Skip to main content

Posts

Showing posts from 2020

Ulasan Buku : APA KHABAR HATI?

  30 Disember 2020 APA KHABAR HATI? "Kebahagiaan BUKAN pada limpahan harta, BUKAN pada wajah jelita, dan BUKAN pada pangkat semata. Tetapi Kebahagiaan itu datang dari HATI yang mengenal Allah Yang Maha Esa." Penulis : Ustaz Syed Nor Hisyam / Ustazah Dr. Sharifah Fatimah Penerbit : Grup Buku Karangkraf Sdn. Bhd. Tahun Terbitan : 2018 ISBN : 9789678608374 No. Panggilan : BP188.S94 2018 Raja dalam diri setiap manusia adalah hatinya. Ia menjadi “remote control” kepada seluruh tubuh, sama ada menjadi baik lalu memenuhi syarat-syarat untuk berbahagia di dunia dan akhirat, atau mungkin juga memandu manusia ke arah kecelakaan dengan memperhambakan diri kepada hawa nafsu. Buku Apa Khabar Hati hadir sebagai hadiah kepada pembaca agar kita sama-sama berusaha menguruskan sekeping hati dengan sebaiknya. Sekeping hati ini akan menentukan sejauh mana baik dan buruknya akhlak kita dengan Allah SWT serta sesama makhluk. Akhlak inilah yang akan dihisab di akhirat kelak dan semuanya bermula d

Ulasan Buku : 1 HARI 1 INSPIRASI

 30 Disember 2020 1 HARI 1 INSPIRASI "Menurut mereka kekuatan fizikal datangnya daripada badan yang sihat, cergas dan bertenaga." Penulis : Ustaz Hj. Abdullah Khairi bin Haji Haroon Penerbit : Yamani Angle Sdn. Bhd. Tahun Terbitan : 2015 ISBN : 9789670525648 No. Panggilan : BP190.A136 2015 Kekuatan mental dan spiritual manusia perlu dicas dengan INSPIRASI-INSPIRASI POSITIF kerana inspirasi inilah yang akan menjana motivasi diri. IBARAT BATERI , kuasanya akan menurun mengikut hitungan hari. Namun tidak dapat dinafikan ada bateri lama yang masih “power”, malah kadang-kadang mengalahkan bateri baharu. Paling kurang banyak lagi bateri lama yang “maintain” kuasanya dan masih dapat digunakan. Rahsianya? Bateri itu hendaklah sentiasa dicas! Begitulah juga manusia merujuk kepada kekuatan fizikal, mental dan spiritualnya. Semakin dimamah usia tiga kekuatan itu akan menurun secara semula jadi, tambah laju jika ada unsur-unsur luaran yang membantu. Namun ada orang tua yang “kekuatannya

Ulasan Buku : PICKUPLINE DAKWAH

 29 Disember 2020 PICKUPLINE DAKWAH "Di kala hari ini ramai yang berlumba-lumba membuat pickupline untuk mencuit dan mengambil hati manusia yang dicintainya, apa kata kita berpickupline untuk mengajak manusia agar mencintai Dia yang Maha Esa?" Penulis : Adnin Roslan Penerbit :  Sentap Press Sdn. Bhd. Tahun Terbitan : 2018 ISBN : 9789672118107 No. Panggilan : BP170.85.A36 2018 PICKUPLINE DAKWAH adalah sebuah buku panduan untuk anak muda berdakwah secara santai, simple dan mudah. Bagaimana ingin berdakwah pada keluarga? Bagaimana ingin berdakwah pada kawan di sekolah dan universiti? Bagaimana ingin berdakwah golongan LGBT? Bagaimana ingin berdakwah menggunakan bakat sedia ada? Dan banyak lagi.  Pelbagai PICKUPLINE DAKWAH menarik, serta nota-nota penting sebagai bekalan untuk mereka-mereka yang ingin menjadi pendakwah. AYUH KITA MEMBUDAYAKAN DAKWAH! "JIKA KAU BUAT PICKUPLINE UNTUK MENDAPAT CINTA DIA, AKU BUAT PICKUPLINE UNTUK KAU DAPAT CINTA DIA "

