Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2013

STAF BARU DIPERPUSTAKAAN

              Cik Norfitriah binti Mat Seman Pustakawan Perpustakaan Al-Bukhari      Cik Nurfarawahidah binti Badruesham Pustakawan Perpustakaan Al-Bukhari       Cik Hanani binti Rojikin Pustakawan Perpustakaan Al-Bukhari   Encik Mohd Anwar bin Hassim Pustakawan Kuantan

FAKTA MENARIK KENAPA RASULULLAH SAW TIDAK MEMPUNYAI BAYANG!

KENAPA NABI MUHAMMAD SAW TIDAK MEMILIKI BAYANG | Semua sedia maklum, satu mukjizat Nabi Muhammad saw adalah baginda tidak mempunyai bayang kerana baginda itu sendiri adalah cahaya… Rahmatan Lilalalmin… Baginda dibangkitkan untuk menyempurnakan akhlak yang terpuji.. Baginda itu Nur Muhammad… Cahaya atas cahaya… Allahu Rabbi… Ini adalah sabahagian rambut Rasululillah saw…. Rambut ini apabila disuluh tiada bayang… Jelas… Ini adalah rambut junjungan besar baginda Rasululillah… Rambut baginda masih hidup walaupun jasad baginda sudah tiada… Buktinya apabila rambut ini dipotong.. Ia akan kembali kepada panjang asal…. Sollu alan Nabi… اللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍ Ùˆَآلِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍ، ÙƒَÙ…َا صَÙ„َّÙŠْتَ عَÙ„َÙ‰ آلِ Ø¥ِبْرَاهِيمَ، Ø¥ِÙ†َّÙƒَ Ø­َÙ…ِيدٌ Ù…َجِيدٌ، اللَّÙ‡ُÙ…َّ بَارِÙƒْ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍ Ùˆَآلِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍ، ÙƒَÙ…َا بَارَÙƒْتَ عَÙ„َÙ‰ آلِ Ø¥ِبْرَاهِيمَ، Ø¥ِÙ†َّÙƒَ Ø­َÙ…ِيدٌ Ù…َجِيدٌ  Allahumma salli `ala muhammadin wa’ali muhammad, kama sallayta `ala ali ibrahim, innaka hamidun majid, Allahu

SENARAI BUKU TERBARU DIPERPUSTAKAAN

Berikut adalah senarai buku-buku terbaru yang telah dikeluarkan oleh pihak Perpustakaan Al-Bukhari UiTM Pahang. Senarai bahan-bahan tersebut     telah berada di rak buku   dan boleh di buat pinjaman. April 2013 (Jengka) : - http://pahang.uitm.edu.my/library/images/stories/bukubaru/10042013.pdf Selain itu     YH Dato'/YBhg. Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan     boleh juga melayari laman web perpustakaan WEB OPAC untuk melihat senarai buku terbaru (New Arrivals)  http://10.70.13.60/equip/custom/home.jsp    Untuk perkhidmatan perpustakaan yang lain sila layari laman web perpustakaan di:-  http://pahang.uitm.edu.my/library  

ASAL USUL MANUSIA

Betapa payahnya malaikat meminta tanah dari bumi…  Pada suatu ketika, Allah SWT menitahkan kepada malaikat Jibril supaya turun ke bumi untuk mengambil sebahagian tanahnya untuk mencipta Adam, Akan tetapi apabila beliau sampai ke bumi , bumi enggan membenarkan tanahnya diambil untuk dijadikan Adam, kerana bumi khuatir Adam jadi maksiat kepada Allah. Lalu Jibril kembali ke hadrat Tuhan, ia tidak dapat berbuat apa-apa, mendengar sumpah bumi. Begitulah seterusnya, Allah memerintah malaikat Mikail, jawapan bumi masih sama dan selepas itu Allah memerintahkan malaikat Israfil, tetapi malangnya jawapan bumi masih tidak berganjak, dan masing-masin kembali dengan tangan yang hampa.  Lalu yang terakhir, Allah menyuruh malaikat Izrail turun ke bumi. Kata Allah: ” Hai Izrail engkaulah kini yang aku tugaskan mengambil tanah. Meskipun bumi bersumpah-sumpah dengan ucapan bagaimanapun jangan engkau mundur. Katakan bahawa kerjakan atas perintah dan atas namaKu. Apabila Izrail turun ke bumi dan m

