Skip to main content

Posts

Showing posts from 2016

Hari Inovasi UiTM Cawangan Pahang 2016

Assalamualaikum w.b.t & Salam sejahtera Tahun 2016 hampir melabuhkan tirainya. Pada 15 Disember lalu telah pun berlangsung Hari Inovasi UiTM Cawangan Pahang. Hari Inovasi ini dianjurkan dengan jayanya oleh pasukan daripada Perpustakaan Al-Bukhari Uitm Pahang & Pejabat Bendahari dengan tema “Invention & Innovation Through Design” Pihak perpustakaan yang telah dipimpin oleh Pn. Rosnita bt. Ja’afar (Timb. Ketua Pustakawan) telah pun menerima pelbagai anugerah yang telah diperta ... ndingkan iaitu: 1. Johan Keseluruhan pertandingan Kualiti 2. Johan Anugerah Kualiti Rektor (AKUR) Bahagian pentadbiran 3. Johan Pengurusan Fail & Rekod Terbaik 4. Johan Piagam pelanggan Terbaik 5. Johan pengurusan kaunter Terbaik 6. Tempat ketiga 5s kategori pejabat 7. Tempat Ketiga kategori Bilik Contoh/ceria Bahagian Pentadbiran Ucapan tahniah juga diucapkan kepada staf perpustakaan yang telah pun mendapat anugerah berikut: 1. Anugerah perkhidmatan Cemerlang – Pn Noor Azliz

PROGRAM PERTANDINGAN FOTOGRAFI : “EXPLORE, TREKKING, SNAP” 1001 KHAZANAH KEM SERI GADING, ANJURAN PUITM CAWANGAN PAHANG SEMPENA BULAN INOVASI UITM CAWANGAN PAHANG.

Perpustakaan Al-Bukhari UiTM Cawangan Pahang telah berjaya mengadakan Program Pertandingan Fotografi : “Explore, Trekking, Snap” 1001 Khazanah Kem Seri Gading sempena Bulan Inovasi UiTM Cawangan Pahang pada 03 November 2016 yang lalu yang yang diuruskan oleh En Mohamad Fuad B. Khalid (Pembantu Pustakawan) dan ahli jawatankuasanya.. Program ini disertai seramai 30 orang peserta dimana setiap peserta perlu “SNAP” keindahan alam yang terdapat di sekitar Kem Seri Gading UiTM Caw. Pahang khususnya pelbagai spesis cendawan serta tumbuhan liar. Program ini menjadi semakin meriah dengan kehadiran Rektor UiTM Caw. Pahang. Rektor juga telah memberi sedikit taklimat kepada peserta berkaitan dengan sejarah penubuhan UiTM Caw.Pahang dan Kem Seri Gading. Pengalaman yang dikongsikan menarik minat ramai peserta dan juga pengetahuan baru bagi staf baru. Peserta dikehendaki menghantar 5 keping gambar penyertaan kepada pihak Perpustakaan Al-Bukhari dan akan dinilai oleh juri yang dilantik khas.

Pra Raya Warga PAB 2016

Jom bersuka ria dihari Raya..   Kami Di Perpustakaan Al-Bukhari mengucapkan Selamat hari Raya..   Tunggu kad Raya dari kami..    

Gotong Royong Kecerian 5S

1 Jun 2016 yang lalu satu gotong royong 5s untuk keceriaan foyer perpustakaan telah dilakukan dengan dibantu oleh semua staf perpustakaan Al-Bukhari selama 2 hari yang diketuai oleh En Wan Rosli Wan Rajab.   Team Keceriaan ini telah mengecat semua pagola yang ada di sekita perpustakaan dengan tema 'Atas kayangan @ aka English Style.. heheheheh jom layan.    

Pameran variasi terindah uitm Perpustakaan Al-Bukhari Uitm Pahang

Pameran variasi terindah uitm Perpustakaan Al-Bukhari Uitm Pahang    

Taklimat Perpustakaan Al-Bukhari Uitm Pahang Minggu Destini Siswa UiTM Caw. Pahang

Taklimat Perpustakaan Al-Bukhari Uitm Pahang Minggu Destini Siswa UiTM Caw. Pahang Selamat datang kami ucapkan kepada pelajar-pelajar yang baru sahaja mendaftar pada hari Isnin dan Selasa yang lepas. Semoga berjaya menjadi pencinta ilmu yang setia dan berbakti pada keluarga, agama dan bangsa. Syukurilah ilmu yang dipelajari, kerana itu adalah sebahagian nikmat ilmu yang tidak terperi.  

Tempahan kemudahan IT Dan Bilik Latihan Kekwa

Selain daripada aktiviti yang dianjurkan oleh perpustakaan , kami juga mengalu-alukan tempahan kemudahan Bilik IT Dan Bilik Latihan Kekwa kepada Warga Uitm Untuk menjalankan aktiviti yang bersuaian dengan Library for all... Ini salah satu anjuran kelab PEWANI yang dianjurkan semalam dengan jayanya di Perpustakaan Al-Bukhari Uitm Pahang .. untuk tempahan bilik IT dan Bilik Latihan Kekwa boleh hubungi Pihak perpustakaan di talian 09-4602734.      

Bicara Ad Din : Ihya Ulumuddin dan bacaan yassin staf Perpustakaan Siri 2

Bicara Ad Din : Ihya Ulumuddin dan bacaan yassin staf Perpustakaan.. Berjaya diadakan pada 20 Mei 2016 dan perkongsian Ilmu ini dianjurkan oleh pihak ACIS ke setiap jabatan untuk menyebarkan ilmu kepada semua warga UiTM Pahang.      

Kursus Pemantapan Pembangunan dan Pengukuran Pemilikan Bahan-bahan Bacaan

 Kursus Pemantapan Pembangunan dan Pengukuran Pemilikan Bahan-bahan Bacaan/Rujukan Silibus Koleksi Perpustakaan Universiti Teknologi Mara Negeri (PUiTM Negeri) telah berlansung pada 16-18 Mei yang lalu.    

Bicara Ad Din: Ihya Ulumuddin

Bicara Ad Din : Ihya Ulumuddin dan bacaan yassin staf Perpustakaan.. Berjaya diadakan pada 6 Mei 2016 dan perkongsian Ilmu ini dianjurkan oleh pihak ACIS ke setiap jabatan untuk menyebarkan ilmu kepada semua warga UiTM Pahang.        

Lawatan SK Jengka 14

Lawatan daripada SK Jengka 14 hari ini 5 Mei 2016 di Perpustakaan Al-Bukhari saksikan kemeriahan terpancar di wajah mereka bila dapat jejak kaki ke Universiti .