Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2013

Rahsia Sujud Di Dalam Solat..

        Tahukah kita solat 5 KALI sehari iaitu 17 RAKAAT telah berlaku 34 kali SUJUD. Di dalamnya terdapat 1001 hikmah yang terkandung. Antaranya:- Seorang ahli Sains saraf otak Amerika, Dr. Fidelma O’leary mendakwa bahawa beberapa saraf di otak manusia tidak boleh dialiri oleh darah dari jantung kerana posisi jantung yang berada di dada tidak cukup kuat untuk menampung pembawaannya ke otak manusia. Padahal otak amat memerlukan oksigen dan bekalan darah yang mencukupi supaya dapat berfungsi secara normal. Beliau mengkaji dari tempoh masa yang lama untuk mencari jawapan. Dikaji dengan lebih serius akhirnya dia perolehi jawapan bahawa darah akan mengalir setiap inci ke otak manusia secara sempurna ketika seseorang itu melakukan sujud seperti yang dilakukan oleh orang-orang Islam dalam solat. Bila perkara ini berlaku,maka otak dapat bekalan darah dan oksigen yang mencukupi lalu dapatlah menghindarkan pelbagai jenis penyakit seperti stress, migraine, stroke , me

NUZUL QURAN

Antara peristiwa agung dalam sejarah umat Islam ialah turunnya kitab suci al-Quran atau disebut Nuzul al-Quran.Perkara ini dinyatakan dalam al-Quran, melalui firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat ke 185 yang bermaksud: “ Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekelian manusia, dan menjadi keterangan yang menjelaskan petunjuk dan menjelaskan perbezaan antara yang benar dan yang salah .” FirmanNya dalam ayat pertama surah al-Qadar : “ Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar. Dalam surah al-Dukhan ayat ke 3 pula Allah s.w.t telah berfirman : Sesungguhnya Kami telah menurunkan Al-Quran itu pada malam yang berkat; (Kami berbuat demikian) kerana sesungguhnya Kami sentiasa memberi peringatan dan amaran (jangan hamba-hamba Kami ditimpa azab). ‘Nuzul’   merupakan perkataan Arab yang memberi makna turun atau berpindah, iaitu berpindah dari satu tempat ke tempat yang lain.   ‘Al-Quran’   pula bermaksud bacaan. Ia di

Lawak Ramadhan

Ramadhan

Peristiwa Akhir Zaman Mengikut Urutan

Sebagai umat Nabi Muhammad (SAW) kita harus bersedia untuk mengkaji memahami dan menghadapinya. Bangsa lain sudah terkehadapan dan bersedia terutamanya pengikut Dajjal. Tetapi kita masih berselisih faham. Walhal pada hakikatnya kita hanya mahu menjadi insan yang bertaqwa tanpa sifat takbur, riak, sombong, kedekut, kikir, hasad dan lain lain sifat yang merosakkan amal kita untuk mencapai taraf taqwa. Peristiwa Akhir Zaman yang berlaku adalah untuk peringatan kepada umat Islam bahawa kiamat itu hampir dan akan tiba. Nabi Muhammad s.a.w dilahirkan 1.1 – Islam ditegakkan semula 1.2 – Hijrah Rasulullah ke Madinah 1.3 – Dakwah Rasullulah 1.4 – Peperangan Rasullulah menentang kafir Kebangkitan Khalifah 2.1 – Wafatnya Rasullullah 2.2 – Khalifah Islam menjadi pemerintah di mukabumi (Othmaniah, Nusantara, Andalusia, Benua Arab, India, Cina) Kejatuhan Khalifah 3.1 – Kebangkitan Revolusi di seluruh dunia 3.2 – Perang Dunia 1 dan 2 3.2 – Kebangkitan pengaruh dan agenda Dajjal 3.3 – Umat Isla

IKLAN PERMOHONAN KEMASUKAN SESI AKADEMIK 2 2013/2014

Permohonan adalah dipelawa daripada calon- calon Bumiputera Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengikuti Program di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Pemohon dikehendaki melayari http://online.uitm.edu.my/ untuk mendapatkan maklumat lanjut sebelum membuat permohonan untuk kemasukan ini. Pemohon dinasihatkan menyemak syarat kelayakan program yang ingin dimohon di http://esyarat.uitm.edu.my/ atau di http://www.selangkah.uitm.edu.my/semak-syarat-kelayakan . Permohon dikehendaki membeli  No. Slip melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) bermula 1 Julai 2013(Isnin) dengan menggunakan nombor kad pengenalan pemohon (bukan wakil) melalui cawangan BSN/Mesin ATM/MyBSN/SMS Banking. (No. Slip yang dibeli sebelum 1 Julai 2013 adalah TIDAK SAH untuk permohonan ini). Sila nyatakan Peringkat Program (DIPLOMA & ASASI UNDANG-UNDANG/PENERAPAN/PROFESIONAL) seperti jadual yang dilampirkan semasa pembelian No. Slip di BSN. Sila pastikan peringkat program yang betul pada slip yang dibe

PELAJAR FSSR HASILKAN REKABENTUK KERETA TERBAHARU YANG KINI DIPAMERKAN DI FSSR.

Dekan FSSR, Prof. Dr. Mustaffa Halabi Haji Azahari bersama saudara Mohd Hamdan Bin Abidin ( kini pelajar semester 06 - B.A (hons) Art & Design - Industrial Design ) yang terlibat dalam projek khas dalam menghasilkan rekabentuk kereta terbaharu sepanjang latihan industri beliau di Proton. Sebagai makluman 2 buah kereta yang terlibat dalam projek tersebut kini dipamerkan diperkarangan Fakulti Seni Lukis & Seni Reka., Shah Alam.  

RAMADHAN IS COMING..............