Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2012

Aktiviti Riang Ria Perpustakaan Al-Bukhari 2012

J awatan Kuasa Kelab Perpustakaan Al-Bukhari telah berjaya melestarikan aktiviti riang- ria 2012 pada 18 Februari 2012 dalam suasana harmoni dan ceria. 23 orang staf bersama ahli keluarga masing-masing telah turut serta dalam menjayakan program muhibbah ini. aktiviti riang ria Aktiviti riang ria ini diadakan di Bukit Gambang Resort   City. Program dimeriahkan lagi dengan acara makan beramai-ramai. Pendaftaran Keluarga Pendaftaran Aktiviti Gambar beramai-ramai Makan malam

Perpustakaan Al-Bukhari Johan Keseluruhan

Fakulti Kejuruteraan Awam dan Fakulti Teknologi Maklumat & Sains Kuantitatif UiTM Cawangan Pahang  telah menganjurkan Hari Kemuncak Bulan Inovasi 2011, pada 12 Januari 2012. Terdapat pelbagai aktiviti telah diadakan antaranya Ceramah dan Forum, Gotong Royong Perdana 5S & Program Kitar Semula, 'Amazing Innovation Race' (A.I.R),Anugerah Kualiti Rektor (AKUR), Pertandingan Sukan Tradisional dan Pertandingan Kualiti Jabatan. Pada hari Kemuncak tersebut Perpustakaan Al-Bukhari telah diumumkan sebagai Johan Keseluruhan bagi Pertandingan Kualiti Jabatan.     1. Johan - Pertandingan Piagam Pelanggan 2. Johan - Pertandingan Pengurusan Kaunter Terbaik 3. Johan - Pertandingan 5S Kategori Pejabat 4. Johan - Pertandingan Pengurusan Fail   Pn. Rosnita bt. Ja'afar, Timbalan Ketua Pustakawan telah turut memenangi Naib Johan Pertandingan Bilik Ceria untuk kategori Staf Pentadbiran. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2010 P

PROGRAM MENGENANG TOKOH NEGARAWAN ALLAHYARHAM TUN ABDUL RAZAK

Sukacita dimaklumkan bahawa UiTM Cawangan Pahang telah dipilih oleh Jabatan Arkib Negara, sebagai tempat pelaksanaan program seperti di atas. Program ini akan berlangsung pada 7 - 9 Julai 2011, yang melibatkan beberapa kawasan utama iaitu parking kenderaan pelajar (Dataran Integrasi), DSG, Audi 1 & 2, gelanggang sukan, padang ragbi serta rumah tamu. Di samping itu, Majlis Perasmian Program ini akan diadakan pada 7 Julai 2011, jam 3.00 ptg dan akan dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri. Bagi menyambut kedatangan YAB PM, ramai pelajar akan terlibat secara langsung terutamanya pelajar bah. 1 & 2. Untuk memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran, saya ingin menarik perhatian YH Dato'/Prof./Prof. Madya/Tuan/Puan untuk membuat persiapan awal, terutamanya proses penggantian kuliah bagi pelajar bahagian 1 & 2 untuk kuliah pada 6 & 7 Julai 2011.  Makluman awal ini untuk memudahkan proses raptai dan lain-lain acara yang melibatkan para pelajar secara ramai,