Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2017

Lawatan Rujukan & Khidmat nasihat Unit Arkib

Lawatan Rujukan & Khidmat nasihat Unit Arkib kepada Unit korporat UiTM Caw. Pahang

Lawatan & khidmat nasihat pelupusan rekod unit arkib universiti Perpustakaan Al-Bukhari Uitm Pahang ke Bahagian Hal Ehwal Akademik Uitm Pahang

Lawatan & khidmat nasihat pelupusan rekod unit arkib universiti Perpustakaan Al-Bukhari Uitm Pahang ke Bahagian Hal Ehwal Akademik Uitm Pahang Pada 31 Mac 2017 yang lalu unit telah dijemput ke Bahagian Hal Ehwal Akademik bagi memberi khidmat  nasihat pelupusan rekod yang betul.

Sumbangan Buku

Terima kasih diucapkan kepada Dr Wan Mohd Nazri memberi sumbangan kepada Perpustakaan Al-Bukhari.. sebarang sumbangan dialu2 kan oleh semua warga kampus yang mempunyai penulisan agar dapat kita tambahkan koleksi penerbitan dan penulisan staf UiTM Pahang..

Taklimat EIS 2017

Taklimat EIS kpd staf Jengka dan Raub utk pengisian data statistik perpustakaan bersama Cik Nurfarawahidah Badruesham yg berkursus d S.Alam .

SESI LAWATAN KERJA & SUAI KENAL BERSAMA REKTOR BARU

Tarikh 20 Mac 2017 (Isnin) yang lalu Perpustakaan Al-Bukhari menerima Lawatan Kerja dan sesi suai kenal bersama Prof. Dr. Mohd Nazip b.Suratman yang baharu dilantik sebagai Rektor UiTM Cawangan Pahang pada 1 Mac 2017 (Rabu) yang lalu. Taklimat ringkas diberikan oleh Cik Nurfarawahedah Bt. Badruesham berkaitan perkhidmatan dan kemudahan yang ditawarkan oleh perpustakaan Al-Bukhari. Lawatan sesi suai kenal dan beramah mesra bersama staf diteruskan selepas taklimat. Sepanjang sesi pengenalan tersebut banyak idea-idea serta penghargaan yang diberikan oleh Rektor di atas pengurusan yang baik serta kepelbagaian perkhidmatan yang ditawarkan kepada pengguna.

Lawatan Penandaarasan UiTM Cawangan Negeri Sembilan

Pada 20 Mac 2017 (Isnin) yang lalu Perpustakaan Al-Bukhari telah menerima kunjungan kerja dari Perpustakaan Tun Abdul Razak, Kampus Kuala Pilah,UiTM Cawangan Negeri Sembilan yang diketuai oleh Puan Wan Norizan bt Wan Mansor, Timbalan Ketua Pustakawan bersama tiga orang staf yang menguruskan Unit Arkib Universiti Kampus Kuala Pilah. Sepanjang lawatan tersebut, taklimat ringkas telah disampaikan oleh Ketua Unit Arkib Universiti iaitu En.Norhazlan b. Nordin berkaitan penubuhan dan juga aktiviti yang dijalankan sejak pengambilalihan tanggungjawab pengurusan arkib oleh Perpustakaan Al-Bukhari pada Februari 2016 yang lalu daripada Bahagian Pentadbiran,UiTM Cawangan Pahang. Perkongsian ilmu dari kedua belah pihak telah banyak mendatangkan input dan idea yang baru bagi memantapkan lagi pengurusan Arkib Universiti selaras dengan dasar Arkib Negara Malaysia.

Majlis Perpisahan Staf Berpindah & Naik Pangkat

Pada 16 Mac 2017 Perpustakaan Al-Bukhari telah kehilangan seorang Pustakawan yang berdedikasi dalam membangunkan dan menguruskan Perpustakaan Al-Bukhari kerana telah dinaikkan pangkat dan akan bertugas di PTAR Shah Alam. Diucapkan Pn. Hanani Rojikin sentiasa maju jaya dan sentiasa dalam ingatan kami.