Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2015

SUDUT UKUR SENDIRI BMI (HEALTHY SETTING)

Pihak Perpustakaan Al-Bukhari 1 telah menyediakan satu sudut khas “SUDUT UKUR SENDIRI BMI (HEALTHY SETTING)” sebagai usaha menyokong kepada Pelaksanaan Program Siswa Sihat (PROSIS) anjuran Jabatan Kesihatan Negeri Pahang. Program ini adalah susulan daripada pelaksanaan Program Siswa Sihat yang telah diadakan di Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi (FSSR) UiTM Cawangan Pahang. Disamping itu pihak kami ada juga sediakan bahan-bahan bacaan berunsurkan kesihatan yang sesuai dengan pengukuran berat badan yang berlebihan. pinjaman bahan tersebut boleh dibuat seperti biasa.

Pameran pendidikan Anjuran AUG Student Services

Pameran pendidikan yang melibatkan beberapa Universiti terkemuka antarabangsa (Australia, UK, Malaysia) di Perpustakaan Al-Bukhari Uitm Pahang pada 1 Oktober 2015 yang lalu. Pameran yang dianjurkan oleh AUG Student Services ini adalah untuk memberi pendedahan dan penerangan kepada semua pelajar & pensyarah yang berminat dan berhasrat untuk menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi di luar  negara.Antara universiti yang terlibat adalah: 1. University West Australia (UWA) 2. Curtin University 3. Queensland University Technology (QUT) 4. University Technology of Sydney (UTS) 5. Canberra University 6. University New South Wales (UNSW) 7. University of South Queensland (USQ) 8. Australian National University (ANU) 9. The University of Melbourne (UnIMELB) 10. University of Tasmania (UTAS) 11. University College Birmingham (UCB) 12. University of Sunderland 13. Portsmouth University   14. University of Winchester   15. University of Gloucest