Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2020

Bacaan Yasin@PAB

  27 November 2020 Perpustakaan Al-Bukhari telah mengadakan bacaan yasin yang bertempat di perkarangan sudut bacaan aras 1. Bacaan yasin ini dijalankan secara mingguna dan setiap sesi bacaan yasin ini disertai oleh semua staf perpustakaan dan diketuai oleh Encik Zainuddin bin Ghani, Pembantu Pemuliharaan Kanan.

Books Best Sellers at PAB! Siri 8/2020

 25 November 2020 Books Best Sellers at PAB! Siri 8/2020 Koleksi Best Sellers terbaru terdapat di perpustakaan. Moh kita pinjam dan baca buku best seller yang ada di Perpustakaan Al-Bukhari Uitm Pahang. Sila layari link: KLIK SINI untuk perkhidmatan Books To Door Sevices yang disediakan oleh Perpustakaan Al-Bukhari UiTM Cawangan Pahang.

Simple Design Tips Class@PAB

 23 November 2020 Simple Design Tips Class@PAB Simple Design Tips Class@PAB kepada staf Bahagian Pentadbiran Organisasi & Arkib Perpustakaan Al-Bukhari UiTM Cawangan Pahang.  “Learn From Basic” bersama Puan Norfitriah Bt Mat Seman,Pustakawan Kanan Perpustakaan Al-Bukhari, UiTM Cawangan Pahang .  Bengkel ini telah diadakan di Bilik IT 1, Perpustakaan Al-Bukhari. Tujuan utama bengkel ini adalah untuk memberi pendedahan kepada semua staf berkaitan penggunaan templet canva, postermywall dan renderforest dalam penghasilan sesuatu reka cipta seperti poster dan video.

Sanitasi Ruangan Perpustakaan Al-Bukhari

20 November 2020 Semua ruang di dalam Perpustakaan Al-Bukhari perlu dibersihkan dan dinyahkuman bagi menghindarkan sebarang penyakit berjangkit menjangkiti pengguna perpustakaan Staf perpustakaan menjalankan proses sanitasi ruang dan kemudahan di dalam Perpustakaan Al-Bukhari setiap hari. Proses ini dilakukan bagi menjamin kesihatan pengguna perpustakaan terutama menyekat penyebaran wabak penyakit terutama wabak covid 19 ini.

Ulasan Buku : Rahmat Dalam Perbezaan

  20 November 2020 Tajuk : Rahmat Dalam Perbezaan Penulis : Dr. Abdul Basit Abdul Rahman Penerbit : Telaga Biru Sdn. Bhd. Tahun terbitan : 2016 No. Panggilan : BP158.I38 A23 2016 “Manusia adalah berbeza dalam menerima petunjuk hidayah Allah” {“Realitinya, khilaf itu akan berterusan selagi wujudnya manusia di muka bumi ini, lalu tidak perlu lagi kita bermimpi untuk menjadikan manusia itu satu.”} Menggambarkan bagaimana khilaf ini sebenarnya telah menjadi sebahagian daripada kehidupan manusia sejak zaman berzaman. Dalam kehidupan yang rencam dewasa ini, kita mendapati bahawa jurang perbezaan pendapat dalam kalangan umat Islam semakin melebar sehingga akhirnya menyebabkan terbentuknya bibit-bibit perpecahan yang sangat membahayakan. Ditambah dengan kamasukan pelbagai ideologi pesong yang menyebabkan umah Islam semakin goyah nilai kepercayaannya terhadap agama suci mereka sendiri. {“Selain itu, pada zaman Nabi dahulu kala, tidak semua yang diperkatakan dan diperlihatkan oleh Baginda diden

Ulasan Buku : Akibat Buruk Apabila Meremehkan Solat Taubat

  20 November 2020 Tajuk : Akibat Buruk Apabila Meremehkan Solat Taubat Penulis : Rizem Aizid Penerbit : Al Hidayah House of Publishers Sdn. Bhd. Tahun terbitan : 2014 No. Panggilan : HG179.Z85 T57 2014 "SETITIS ILMU – SEJUTA MAKNA" Sesungguhnya kita telah benar-benar rugi menjadi seorang manusia kerana satu perkara. Iaitu kita meremehkan Solat Taubat. Kenapa? Ini disebabkan mungkin kita akan mengakhiri kehidupan di dunia ini dengan keadaan Su’ul Khatimah. Pengakhiran yang buruk atau tidak menggenggam iman. Azabnya dirasai bukan sahaja di akhirat kelak malah di dunia pun sudah ditunjukkan. Selain itu juga masih banyak akibat buruk lain sekiranya Solat Taubat ini kita remeh. Pastinya kita akan mengetahui apakah kelebihan Solat Sunat Taubat ini dan juga tentang akibat apabila meremehkannya.

Ulasan Buku : Sebelum Anak Derhaka

19 November 2020   Sebelum Anak Derhaka Penulis : Dr. Sa’ad Karim Penerbit : Blue-T Publication Sdn. Bhd. Tahun Terbitan : 2011 No. Panggilan : BP173.3.S32 2011 "Sesungguhnya anak-anak kami adalah hati yang ada, Di tengah-tengah kami berjalan di muka bumi; Andaiangin menerpa salah satu dari mereka, Tentu mata kami tidak bias terpejam (penyair)" Barang paling berharga yang dimiliki ibu bapa dan paling dicintai mereka di dunia ini tidak lain tidak bukan ialah anak. Semua orang tua berdia kepada Allah SWT dengan menadah tangan dan merintih agar anak-anak mereka diberkati dan berharap mereka dapat berada di kedudukan yang lebih baik dari mereka. Ibu bapa berasa senang seandainya anak-anak mereka boleh berbakti, taat, menuruti perintah dan akhlak serta mempunyai tingkah laku yang sopan terhadap mereka. Dan sudah pasti hati mereka berasa tidak tenteram seandainya anak yang dikandung selama Sembilan bulan itu derhaka dan tidak mentaati mereka. Buku yang sedang anda tatap ini memapar

Aktiviti Express Yourself Let's Move@PAB

18 November 2020 Aktiviti “Express Yourself Let’s Move” bersama semua staf Perpustakaan Al-Bukhari, UiTM Cawangan Pahang  ke arah hidup sihat. Aktiviti senaman ini bagi menjamin kesihatan yang lebih baik setelah penat bekerja seharian walaupun hanya senaman ringan. Badan sihat, Otak cergas. Moh Senaman!!!