INFO UMUM : SEJARAH KESULTANAN PAHANG

Kesultanan Negeri Pahang adalah daripada keturunan Raja-Raja dan Bendahara Melaka yang merupakan keturunan daripada Sang Nila Utama dengan Puteri Demang Lebar Daun dari Palembang iaitu Raden Ratna Cend ... era Puri. Kesultanan Negeri Pahang telah wujud semenjak zaman Melaka apabila Sultan Muhammad Shah iaitu putera kepada Sultan Mansur Shah dengan Puteri Onang Sari yang dilantik menjadi sultan yang pertama bagi Negeri Pahang. Sebelum itu, Pahang telah diperintahkan oleh Kerajaan Siam. Maklumat lanjut sila klik : http://portal.phglib.gov.my:8080/royal/bm/sejarah.htm    

SARAPAN PAGI UNTUK PELAJAR

1) Sarapan adalah hidangan yang sangat penting dan tidak patut diabaikan oleh pelajar kerana ia memberikan tubuh tenaga yang diperlukan untuk menjalankan aktiviti sepanjang hari. 2) Pelajar yang mengambil sarapan walaupun hanya dengan segelas susu akan menjadi lebih bertenaga dan aktif. 3) Tumpuan terhadap pelajaran menjadi semakin maksima dan konsisten, ia meningkatkan kemampuan otak. 4) Dengan bersarapan juga dapat memenuhi keperluan nutrien untuk tubuh kita. Menu sarapan seperti cereal @ bijirin dengan susu atau yogurt rendah lemak pun sudah cukup memberi kalsium dan serat kepada tubuh anak-anak kita. Selain daripada sebab di atas, sarapan juga memberikan kebaikan berikut; 1)  Sarapan boleh menurunkan berat badan Ketika melakukan aktiviti dengan perut kosong, tubuh akan membakar kalori secara lambat, tetapi dengan mengambil sarapan pagi setelah perut kosong semalaman dapat meningkatkan metabolisme, ini bererti pembakaran kalori sepanjang hari menjadi lebih efisien. Ma

TEKNIK BERKESAN MENGHADAPI PEPERIKSAAN

Menjadi tanggungjawab setiap pelajar untuk belajar sepanjang masa, sekiranya ingin mendapatkan kejayaan. Kebolehan sepanjang persekolahan diuji di dalam peperiksaan. Oleh itu, hadapilah peperiksaan dengan persediaan yang rapi supaya kejayaan yang diraih dapat mengukur usaha anda selama ini.   JENIS-JENIS PERSEDIAAN 1. Persediaan Akademik   2. Persediaan Mental   3. Memulakan Peperiksaan   4. Menjawab Soalan         PERSEDIAAN AKADEMIK   Persediaan Akademik terbahagi kepada 3 peringkat yang penting iaitu : Persediaan Peringkat Awal   Iaitut persediaan disepanjang waktu persekolahan. Ini termasuklah tumpuan semasa di dalam kelas, melengkapkan nota-nota, membaca semua mata pelajaran dan membuat nota. Fahamkan apa yang dipelajari dan rujuk kepada guru jika ada masalah. Persediaan Peringkat Pertengahan   Iaitu kira-kira 2 bulan sebelum peperiksaan. Elok sekiranya pelajar membaca balik semua nota ringkas dan cuba ringkaskan nota kepada fakta-fakta yang penting sahaja. Buatla