Skip to main content

Posts

Showing posts from 2013

ANAK KUNCI MENGENAL ALLAH

Mengenal diri itu adalah "Anak Kunci" untuk Mengenal Allah.  Hadis ada mengatakan; 'Siapa yang kenal kenal dirinya akan Mengenal Allah". Firman Allah Taala; "Kami akan tunjukkan kepada mereka tanda-tanda Kami dalam dunia ini dan dalam diri mereka sendiri,  supaya Hakikat itu boleh terzhohir kepada mereka"   (Al-Fusilat:53) Tidak ada perkara yang lebih hampir dari diri sendiri.  Jika anda tidak kenal diri sendiri,  bagaimana anda hendak tahu perkara-perkara yang lain?  Yang dimaksudkan dengan Mengenal Diri itu bukanlah mengenal bentuk lahir anda,  badan,  muka,  kaki,  tangan dan lain-lain anggota anda itu.  Kerana mengenal semua perkara itu tidak akan membawa kita menegnal allah.  Dan bukan pula mengenal setakat perkara dalam diri anda iaitu bila anda lapar anda makan,  bila dahaga anda minum,  bila marah anda memukul dan sebagainya.  Jika anada bermaksud demikian,  maka binatang itu sama juga dengan anda.  Yang dimaksudkan sebenar mengenal diri it

ISTIADAT KONVOKESYEN UiTM KE 79 UiTM PAHANG

ISTIADAT KONVOKESYEN UiTM KE 79 UiTM PAHANG Lokasi Pendaftaran Pengambilan Jubah Graduan Bertempat Di perpustakaan Al Bukhari 1 (Baru) pada 17 Nov 2013 (Ahad). Sila bawa dokumen berikut semasa hari pengambilan jubah:- A. Borang Jubah Akademik Graduan yang telah ditandatangani B. Slip bayaran yuran konvokesyen yang telah dijelaskan C. Slip Kajian Pengesanan Graduan. Grad ... uan yang tidak dapat hadir semasa hari pengambilan jubah boleh mewakilkan orang lain dengan mengemukakan dokumen seperti di atas. PENTING: Sila pastikan anda telah mengisi Kajian Pengesanan Graduan sebelum mengambil jubah. Sila cetak dan bawa Slip Kajian Pengesanan Graduan semasa pendaftaran dan pinjaman jubah.

Kenapa Sembah Kaabah?

    Suatu hari, seorang pemuda sedang asyik membaca artikel-artikel lama di laman web Oh! Islam melalui iPad’nya. Sedang asyik, dia didatangi oleh seorang sahabat lama yang bukan beragama Islam. Berbual punya berbual, hinggalah tersentuh bab agama dan akhirnya terzahirlah perbualan di bawah ini. “Kenapa orang Islam sembah bangunan kain hitam tu?” “Oh…. itu Kaabah atau nama lainnya Baitullah” “Baitullah tu apa?” … “Secara terjemahan mudah maknanya Rumah Allah” “Allah ada dalam tu?” “Tak…..” “Jadi, kenapa sembah bangunan tu kalau Allah tak ada dalam tu?” “Yang saya sembah bukannya bangunan tu..” “Kamu sembah apa?” “Saya sembah Allah swt” “Jadi, kenapa sembah bangunan tu?” “Saya MENGHADAP sahaja ke arah Kaabah tetapi saya tak sembah Kaabah..” “Bukankah kamu sujud ke arah Kaabah, maknanya kamu sembah Kaabah la..” “Kamu pernah tgk perlawanan bola dalam TV?” “Pernah…… selalu..” “Kamu tengok tv ke tengok perlawanan bola?” “Tengok perlawanan bola la..” “Di mana?” “Dal

PENGAMBILAN KE PROGRAM PASCASISWAZAH

Cover Aurat Atau Cover Smartphone?

Sharing is caring:)

http://pengambilan.uitm.edu.my/tarikh-tarikh-penting-20132014  

PROGRAM TERBARU

Jom kita pergi beramai-ramai ke : Program Rakan Kerjasama IPT Ekspo Buku Islam 8, Pahang Antara aktiviti-aktiviti program tersebut ialah: ... 1. Forum: Aku Dibius Cinta Tarikh: 12 September 2013 (Khamis) Masa: 9.00 malam Tempat: Dataran Integrasi UiTM (Pahang) Panel: Hilal Asraf, Ustazah Fatimah Syarha dan Salima AF. 2. Bengkel Penulisan Bersama Syarikat Penerbitan As-Sohwah Sdn. Bhd Tarikh: 13 September 2013 (Jumaat) Masa: 8.00 am - 12.00 pm Tempat: Bilik Latihan Staf. *Aktiviti adalah terbuka kepada semua pelajar dan staf. **Ruang legar Perpustakaan Al-Bukhari 1 (Baru) akan diadakan jualan novel dan buku.      

untuk renungan

UNTUK MAHASISWA DAN MAHASISWI

selamat hari raya

Gambar pra raya

Rahsia Sujud Di Dalam Solat..

