Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2013

Selamat menghadapi peperiksaan bagi pelajar Ijazah

        Jadual Waktu Peperiksaan Ijazah Sarjana Muda (DEGREE) JUN 2013     Tarikh Bermula Peperiksaan  : 26 Jun 2013 (Rabu) Tarikh Tamat Peperiksaan     : 14 Julai 2013 (Ahad)     Untuk melihat jadul peperiksaan adik-adik boleh klik di sini http://pahang.uitm.edu.my/v1/component/content/article/71-news/362

Sombong

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “ Tidak akan masuk syurga, siapa yang di dalam hatinya terdapat seberat zarah kesombongan.” Maka seseorang berkata: “Bagaimana dengan seseorang yang suka memakai baju dan selipar yang cantik?” Maka berkata Rasulullah: Sesungguhnya Allah itu maha indah dan cinta pada keindahan (maksudnya, pakaian indah tidak selalu bererti kesombongan). Alkibr (kesombongan) itu adalah menolak kebenaran dan memandang rendah remeh orang lain .” – (Hadis riwayat Muslim) Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “ Tiga golongan yang tidak ditegur Allah, tidak disucikan, dan tidak diperhatikanNya kelak di hari kiamat, dan mendapat seksa yang pedih iaitu: orang tua yang tetap berzina, penguasa (pemimpin) yang dusta, dan fakir yang sombong. ” – (Hadis riwayat Muslim) Rasulullah s.a.w dalam sebuah hadisnya bersabda yang bermaksud: “ Barangsiapa merasa dirinya besar, atau angkuh dalam berjalan, dia akan berjumpa dengan Allah dalam keadaan Allah murka kepadanya. ” –

Adab Memberi Salam

Keperluan Memberi Salam Allah subhanahu wa Ta’aalaa berfirman: يَاأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا لاَ تَدْخُلُوا بُيُوتًا غَيْرَ بُيُوتِكُمْ حَتىَّ تَسْتَأْنِسُوا وَتُسَلِّمُوا عَلَى أَهْلِهَا ذَالِكُمْ خَيْرٌ لَكُمْ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُونَ “Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu memasuki rumah yang bukan rumahmu sebelum meminta izin dan memberi salam kepada penghuninya.Yang demikian itu lebih baik bagimu, agar kamu (selalu) ingat”.   (QS. an-Nur: 27) Rasulullah Shallallahu ’alaihi wa sallam bersabda: حَقُّ اْلمُسْلِمِ عَلَى اْلمُسْلِمِ سِتٌّ إِذَا لَقِيتَهُ فَسَلِّمْ عَلَيْهِ . . “ Hak seorang muslim atas muslim lainnya ada enam perkara: (1) Apabila engkau menjumpainya engkau berikan salam kepadanya. (2) Apabila ia mengundangmu engkau memperkenankan undangannya. (3) Apabila ia meminta nasihat, engkau menasehatinya. (4) Apabila ia bersin dan memuji Allah, hendaklah engkau mentasymitkannya (berdoa untuknya). (5) Apabila ia sakit hendaklah engkau menjenguknya. (6) Apabil

ISRA' MIKRAJ

Batu Terapung (asli) Dalam Peristiwa Isra' Mikraj DI dinding inilah buraq iaitu kenderaan yang dinaiki Rasullulah ke langit ditambat. KAWASAN di dalam Masjid as-Sakhra iaitu lokasi terletaknya batu tergantung dalam peristiwa Israk Mikraj.  

Selamat Menyambut Isra' Mikraj

Peristiwa Israk Mikraj Rasulullah SAW

Marilah kita sama-sama juga memperingati peristiwa penting yang berlaku di bulan Rejab ini iaitu peristiwa paling agung dalam sejarah Islam iaitu peristiwa Israk Mikraj Nabi Muhammad SAW. Firman Allah SWT,   Maksudnya : “ Maha Suci Allah Yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haram (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), Yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) kami. Sesungguhnya Allah jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui ”. Surah Al-Isra’, ayat:1   Tanggal 27 Rejab setahun sebelum hijrah Rasulullah SAW ke Madinah Al-Munawwarah mencatatkan peristiwa penting dalam kerasulan baginda SAW iaitu perjalanan Israk Mikraj. Israk membawa pengertian perjalanan nabi Muhammad SAW pada malam hari dengan menuggang Burak bermula dari Masjid Al-Haram di Makkah Al-Mukarramah ke Masjid Al-Aqsa di Baitul Maqdis, Palestin.   Manakala Mikraj membawa maksud naiknya nabi Muhammad