Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2013

Asal usul sambutan Maulidur Rasul

  Maulidur Rasul tidak pernah disambut oleh Rasulullah SAW walaupun sekali. Begitu juga para sahabat, tidak pernah menyambut hari kelahiran Rasulullah sewaktu hayat Baginda. Malah sahabat-sahabat sendiri pada zaman itu tidak pernah menyambut hari kelahiran mereka. Hal ini kerana sambutan itu belum menjadi budaya mereka pada waktu itu. Pada zaman awal Islam belum ada keperluan untuk mereka menyambut hari kelahiran kerana mereka tidak mahu memikirkan usia mereka. Mereka juga tiada keperluan untuk menyambut hari kelahiran Rasulullah kerana setiap hari mereka boleh bertemu Rasulullah terutama apabila berasa rindu. Mereka ini meskipun tiada berkesempatan untuk bertemu Rasulullah, sekurang-kurangnya selawat akan meniti pada bibir mereka.   Tetapi pada zaman tabi’in, umat Islam sudah berselerakan ke seluruh dunia dan dalam keadaan itu mereka semakin jauh dengan Makkah dan Madinah. Tidak dinafikan, sebahagian mereka lupa untuk mengamalkan Islam lantaran semakin jauh daripada roh a

Struktur Terbesar Alam Semesta Ditemui

LONDON – Ahli-ahli astronomi menemui struktur terbesar di alam semesta yang terdiri daripada beberapa kuasar amat besar sehingga masa empat bilion tahun diperlukan untuk merentasinya pada kelajuan cahaya. Penemuan yang dibuat oleh ahli-ahli akademik Universiti Lancashire Pusat, Britain itu disiarkan dalam jurnal Notices of the Royal Astronomical Society dan dilaporkan dalam laman web persatuan berkenaan kelmarin. Kuasar merupakan objek paling terang dan bersinar di alam semesta dengan cahayanya terpancar dari pusat sejumlah galaksi sejak awal kewujudan cakerawala. Cahaya kuasar dapat dilihat dari jarak beberapa bilion tahun cahaya. “Sejak tahun 1982 ahli-ahli sains mendapati kuasar cenderung terbentuk secara berkelompok sekali gus membentuk struktur besar yang terdiri daripada gugusan kuasar besar atau LQG,” kata persatuan itu.

PERUBAHAN

Ketika aku masih muda dan bebas berkhayal Aku bermimpi ingin mengubah dunia Seiring dengan bertambahnya usia dan kearifanku Kudapati bahwa dunia tidak kunjung berubah Maka cita-cita itu pun agak kupersempit Lalu kuputuskan untuk hanya mengubah negeriku Namun tampaknya Hasrat itu pun tiada hasilnya Ketika usiaku semakin senja Dengan semangatku yang masih tersisa Kuputuskan untuk mengubah keluargaku Orang-orang yang paling dekat denganku… Tetapi celakanya Mereka pun tidak mau diubah ! Dan kini Sementara aku berbaring saat ajal menjelang Tiba-tiba kusadari…… Andaikan yang pertama-tama kuubah adalah diriku Maka dengan menjadikan diriku sebagai panutan Mungkin aku bisa mengubah keluargaku Lalu berkat inspirasi dan dorongan mereka Bisa jadi aku pun mampu memperbaiki negeriku Kemudian siapa tahu Aku bahkan bisa mengubah dunia Ah… Penyesalan menjelang ajal tiada guna Tapi penyesalanku ini Bisa menjadi pelajaran berharga bagimu Yang membaca Dan menerapkannya dalam kehidupan U

selamat menyambut tahun baru