Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2015

KONVOKESYEN UiTM KE 82

Konvokesyen UiTM (Pahang) diadakan pada 16 - 17 Mei 2015 Semoga Berjaya Membina Kerjaya Sedutan daripada Jawatankuasa Buku Cenderahati  Kisah di Sebalik Tabir 

Lawatan ke Perpustakaan Sempena Program Motivasi UiTM (Pahang)

Pada 12 Mei 2015 yang lalu, PAB (Perpustakaan Al Bukhari) telah menerima kunjungan pelajar-pelajar Anak Yatim daripada 17 buah sekolah disekitar Daerah Maran. Lawatan ini adalah salah satu slot Program Motivasi yang dianjurkan oleh Unit Bimbingan Kaunseling dan Kerjaya, UiTM (Pahang) Semoga dengan lawatan ini dapat memberikan pendedahan kepada pelajar-pelajar ini akan dunia ilmu serta perkhidmatan dan kemudahan yang ditawarkan oleh PAB kepada pengguna perpustakaan. Semoga berjaya adik-adik!    

PAMERAN BUKU BB1M

Pameran buku dalaman sempena Baucer Buku 1 Malaysia telah diadakan di perkarangan Perpustakaan Al-Bukhari pada 16-19 Mac 2015. Dengan kerjasama pembekal buku utama dan sampingan perpustakaan al-bukhari.    

Program Jom Baca 10 Minit 2015 - 23/04/2015

Program kali kedua ini telah dianjurkan oleh Perpustakaan Negara Malaysia dan Majlis Pengarah-Pengarah Perpustakaan Awam Se-Malaysia. Sebagai bukti sokongan, Pihak Perpustakaan Al Bukhari juga telah mengadakan Program Jom Baca 10 minit ini dengan disertai oleh staf perpustakaan, pensyarah dan staf pentadbiran daripada unit yang pelbagai.    Program yang berjalan selama 10 minit ini telah cukup memberikan ilmu-ilmu dan pengetahuan yang sangat berguna kepada peserta program. Malah ada yang mengikuti program ini dengan membaca di ruang pejabat masing-masing. Terima kasih atas sokongan anda! Jom kita teruskan amalan membaca! "SATU HARI, SATU STAF, SATU BUKU"    

Kursus Pemantapan Pembangunan dan Pengukuran Pemilikan Bahan-Bahan Silibus UiTM (Pahang)

Pada 01/04/2015 yang lalu, pihak Perpustakaan Al-Bukhari telah menerima kunjungan daripada En Zulkifli Ismail, Timbalan Ketua Pustakawan, Ketua Bahagian Pengurusan Repositori Institusi dan Imbangan Bahan ( BPRIIB ) PTAR Shah Alam. Tujuan kunjungan beliau adalah untuk berkongsi ilmu di dalam Kursus Pemantapan Pembangunan dan Pengukuran Pemilikan Bahan-Bahan Bacaan / Rujukan Silibus UiTM Koleksi Perpustakaan Universiti Teknologi MARA negeri (PUiTM NEGERI). Beliau dibantu oleh En. Herman Tambeh, Pembantu Perpustakaan di bahagian yang sama. Kursus selama 2 hari ini telah banyak memberikan manfaat kepada seluruh warga PAB dalam usaha memantapkan pengurusan dan pemilikan silibus kursus-kursus yang ditawarkan di UiTM (Pahang). Kursus ini telah berakhir pada 02/04/2015.  

Kursus Kepimpinan Pengawas Pusat Sumber Sekolah SMK Seri Jengka

Kursus kepimpinan ini telah dianjurkan oleh Pusat Sumber Sekolah SMK Seri Jengka, Maran dengan kerjasama Perpustakaan Al-Bukhari UiTM (Pahang) pada 31 Mac 2015. Kursus bersama lawatan ini telah diketuai oleh Pn. Nor Laili bt. Mohamad. Seramai 27 orang peserta telah menyertai kursus ini yang terdiri daripada pengawas pusat sumber sekolah dan diiringi oleh 2 orang guru pengiring.     Dimulai dengan sesi taklimat perpustakaan yang telah disampaikan oleh Pustakawan Perpustakaan Al-Bukhari UiTM Pahang, Cik Nurafarawahidah Badruesham. Sesi tersebut juga telah diserikan lagi dengan kehadiran penceramah jemputan, En. Mohd Rafie b. Hj Ismail, Pegawai Teknologi Pendidikan, PKG Daerah Maran. Sesi kursus diakhiri dengan lawatan pelajar ke seluruh bangunan Perpustakaan Al Bukhari, UiTM (Pahang).   Lawatan berakhir pada pukul 12.30 tengahari. Terima Kasih kami ucapkan!    

Lawatan YBhg Tan Sri Dato' Seri Arshad Ayub, Pro-Canselor UiTM

Pameran bersempena sambutan 30 tahun UiTM (Pahang) di Perpustakaan Al-Bukhari Uitm Pahang . telah dilancarkan sambutan 30 tahun UiTM (Pahang) dan Buletin Khazanah Alam (Edisi Khas). Semoga UiTM (Pahang) sentiasa mampan, terus berjaya dan sejahtera. Sedikit perkongsian: Tan Sri Arshad Ayub memang tidak dapat dipisahkan dengan sejarah penubuhan MARA. Ini kerana beliau bukan sahaja merupakan pengarah pertama Institut Teknologi MARA (ITM) sejak tahun 1967 sehingga 1975, malah menjadi pencetus idea kepada perkembangan pendidikan di MARA ketika dekad awal penubuhannya. Ketika itu, ITM diletakkan di bawah kendalian Bahagian Latihan MARA. (Sumber: Portal rasmi Majlis Amanah Rakyat,