Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2017

MAJLIS ZIARAH KASIH DAN PENYAMPAIAN SUMBANGAN PERPUSTAKAAN AL-BUKHARI BERSAMA PERSATUAN PEWANI, UITM CAWANGAN PAHANG

Pada 20 Jun 2017 yang lalu satu Majlis Ziarah Kasih dan Penyampaian Sumbangan kepada adik Mikhail (masalah usus terkeluar) di Jengka 9. Penyampaian sumbangan disampaikan   oleh Prof Dr Mohd Nazip Suratman, Rektor UiTM Cawangan.Pahang dan turut disaksikan ahli jawatankuasa Persatuan PEWANI.  Semoga sumbangan daripada pengguna Perpustakaan Al-Bukhari serta ahli Persatuan PEWANI dapat meringankan beban keluarga adik Mikhail menjelang Syawal yang bakal tiba.

PROGRAM #QURANHOUR DI PERPUSTAKAAN AL-BUKHARI

Pada 19 Jun 2017 (Isnin) yang lalu Perpustakaan Al-Bukhari   dan Bahagian Hal Ehwal Islam (ACIS) UiTM Cawangan Pahang dengan kerjasama Perpustakaan Awam Jengka turut dibantu oleh Pelajar Latihan Industri dari Fakulti Pengajian Maklumat UiTM Kampus Merbok,Kedah telah berjaya melaksanakan Program #QuranHour : Satu Jam Bersama Al-Quran yang dihadiri oleh hampir lebih daripada 300 orang peserta pelajar serta staf UiTM Cawangan Pahang. Program telah dirasmikan oleh YBhg. Prof. Dr. Mohd Nazip Bin Suratman, Rektor UiTM Cawangan Pahang. Video Live Program boleh dilihat  di Facebook Perpustakaan Al-Bukhari