Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2020

Books To Door Services@BTDS Team

29 Julai 2020   Berita baik kepada staf!   Khas untuk staf UiTM Cawangan Perpustakaan Al-Bukhari UiTM Pahang. Moh kita pinjam dan baca buku yang ada di Perpustakaan Al-Bukhari UiTM Cawangan Pahang. Meminjam buku kini lebih mudah dengan klik pada:   http://library.pahang.edu.my    atau   Books To Door Services@BTDS Team di: http://bit.ly/BooksToDoorServices    

Books Best Sellers at PAB!

28 Julai 2020   Books Best Sellers at PAB!   10 buah buku best seller yang boleh dipinjam oleh semua staf UiTM Cawangan Pahang.   Moh kita pinjam dan baca buku best seller yang ada di Perpustakaan Al-Bukhari UiTM Pahang. Best Sellers@PAB UiTM Cawangan Pahang boleh didapati di: http://bit.ly/BooksToDoorServices    

PAMERAN MAYA@PAB : ROAD TO HAJI MABROOR

PAMERAN MAYA@PAB : “ROAD to HAJI MABRUR” Sempena 10 Zulhijah 1441H ini , Perpustakaan Al-Bukhari, UiTM Cawangan Pahang telah menyediakan satu pameran maya  bertajuk: Road to Haji Mabroor buat semua warga UiTM. Sila imbas kod QR atau layari di pautan:  KLIK SAYA untuk mengakses bahan pameran Unit Komunikasi Korporat  Perpustakaan Al-Bukhari  UiTM Cawangan Pahang

Siri 2 Aktiviti Menanda dan Melakukan SOP Penjarakkan Sosial

17 Julai 2020   Siri 2 aktiviti menanda dan melakukan SOP penjarakkan social dan     proses menanda ini dilakukan dikeseluruhan ruang bacaaan aras 1 dan 2 Perpustakaan Al-Bukhari.   SOP perlu dipatuhi bagi menyekat penularan COVID19 dan dapat memberi keselesaan kepada semua pengguna Perpustakaan Al-Bukhari Uitm Pahang.        

"Knowledge Sharing@PAB" siri ke -2

16 Julai 2020   Aktiviti "Knowledge Sharing@PAB" siri ke -2 yang diadakan bagi staf Perpustakaan Kampus Jengka & Raub secara atas talian.   Objektif program ini dilakukan adalah untuk memupuk keyakinan staf dalam berkomunikasi menggunakan bahasa Inggeris dan melatih staf untuk lebih fleksible berkongsi di medium norma baharu ini.   Siri 1 "Knowledge Sharing@PAB" telah berjaya dilakukan pada 9 Jun 2020 yang lalu ketika PKP dan Siri 2 ini mendapat respon yang lebih mengujakan daripada staf yang t erlibat. Moga dengan program begini dapat melatih staf untuk lebih yakin dan produktif dalam memberi perkhidmatan kepada pengguna Perpustakaan.    

Pencarian Buku "Best Seller"

15 Julai 2020   Aktiviti pagi ini   Mencari buku "Best Seller" serta popular di pasaran yang mana terdapat juga dalam koleksi Perpustakaan Al-Bukhari.   Ini juga langkah-langkah untuk mempromosi koleksi buku di perpustakaan dan mempertingkatkan pinjaman serta perkhidmatan Perpustakaan Al-Bukhari UiTM Cawangan Pahang .    

Proses Penilaian Bagi Permohonan Pelupusan Rekod Homogeneous Unit Penilaian Akademik (HEA)

15 Julai 2020 Jam 8:40 pagi 2 orang staf Unit Arkib Universiti (Unit Rekod Universiti) Encik Razali bin Mat Sabu, Pembantu Pustakawan Kanan dan Puan Suhaina binti ibrahim, Pembantu Pustakawan dari Perpustakaan Al-Bukhari UiTM Cawangan Pahang, Kampus Jengka telah menjalankan   satu Inspektorat penilaian Rekod Homogenous ke Unit Penilaian Akademik Bahagian Hal Ehwal Akademik  (HEA) bagi tujuan permohonan pelupusan Rekod Homogenous iaitu jenis rekod skrip jawapan, 'Master copy' soalan & skema jawapan peperiksaan bagi tahun 2015-2016 berjumlah 60,000 helaian. Seorang staf Unit Penilaian Akademik Bahagian Hal Ehwal Akademik iaitu Encik Muhamad Fuazi bin Nasuruddin telah memberi kerjasama dan menunggu maklum balas dari Arkib Negara Malaysia (ANM) Negeri Pahang bagi tindakan seterusnya untuk proses pelupusan rekod Homogenous.      

New Arrivals@PAB Vol. 1/2020

03 Julai 2020   Assalamualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera   New Arrivals@PAB Vol. 1/2020 Disertakan untuk makluman semua, New Arrivals@PAB Bil.1/2020 yang menyediakan senarai buku baru didalam koleksi Perpustakaan Al-Bukhari. Untuk melihat semua senarai penuh New Arrivals@PAB Bil.1/2020, boleh ke pautan : http://library.pahang.uitm.edu.my/…/im…/bukubaru/mei2020.pdf Selamat membaca .      

BENGKEL SILIBUS PERPUSTAKAAN AL-BUKHARI

01 Julai 2020 BENGKEL SILIBUS PERPUSTAKAAN AL-BUKHARI   Bengkel Silibus telah diadakan di Bilik ICT 1 Perpustakaan Al-Bukhari (PAB). Bengkel ini melibatkan sebahagian staf perpustakaan yang bertujuan untuk pencarian silibus yang diperlukan di perpustakaan. Bengkel ini juga bertujuan untuk menyiapkan silibus yang telah tertangguh semasa PKP dan pencarian silibus ini perlu diselesaikan bagi memudahkan pelajar dan pengguna mendapat bahan bacaan dan maklumat di Perpustakaan Al-Bukhari. Staf yang terlibat adalah seramai 14 orang.