Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2016

PROGRAM PERTANDINGAN FOTOGRAFI : “EXPLORE, TREKKING, SNAP” 1001 KHAZANAH KEM SERI GADING, ANJURAN PUITM CAWANGAN PAHANG SEMPENA BULAN INOVASI UITM CAWANGAN PAHANG.

Perpustakaan Al-Bukhari UiTM Cawangan Pahang telah berjaya mengadakan Program Pertandingan Fotografi : “Explore, Trekking, Snap” 1001 Khazanah Kem Seri Gading sempena Bulan Inovasi UiTM Cawangan Pahang pada 03 November 2016 yang lalu yang yang diuruskan oleh En Mohamad Fuad B. Khalid (Pembantu Pustakawan) dan ahli jawatankuasanya.. Program ini disertai seramai 30 orang peserta dimana setiap peserta perlu “SNAP” keindahan alam yang terdapat di sekitar Kem Seri Gading UiTM Caw. Pahang khususnya pelbagai spesis cendawan serta tumbuhan liar. Program ini menjadi semakin meriah dengan kehadiran Rektor UiTM Caw. Pahang. Rektor juga telah memberi sedikit taklimat kepada peserta berkaitan dengan sejarah penubuhan UiTM Caw.Pahang dan Kem Seri Gading. Pengalaman yang dikongsikan menarik minat ramai peserta dan juga pengetahuan baru bagi staf baru. Peserta dikehendaki menghantar 5 keping gambar penyertaan kepada pihak Perpustakaan Al-Bukhari dan akan dinilai oleh juri yang dilantik khas.