Skip to main content

Posts

Showing posts from 2015

PAMERAN HERBA KITA

Pameran herba sedang berlangsung di perpustakaan jom kita menambahkan ilmu dan kenali herba2 di uitm Pahang.    

SUDUT UKUR SENDIRI BMI (HEALTHY SETTING)

Pihak Perpustakaan Al-Bukhari 1 telah menyediakan satu sudut khas “SUDUT UKUR SENDIRI BMI (HEALTHY SETTING)” sebagai usaha menyokong kepada Pelaksanaan Program Siswa Sihat (PROSIS) anjuran Jabatan Kesihatan Negeri Pahang. Program ini adalah susulan daripada pelaksanaan Program Siswa Sihat yang telah diadakan di Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi (FSSR) UiTM Cawangan Pahang. Disamping itu pihak kami ada juga sediakan bahan-bahan bacaan berunsurkan kesihatan yang sesuai dengan pengukuran berat badan yang berlebihan. pinjaman bahan tersebut boleh dibuat seperti biasa.

Pameran pendidikan Anjuran AUG Student Services

Pameran pendidikan yang melibatkan beberapa Universiti terkemuka antarabangsa (Australia, UK, Malaysia) di Perpustakaan Al-Bukhari Uitm Pahang pada 1 Oktober 2015 yang lalu. Pameran yang dianjurkan oleh AUG Student Services ini adalah untuk memberi pendedahan dan penerangan kepada semua pelajar & pensyarah yang berminat dan berhasrat untuk menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi di luar  negara.Antara universiti yang terlibat adalah: 1. University West Australia (UWA) 2. Curtin University 3. Queensland University Technology (QUT) 4. University Technology of Sydney (UTS) 5. Canberra University 6. University New South Wales (UNSW) 7. University of South Queensland (USQ) 8. Australian National University (ANU) 9. The University of Melbourne (UnIMELB) 10. University of Tasmania (UTAS) 11. University College Birmingham (UCB) 12. University of Sunderland 13. Portsmouth University   14. University of Winchester   15. University of Gloucest

Pemenang Pertandingan Selfie/Wefie

Persaingan yang cukup hebat dikalangan peserta selfie/Wefie ni sampai sukar untuk pihak Perpustakaan Al-Bukhari untuk memilih yang mana layak untuk menjadi pemenang. Johan                                                   Naib Johan  Tempat ke- 3                                        Tempat Ke-4

Sesi Bacaan Yasin & Perkongsian Ilmu

Sesi Bacaan Yasin & Perkongsian Ilmu bersama pelajar praktikal telah diadakan pada 2 kali sebulan. sesi perkongsian dijalankan oleh pelajar kita adik Nor Atiqah daripada Fakulti Pengurusan Maklumat UiTM Puncak Perdana.

Latihan PDDT Cabi

Latihan PDDT Cabi telah diadakan pada 8 September yang lalu oleh Unit Perkhidmatan Maklumat.

Pameran Bulan Kemerdekaan & Pertandingan Selfie.

Jom ramai-ramai masuk pertandingan selfie/wefie yang dianjurkan oleh pihak perpustakaan Al-Bukhari sempena bulan Kemerdekaan & Hari Malaysia yang akan datang nie. Selain itu pameran Sehati Sejiwa juga sedang berlangsung sepanjang bulan Kemerdekaan ini.

Rombongan ke majlis Perkawinan

Rombongan ke majlis Perkawinan Pustakawan PUiTM Pahang ke Banting Selangor pada 16 Ogos yang lalu Kami warga PUiTM Pahang mengucapkan Selamat Pengantin Baru   Selamat Pengantin Baru  Pn Hanani & En Hazrul

Sesi Bacaan Yasin & Perkongsian Ilmu

Sesi Bacaan Yasin & Perkongsian Ilmu bersama pelajar praktikal telah diadakan pada 2 kali sebulan. sesi perkongsian dijalankan oleh pelajar kita adik Mohd Amir daripada Fakulti Pengurusan Maklumat UiTM Puncak Perdana.

Jamuan Hari Raya 2015 PAB

Perpustakaan Al-Bukhari telah mengadakan Majlis jamuan hari raya bagi meraikan hari yang mulia bersama warga kampus.

Kelas Kemahiran Maklumat

Kelas Kemahiran Maklumat merupakan kelas maklumat rutin bagi Unit Perkhidmatan Maklumat di PUiTM Pahang. Oleh kerana pemohonan boleh dibuat secara online di i-Book KKM jadi kelas ini mendapat sambutan hangat dikalangan pensyarah.    

Lawatan Audit Swa Akreditasi Ke PUiTM Pahang

Lawatan panel Audit Swa Akreditasi ke kampus UiTM Pahang untuk menyemak status perkhidmatan Perpustakaan Al-Bukhari pada 4 Ogos yang lalu. Alhamdulillah semua soalan yang ditanya dapat dijawab dengan yakin dan mereka berpuas hati.

KONVOKESYEN UiTM KE 82

Konvokesyen UiTM (Pahang) diadakan pada 16 - 17 Mei 2015 Semoga Berjaya Membina Kerjaya Sedutan daripada Jawatankuasa Buku Cenderahati  Kisah di Sebalik Tabir 

Lawatan ke Perpustakaan Sempena Program Motivasi UiTM (Pahang)

Pada 12 Mei 2015 yang lalu, PAB (Perpustakaan Al Bukhari) telah menerima kunjungan pelajar-pelajar Anak Yatim daripada 17 buah sekolah disekitar Daerah Maran. Lawatan ini adalah salah satu slot Program Motivasi yang dianjurkan oleh Unit Bimbingan Kaunseling dan Kerjaya, UiTM (Pahang) Semoga dengan lawatan ini dapat memberikan pendedahan kepada pelajar-pelajar ini akan dunia ilmu serta perkhidmatan dan kemudahan yang ditawarkan oleh PAB kepada pengguna perpustakaan. Semoga berjaya adik-adik!