Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2020

Peserta Books To Door Services (Oktober 2020)

  01 hingga 31 Oktober 2020 Perpustakaan Al-Bukari telah mempromosikan koleksi Books Best Sellers at PAB yang mana merupakan koleksi-koleksi buku yang menjadi tumpuan pengguna di perpustakaan. Bagi bulan oktober terdapat 2 siri koleksi ‘Best Sellers’ telah dikeluarkan iaitu dari siri 5 hingga siri 6 dan 2 bilangan koleksi ‘New Arrivals’ iaitu Bilangan 5 dan 6 dan di promosikan melalui media sosial Perpustakaan Al-Bukhari. Selain itu, koleksi Books Best Seller at PAB ini menjadi salah satu program yang diadakan oleh Perpustakaan Al-Bukhari iaitu Books To Door Services. Seramai 23 staf yang telah meminjam buku melalui Books To Door Services. Warga UiTM boleh meminjam koleksi buku best seller yang ada di Perpustakaan Al-Bukhari UiTM Pahang dan penghantaran akan di buat terus ke pintu pejabat peminjam dan peminjam boleh melayari pautan http://bit.ly/BooksToDoorServices ini untuk membuat pinjaman.

Koleksi New Arrivals Bil. 6/2020

  28 Oktober 2020          Koleksi New Arrivals Bil. 6/2020 Siapa-siapa pun anda.. bila mencari maklumat mesti cari yang terkini kan? Jadi kami sajikan Senarai “New Arrival” ini setiap bulan untuk kesenangan anda mencari hanya maklumat yang terkini sahaja. Sila imbas kod QR atau layari di pautan:  KLIK   untuk melihat koleksi buku baru yang dikeluarkan.

Proses Pemusnahan Rekod Awam bagi Unit Hal Ehwal Islam (UHEI), Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP)

  27 Oktober 2020 Unit Arkib Universiti, Perpustakaan Al-Bukhari UiTM Cawangan Pahang telah memantau proses pemusnahan rekod awam dengan kaedah merincih di pejabat Unit Harta Benda (Pejabat Bendahari) oleh Pusat Tanggungjawab (PTJ) iaitu Unit Hal Ehwal Islam (UHEI), Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP), UiTM Cawangan Pahang. Proses ini telah dilaksanakan oleh staf Unit Hal Ehwal Islam (UHEI) iaitu Puan Sharifah Radziah binti Ismail, Pembantu Tadbir dan Encik Mohd Hambali bin Darussalam, Pembantu Hal Ehwal Islam manakala staf unit arkib yang terlibat ialah Puan Suhaina binti Ibrahim, Pembantu Pustakwan dan Encik Razali bin Mat Sabu, Pembantu Pustakawan Kanan. Jumlah fail yang dirincih sebanyak 43 fail yang telah tamat tempoh simpanan.

Pamera Perkhidmatan Perpustakaan Digital@PAB

  27 Oktober 2020 1 pameran perkhidmatan perpustakaan diadakan di Perpustakaan Al-Bukhari. Pameran diadakan di ruang dalam Perpustakaan Al-Bukhari dan berkaitan perkhidmatan atas talian atau Perkhidmatan Perpustakaan Digital@PAB yang disediakan melalui laman web dan Mobile Apps Perpustakaan seperti My Knowledge Management (MyKM), Tempahan Bilik IT, E-Kelas Kemahiran Maklumat (E-KKM) dan UiTM Mobile Apps.

Konsultasi Pengurusan Rekod Homogenous di Pejabat Kolej Tok Gajah, Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP)

  26 Oktober 2020   Unit Arkib Universiti, Perpustakaan Al-Bukhari, UiTM Cawangan Pahang telah menjalankan Konsultasi Pengurusan Rekod Homogenous di Pejabat Kolej Tok Gajah, Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP), UiTM Cawangan Pahang. Rekod tersebut merupakan Boring Aktiviti, Permohonan Kolej, Pendaftaran Peralatan elektrik, Rayuan Kolej, ‘Clearence’ Pelajar, Maklumat Pelajar dan Penerimaan Perabot Pelajar bagi tahun 2015 hingga 2018. Jumlah keseluruhan pelupusan dokumen berjumlah 62800 helaian. Konsultasi telah dijalankan oleh Unit Arkib Universiti iaitu Puan Suhaina binti Ibrahim, Pembantu Pustakwan dan Encik Razali bin Mat Sabu, Pembantu Pustakawan Kanan bersama staf Pejabat Kolej Tok Gajah iaitu Puan Wan Norizam binti Awang@Nawi, Penyelia Asrama Kanan.