapi Diri Muslim Penulis : Muhammad Naim bin Sadoon Penerbit : Hijjaz Records Tahun Terbitan : 2014 ISBN : 9789675391347 No. Panggilan : BP188.16.G7 M84 2014 Syukur? Adakah kita sudah menjadi sebahagian daripada hambaNya yang bersyukur? Jika mengakui pun, adakah lafaz itu juga terlahir dari hati yang ikhlas? Alhamdulillah, Alhmdulillah Alhamdulillah, tapi bagaimana dengan perbuatan? Tidak menunaikan solat, tidak berzakat, lalai beribadah? Itu bukanlah cara hamba yang pandai mensyukuri nikmat Allah. Sungguh syukur itu mulanya dari hati, lafaz dan perbuatan yang menjadi satu kewajipan setiap muslim sebagai tanda iman, ihsan dan kehambaan.Syukur dengan segala pemberiannya, nikmat pancaindera, kesihatan, keamanan, kasih-sayang serta seribu macam kebahagiaan yang dikurniakan Allah swt kepada setiap hambanya tanpa terlepas pandangn sedikitpun.