        Tahukah kita solat 5 KALI sehari iaitu 17 RAKAAT telah berlaku 34 kali SUJUD. Di dalamnya terdapat 1001 hikmah yang terkandung. Antaranya:- Seorang ahli Sains saraf otak Amerika, Dr. Fidelma O’leary mendakwa bahawa beberapa saraf di otak manusia tidak boleh dialiri oleh darah dari jantung kerana posisi jantung yang berada di dada tidak cukup kuat untuk menampung pembawaannya ke otak manusia. Padahal otak amat memerlukan oksigen dan bekalan darah yang mencukupi supaya dapat berfungsi secara normal. Beliau mengkaji dari tempoh masa yang lama untuk mencari jawapan. Dikaji dengan lebih serius akhirnya dia perolehi jawapan bahawa darah akan mengalir setiap inci ke otak manusia secara sempurna ketika seseorang itu melakukan sujud seperti yang dilakukan oleh orang-orang Islam dalam solat. Bila perkara ini berlaku,maka otak dapat bekalan darah dan oksigen yang mencukupi lalu dapatlah menghindarkan pelbagai jenis penyakit seperti stress, migraine, stroke , me

NUZUL QURAN

Antara peristiwa agung dalam sejarah umat Islam ialah turunnya kitab suci al-Quran atau disebut Nuzul al-Quran.Perkara ini dinyatakan dalam al-Quran, melalui firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat ke 185 yang bermaksud: “ Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekelian manusia, dan menjadi keterangan yang menjelaskan petunjuk dan menjelaskan perbezaan antara yang benar dan yang salah .” FirmanNya dalam ayat pertama surah al-Qadar : “ Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar. Dalam surah al-Dukhan ayat ke 3 pula Allah s.w.t telah berfirman : Sesungguhnya Kami telah menurunkan Al-Quran itu pada malam yang berkat; (Kami berbuat demikian) kerana sesungguhnya Kami sentiasa memberi peringatan dan amaran (jangan hamba-hamba Kami ditimpa azab). ‘Nuzul’   merupakan perkataan Arab yang memberi makna turun atau berpindah, iaitu berpindah dari satu tempat ke tempat yang lain.   ‘Al-Quran’   pula bermaksud bacaan. Ia di

Lawak Ramadhan

Ramadhan

Peristiwa Akhir Zaman Mengikut Urutan

Sebagai umat Nabi Muhammad (SAW) kita harus bersedia untuk mengkaji memahami dan menghadapinya. Bangsa lain sudah terkehadapan dan bersedia terutamanya pengikut Dajjal. Tetapi kita masih berselisih faham. Walhal pada hakikatnya kita hanya mahu menjadi insan yang bertaqwa tanpa sifat takbur, riak, sombong, kedekut, kikir, hasad dan lain lain sifat yang merosakkan amal kita untuk mencapai taraf taqwa. Peristiwa Akhir Zaman yang berlaku adalah untuk peringatan kepada umat Islam bahawa kiamat itu hampir dan akan tiba. Nabi Muhammad s.a.w dilahirkan 1.1 – Islam ditegakkan semula 1.2 – Hijrah Rasulullah ke Madinah 1.3 – Dakwah Rasullulah 1.4 – Peperangan Rasullulah menentang kafir Kebangkitan Khalifah 2.1 – Wafatnya Rasullullah 2.2 – Khalifah Islam menjadi pemerintah di mukabumi (Othmaniah, Nusantara, Andalusia, Benua Arab, India, Cina) Kejatuhan Khalifah 3.1 – Kebangkitan Revolusi di seluruh dunia 3.2 – Perang Dunia 1 dan 2 3.2 – Kebangkitan pengaruh dan agenda Dajjal 3.3 – Umat Isla

IKLAN PERMOHONAN KEMASUKAN SESI AKADEMIK 2 2013/2014

Permohonan adalah dipelawa daripada calon- calon Bumiputera Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengikuti Program di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Pemohon dikehendaki melayari http://online.uitm.edu.my/ untuk mendapatkan maklumat lanjut sebelum membuat permohonan untuk kemasukan ini. Pemohon dinasihatkan menyemak syarat kelayakan program yang ingin dimohon di http://esyarat.uitm.edu.my/ atau di http://www.selangkah.uitm.edu.my/semak-syarat-kelayakan . Permohon dikehendaki membeli  No. Slip melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) bermula 1 Julai 2013(Isnin) dengan menggunakan nombor kad pengenalan pemohon (bukan wakil) melalui cawangan BSN/Mesin ATM/MyBSN/SMS Banking. (No. Slip yang dibeli sebelum 1 Julai 2013 adalah TIDAK SAH untuk permohonan ini). Sila nyatakan Peringkat Program (DIPLOMA & ASASI UNDANG-UNDANG/PENERAPAN/PROFESIONAL) seperti jadual yang dilampirkan semasa pembelian No. Slip di BSN. Sila pastikan peringkat program yang betul pada slip yang dibe