Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2017

Lawatan Prof. Hiroya Obaiyashi, Tokyo University of Agriculture

Perpustakaan Al-Bukhari Uitm Pahang telah menerima kunjungan Professor Hiroya Obaiyashi, Pensyarah Tokyo University of Agriculture, Jepun pada 16 Februari 2017. Kunjungan ini telah diiringi oleh beberapa pensyarah Fakulti Perkayuan yang diketuai oleh Prof. Dr. Jamaludin b. Kasim. Turut mengiringi kunjungan ini ialah PM Dato' Dr. Haji Hilmi AB Rahman.

Kursus Asas Pengurusan Rekod

Perpustakaan Al-Bukhari, UiTM Cawangan Pahang dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia Cawangan Pahang (ANM) telah menganjurkan Kursus Asas Pengurusan Rekod, Pegawai Rekod Jabatan & Pembantu Tadbir Rekod Jabatan pada hari Rabu, 15 Februari 2017. Sebanyak 2 sesi kursus telah diadakan. Sesi pertama disampaikan oleh Puan Syazwani bt. Salleh, Penolong Pengarah 1, Arkib Negara Malaysia Cawangan Pahang manakala sesi kedua pula telah disampaikan oleh En. Norhazlan Nordin, Pustakawan Kanan Perpustakaan Al-Bukhari UiTM Cawangan Pahang. Kursus yang diadakan selama sehari ini telah dihadiri oleh 42 orang peserta dari pelbagai bahagian dan jabatan di UiTM Cawangan Pahang.

Bacaan Yasin Dan Ihya Ad-Din

Setiap 2 kali sebulan Pepustakaan Al-bulkhari akan mengadakan Majlis Bacaan Yasin dan Tazkirah Ihya Ad-Din dengan kerjasama Pihak ACIS.