Koleksi New Arrivals@PAB Bil. 8/2020

 24 Disember 2020 Koleksi New Arrivals@PAB Bil. 8/2020 Siapa-siapa pun anda.. bila mencari maklumat mesti cari yang terkini kan? Jadi kami sajikan Senarai “New Arrivals” ini setiap bulan untuk kesenangan anda mencari hanya maklumat yang terkini sahaja. Sila layari link: KLIK SINI untuk perkhidmatan Books To Door Sevices yang disediakan oleh Perpustakaan Al-Bukhari UiTM Cawangan Pahang.

Ulasan Buku : Tawa ALA RASULULLAH "101 Canda dan Tawa Muhammad"

 24 Disember 2020 Tawa ALA RASULULLAH "101 Canda dan Tawa Muhammad" Penulis : Abu Islam Ahmad bin Ali Penerbit : Nakhlah Pustaka Tahun Terbitan : 2008 ISBN : 9789791026383 / 9791026386 No. Panggilan : BP70.A28 2008 Ketika Rasulullah sedang makan kurma, Shuhaib me nemuinya. "Makanlah ini!", ajak beliau. Shuhaib pun memakan kurma yang beliau berikan. "Kamu bisa makan kurma, padahal kamu sedang sakit mata?" Tanya Rasulullah. "Aku mengunyahnya dari sisi yang lain (maksudnya mengunyah dengan mulut, bukan dengan mata), wahai Rasulullah!", jawab Shuhaib. Rasulullah pun tertawa mendengar jawaban Shuhaib. Demikian salah satu fragmen keagungan Rasulullah saw saat berinteraksi social dengan sesamanya, meskipun sebagai pimpinan, tokoh teragung, bahkan sebagai seorang Rasul paling mulia, beliau tetap tidak bersikap "dingin". Suasana hangat dan akrab tercipta, sehingga membuat siapa pun yang bertemu beliau pasti enggan segera berpisah. Senyum, canda

Ulasan Buku : ANAKKU HEBAT, ANAKKU SOLEH

  23 Disember 2020 ANAKKU HEBAT, ANAKKU SOLEH Penulis : Zahazan Mohamed Penerbit : Telaga Biru Sdn. Bhd. Tahun Terbitan : 2006 ISBN : 9789833494002 / 9833494005 No. Panggilan : BP188.3.C5 Z34 2006  Semua ibu bapa mengimpikan anak-anak yang hebat, selalu sukses dalam setiap aktiviti yang diceburi, pada masa yang sama cerdik dan soleh. Tetapi pakej ciri-ciri anak cemerlang ini tidak semudah itu untuk dimiliki. Anak sentiasa terdedah dengan pelbagai pengaruh, anasir dan cabaran. Ibu bapa mempunyai segala kuasa untuk menyediakan landasan yang perlu dilalui anak-anak seharian dalam proses membesar. Ibu bapa juga perlu mengawal dan menyelia. Untuk itu petunjuk daripada Ilahi melalui al-Quran dan hadis merupakan modul dan acuan terpenting. Ibu bapa jangan mudah terperangkap dengan kaedah dan teknik mendidik sebarangan.

