Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2014

Jom Baca!! Sikat Rambut Mengikut Sunnah Rasulullah SAW

Jom Baca!! Sikat Rambut Mengikut Sunnah Rasulullah SAW  |   Assalamualaikum.. Kami baru terbaca satu artikel ini. SubhanaAllah.. rupanya ada juga sunnah dari Rasulullah SAW kita tentang cara menyikat rambut yang betul. Jom sama-sama kita amalkan.. 1. Rasulullah s.a.w melarang menyikat rambut di dalam kamar mandi kerana perbuatan itu melemahkan umbi rambut. 2. Seseorang itu hendaklah duduk ketika bersikat kerana ia akan mengguatkan otot jantung dan elak daripada melakukannya secara berdiri sebab ia akan melemahkan jantung. 3. Seseorang yang bersikat ketika berdiri akan terjebak dalam masalah hutang.سبحان الله… 4. Adalah makruh menggunakan sikat yang diperbuat daripada perak atau bersadurkan perak. MasyaAllah..indahnya sunnah Rasulullah SAW. Semoga memberi manfaat kepada semua pembaca.. Jangan lupa kongsikan kepada kawan-kawan anda ya..

Jom Baca Bersama untuk 10 minit 2014 (LET'S READ TOGATHER FOR 10 MINUTES 2014)

  Jom Baca Bersama untuk 10 minit 2014 (LET'S READ TOGATHER FOR 10 MINUTES 2014) MEMBACA SERENTAK SE MALAYSIA. Tarikh: 22 April 2014 Hari : Selasa Mula : 10.00 pagi Hingga : 10.10 pagi Masa : 10 minit. Tempat : Dimana-mana sahaja anda berada pada tarikh dan masa tersebut. "Bacaan apa-apa bahan yang bermanafaat" Jom Baca Bersama untuk 10 minit 2014 (LET'S READ TOGATHER FOR 10 MINUTES 2014)

TAHNIAH KEPADA STAF KERANA MENDAPAT CAHAYAMATA

EN.ISMAIL B. ZANUDIN PEMBANTU PERPUSTAKAAN ANAK PEREMPUAN DHIYA IMANI BINTI MOHD ISMAIL.     EN.ZAINUDDIN B GHANI PEMBANTU PEMULIHARAAN ANAK LELAKI MOHD AMAR BIN ZAINUDDIN

PENGURUSAN EKSEKUTIF UiTM PAHANG (ME) TERBARU

PERHATIAN!

PERPUSTAKAAN ADALAH KAWASAN LARANGAN MEROKOK Ini bukanlah jalan penyelesaian masalah Ini bukanlah jalan menghilangkan rasa tekanan Ini bukanlah cara membantu menguatkan daya ingatan Ini bukanlah cara anda menghargai kemudahan yang diberi Ini bukanlah cara bangsa kita yang sedang mencari ilmu Orang yang tahu berfikir, tidak akan membuat perkara sebegini di tempat begini Kalaulah perkara yang sekecil ini pun masih belum dapat diuruskan bagaimana anda ingin menguruskan diri anda dan generasi yang akan anda pimpin nanti?!

SENARAI NAMA PELAJAR UNTUK PENAHAN KONVOKESYEN 2014

Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera Berikut adalah senarai nama pelajar untuk penahanan konvokesyen 2014. Kami telah mencuba sedaya upaya kami untuk menjejaki penama tetapi hingga kini mereka masih gagal untuk dihubungi. Mohon kepada penama berkenaan untuk menyelesaikan perkara ini dengan segera bagi mengelakkan sebarang masalah yang timbul menjelang hari konvokesyen anda nanti. Sekian, Terima Kasih

Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera

Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera Memandangkan cuti pertengahan semester bagi pelajar ijazah dan cuti semester bagi pelajar diploma adalah jatuh pada minggu yang sama, dengan ini dimaklumkan bahawa pada 14 April 2014 (Isnin) hingga 18 April 2014 (Jumaat) perpustakaan akan beroperasi pada pukul 8.30 pagi hingga 5.00 petang sahaja. Sabtu dan ahad, ditutup. Operasi perpustakaan akan dibuka semula seperti biasa, pada pukul 8.30 pagi hingga 10.50 malam pada minggu yang berikutnya iaitu bermula pada 21 April 2014. Harap Maklum. Selamat bercuti pencari ilmu UiTM Pahang Panjang umur kita jumpa lagi.. Sekian, Terima Kasih