Skip to main content

Posts

Showing posts from 2017
Pada 07 Jun 2017 (Rabu) hingga 26 Julai 2017 yang lalu Perpustakaan Al-Bukhari  UiTM Cawangan Pahang telah terlibat dengan Semester Interim selama 7 minggu. Cik Nurfarahwahedah Bt Badruesham dan Puan Norfitriah Bt Mat Seman telah dilantik menjadi Tenaga Pegajar kepada hamper 1500 orang pelajar semester satu sebelum Semester bermula pada Bulan September 2017. Kelas sepanjang 7 minggu berlangsung di Perpustakaan Al-Bukhari ini kerana Subjek UED 102 melibatkan beberapa aktiviti yang terus mendedahkan mereka dengan koleksi perpustakaan. Setiap minggu seramai 250 orang pelajar akan diberi taklimat dan mereka juga perlu menyiapkan tugasan menggunakan perpustakaan. 
LAWATAN UNITAR-K-FORCE KE PERPUSTAKAAN AL-BUKHARI,UiTM PAHANG Oleh : Pn. Norfitriah Bt Mat Seman Pada 28 Julai 2017 yang lalu Perpustakaan telah dikunjungan oleh Mahasiswa Ijazah Sarjana Muda (K) Pengurusan dan diiringi seorang Pensyarah dari UNITAR-K-FORCE bagi membuat kajian berkaitan e-Learning for the Military. Kedatangan disambut mesra oleh Puan Rosnita Bt Jaafar,Timbalan Ketua Pustakawan dan rombongan dibantu oleh En Alias b. Manap, Pembantu Pustakawan Kanan. Kunjungan luar memang dialu-alukan ke Perpustakaan Al-Bukhari bagi tujuan membuat kajian atau untuk rujukan dalaman. Terima kasih diatas cenderahati yang disampaikan.
SAMBUTAN HARI RAYA PERPUSTAKAAN AL-BUKHARI, UiTM PAHANG Oleh : Pn. Norfitriah Bt Mat Seman Pada 12 Julai 2017 yang lalu Perpustakaan Al-Bukhari UiTM Cawangan Pahang telah mengadakan Jamuan Hari Raya bersama-sama semua warga Perpustakaan dan turut dihadiri  bersama Jawatankuasa Eksekutif serta jemputan luar seperti wakil Perpustakaan Awam Jengka dan PKG Daerah Maran bagi memeriahkan lagi sambutan Hari Raya Bahagian Perpustatakaan. Majlis dimeriahkan lagi dengan aktiviti-aktiviti ringgan seperti pertukaran hadiah antara staf perpus   takaan    dan masing-masing begitu teruja denga   n hadiah yang bakal dimiliki

MAJLIS ZIARAH KASIH DAN PENYAMPAIAN SUMBANGAN PERPUSTAKAAN AL-BUKHARI BERSAMA PERSATUAN PEWANI, UITM CAWANGAN PAHANG

Pada 20 Jun 2017 yang lalu satu Majlis Ziarah Kasih dan Penyampaian Sumbangan kepada adik Mikhail (masalah usus terkeluar) di Jengka 9. Penyampaian sumbangan disampaikan   oleh Prof Dr Mohd Nazip Suratman, Rektor UiTM Cawangan.Pahang dan turut disaksikan ahli jawatankuasa Persatuan PEWANI.  Semoga sumbangan daripada pengguna Perpustakaan Al-Bukhari serta ahli Persatuan PEWANI dapat meringankan beban keluarga adik Mikhail menjelang Syawal yang bakal tiba.

PROGRAM #QURANHOUR DI PERPUSTAKAAN AL-BUKHARI

Pada 19 Jun 2017 (Isnin) yang lalu Perpustakaan Al-Bukhari   dan Bahagian Hal Ehwal Islam (ACIS) UiTM Cawangan Pahang dengan kerjasama Perpustakaan Awam Jengka turut dibantu oleh Pelajar Latihan Industri dari Fakulti Pengajian Maklumat UiTM Kampus Merbok,Kedah telah berjaya melaksanakan Program #QuranHour : Satu Jam Bersama Al-Quran yang dihadiri oleh hampir lebih daripada 300 orang peserta pelajar serta staf UiTM Cawangan Pahang. Program telah dirasmikan oleh YBhg. Prof. Dr. Mohd Nazip Bin Suratman, Rektor UiTM Cawangan Pahang. Video Live Program boleh dilihat  di Facebook Perpustakaan Al-Bukhari