Let's Explore our Perpustakaan Al-Bukhari (PAB)

 01 hingga  18 Disember 2020 Let's Explore our Perpustakaan Al-Bukhari (PAB) Pada 01 hingga 18 Disember 2020, Perpustakaan Al-Bukhari UiTM Cawangan Pahang dengan kerjasama MPP, JPK dan SMP telah menganjurkan Program Let’s Explore our Perpustakaan Al-Bukhari (PAB). Dalam program ini terdapat 4 program yang dijalankan seperti Shelf Discovery, Library to you : Lucky Draw, Let’s Read and Review dan Let’s Read, Eat and Relax. Program-program ini merangkumi pelbagai aktiviti seperti video ulasan berkaitan perpustakaan, membuat video ulasan buku yang dipinjam, mengadakan aktiviti Book To Door khas kepada pelajar termasuk 5 cabutan bertuah kepada peminjam terbanyak dan membuka kaunter pepustakaan bergerak di Kolej Tok Gajah. Penyertaan peserta program ini sangat baik dan program ini telah menarik minat pelajar-pelajar di UiTM Cawangan Pahang.

Ulasan Buku : Amalan PENGHAPUS DOSA "Walau sebesar mana dosamu, peluang taubat tetap terbuka"

  17 Disember 2020 Amalan PENGHAPUS DOSA "Walau sebesar mana dosamu, peluang taubat tetap terbuka" Penulis : Imam Ibn Al-Dayba' Penerbit : Telaga Biru Sdn. Bhd. Tahun Terbitan : 2017 No. Panggilan : BP166.79.I26 2017 Isbn : 9789673883264 Harapan tinggi seorang Muslim adalah meninggalkan dunia ini dengan senyuman yang terukir di wajah. Puas selepas mempersembahkan yang terbaik sepanjang hidupnya.  Hari kematian menjadi saat yang paling dinanti-nantinya. Kedatangan malaikat maut akan disambut dengan gembira. Roh keluar ibarat seseorang yang hendak bercuti selepas penat bekerja. 

Books Best Sellers at PAB! Siri 9/2020

   15 Disember 2020 Books Best Sellers at PAB! Siri 9/2020 Koleksi Best Sellers terbaru terdapat di perpustakaan. Moh kita pinjam dan baca buku best seller yang ada di Perpustakaan Al-Bukhari Uitm Pahang. Sila layari link: KLIK SINI untuk perkhidmatan Books To Door Sevices yang disediakan oleh Perpustakaan Al-Bukhari UiTM Cawangan Pahang.

Stay Connected with PAB!

11 Disember 2020   Anda sedang berjuang dengan assignment anda? FYP/thesis/proposal anda? Jom #stayconnected dengan PERPUSTAKAAN AL-BUKHARI (PAB) untuk memudahkan pencarian bahan dan rujukan anda. Sebarang soalan boleh hubungi kami di wassap : https://bit.ly/askPABnow https://bit.ly/askPABnow2 Jumpa nanti ya

e-KKM : "Easy Write with Microsoft Word"

10 Disember 2020 Sesi kelas secara atas talian e-KKM dengan menggunakan Google Meet telah diadakan yang bertajuk "Easy Write with Microsoft Word" yang disampaikan oleh Pengajar : En. Ahmad Faris bin Seman @ Kamarulzaman, pensyarah Fakulti Sains Gunaan (Biologi), UiTM Cawangan Pahang, Kampus Jengka.  Seramai 80 orang pelajar dari kelas AS2014A, AS2015B & AS2015C telah menyertai kelas ini.

Jelajah Jom Cergas 2020

 08 Disember 2020 Program Jelajah Jom Cergas bersama Unit Sukan UiTM Cawangan Pahang 2020. Senamrobik dan perkongsian ilmu dari Unit Sukan UiTM Cawangan Pahang bersama staf Perpustakaan Al-Bukhari UiTM Cawangan Pahang. Objektif program ini adalah untuk membudayakan amalan hidup sihat, cergas dan harmoni sesama rakan sekerja serta sentiasa kekal aktif. Sesi penerangan berkaitan kesihatan dan penjagaan tubuh badan oleh Puan Hamidah binti Abdul Rahman , Timbalan Ketua Pegawai Sukan , Unit Sukan, Bahagian Hal Ehwal Pelajar, UiTM Cawangan Pahang.