Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2020

Program Library Outreach@PAB bersama Fakulti Sains Gunaan (Perkayuan)

30 September 2020   Program Library Outreach @PAB  anjuran Perpustakaan Al-Bukhari, UiTM Cawangan Pahang bersama Fakulti Sains Gunaan (Perkayuan) UiTM Cawangan Pahang  telah berlangsung dengan jayanya secara atas talian melalui aplikasi Goggle Meet. 

Books To Door Services

  01  - 30 September 2020 Pada 01 hingga 30 September 2020 Perpustakaan Al-Bukari telah mempromosikan koleksi Books Best Sellers at PAB yang mana merupakan koleksi-koleksi buku yang menjadi tumpuan pengguna di perpustakaan. Bagi bulan september terdapat 3 siri koleksi telah dikeluarkan iaitu dari siri 2 hingga siri 4 dan di promosikan melalui media sosial Perpustakaan Al-Bukhari. Selain itu, koleksi Books Best Seller at PAB ini menjadi salah satu program yang diadakan oleh Perpustakaan Al-Bukhari iaitu Books To Door Services. Seramai 23 staf yang telah meminjam buku melalui Books To Door Services. Warga UiTM boleh meminjam koleksi buku best seller yang ada di Perpustakaan Al-Bukhari UiTM Pahang dan penghantaran akan di buat terus ke pintu pejabat peminjam dan peminjam boleh melayari pautan http://bit.ly/BooksToDoorServices ini untuk membuat pinjaman. Best Sellers@PAB UiTM Cawangan Pahang boleh didapati di: http://bit.ly/BooksToDoorServices

WAKAF 4.0 LIVE@PAB; SEGMEN : BERSAMA PAKAR, ULAM PEGAGA BOLEH MENYEMBUHKAN PENYAKIT? MITOS ATAU FAKTA?

29 September  2020 WAKAF 4.0  LIVE@PAB; SEGMEN : BERSAMA PAKAR, ULAM PEGAGA BOLEH MENYEMBUHKAN PENYAKIT? MITOS ATAU FAKTA? Webinar ini adalah mengenai wakaf ilmu yang melibatkan staf UiTM, alumni UiTM dan individu yang berminat untuk mewakafkan ilmunya dan program galakan membaca dan perkongsian penglaman dan penyelidikan seperti ulasan buku di platform sosial media Perpustakaan Al-Bukhari. Program ini adalah anjuran  Perpustakaan Al-Bukhari mengguna PAB Facebook Live dan PAB Youtube Channel.                 Moderator :  Puan Nurfarawahidah binti Badruesham Pustakawan Kanan,  Perpustakaan Al-Bukhari, UiTM Cawangan Pahang Panel :   Prof. Ts. Dr. Mohd Ilham Adenan Rektor, UiTM Cawangan Pahang UNTUK RAKAMAN SIARAN LANGSUNG KLIK SINI

Program Library Outreach@PAB bersama Fakulti Perladangan & Agroteknologi

  28 September 2020 Program Library Outreach @PAB  anjuran Perpustakaan Al-Bukhari, UiTM Cawangan Pahang bersama Fakulti Perladangan & Agroteknologi UiTM Cawangan Pahang  telah berlangsung dengan jayanya secara atas talian melalui aplikasi Goggle Meet. 

1 Minute Book Review Challenge

  27 September - 01 Oktober 2020 Pada 27 September – 01 Oktober 2020 (Isnin), Perpustakaan Al-Bukhari, UiTM Cawangan Pahang telah menganjurkan program 1 Minute Book Review Challenge dengan kerjasam MPP UiTM Cawangan Pahang, JPK Tok Gajah dan JPK Mat Kilau 1. Program ini melibatkan pelajar PRA KPT yang baru mendaftarkan diri di UiTM Cawangan Pahang yang mana memerlukan pelajar meminjam dan membuat ulasan berkaitan buku yang dipinjam dan dibaca dan memenangi hadiah yang disediakan. Program ini diadakan di Kolej Tok Gajah Seramai 15 kumpulan menyertai program ini bersempena minggu orientasi pelajar baru.