Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2012

Exco Kanan Pahang Tan Aminuddin meninggal dunia

Exco Kanan Pahang Tan Aminuddin meninggal dunia Wartawan Sinar Harian 19 Jun 2012 Datuk Tan Mohd Aminuddin Ishak TEMERLOH – Exco Pahang Datuk Tan Mohd. Aminuddin Ishak, 64, meninggal dunia pagi ini di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) di sini pada 8.55 pagi ini setelah dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) pada 8 Jun (Jumaat) lalu. Allahyarham adalah Pengerusi Jawatankuasa Pertanian Industri Asas Tani dan Hal Ehwal Peneroka Felda Negeri meninggalkan seorang balu, Datin Nooraihan Mohamad dan dua orang anak, manakala anak sulungnya sudah meninggal dunia. Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chenor dibawah pengawasan doktor pakar dilaporkan tenat semalam dan masih dibantu dengan mesin sokongan pernafasan sebelum ini dikatakan berada dalam keadaan stabil. Anak saudaranya, Saiful Azman Mokhtar Affendi, bapa saudaranya itu dikatakan turut mengalami komplikasi penyakit lain termasuk jantung dan kencing manis dimasukkan ke Hoshas kerana

UPDATE 4.15 PTG JADUAL KKM

UPDATE JADUAL KKM

PANAS SAMBUTAN MENGGALAKKAN

JADUAL KKM

Perpustakaan Al-Bukhari UiTM Cawangan Pahang mempelawa para pensyarah untuk membawa pelajar masing-masing ke perpustakaan bagi mengikuti Kelas Kemahiran Maklumat (KKM). KKM ini merupakan satu program khusus di mana asas kemahiran dan teknik pencarian maklumat berkesan diajar bagi membantu mendapatkan maklumat. JADUAL JUNE 2012

KARNIVAL 6K

Program Temuduga Dalam Kampus Sepanjang Karnival 6K 2012 kepada graduan dan Pelajar Semester akhir Diploma dan Ijazah UiTM untuk merebut peluang keemasan ini terdapat beberapa agensi   Makluman Penting Kepada Bakal Calon Temuduga:- 1.     Kepada semua peserta yang berminat untuk menghadiri Temuduga bolehlah membawa Resume 2.     Kad Pengenalan 3.     Gambar Berukuran Pasport 4 keping 4.     Sijil Kelayakan Akademik Seperti (Sijil PMR, SPM, Diploma, Ijazah dan Transkrit) berserta salinan yang telah disahkan benar 5.     Sijil Penglibatan Aktiviti Ko-kurikulum, Aktiviti Kelab Dan Persatuan berserta salinan yang telah disahkan benar. 6.     Berpakaian Kemas dan bersesuaian untuk menghadiri sesi temuduga.

SELAMAT DATANG

Selamat Datang Kepada Semua Pelajar Baru Sesi Jun - Okt 2012. Tekadkan azam untuk menjadi pelajar yang cemerlang dunia dan akhirat. Tiada jalan pintas untuk berjaya, usaha dan kesungguhan membuahkan kejayaan...

Moh La ke Library Baru Weh!

Segala urusan peminjaman pemulangan bahan masih lagi di Perpustakaan lama buat sementara waktu. Setakat ini, anda masih boleh menggunakan perpustakaan baru untuk study dan penggunaan komputer di Bilik ICT. Makluman, pihak perpustakaan akan memulakan operasi di perpustakaan baru seperti berikut: Tarikh : 4 Jun 2012 (Isnin). Masa   : 8.30 pagi - 5.00 ptg Tarikh : 11 Jun 2012 (Isnin) Masa   : 8.30 pagi - 5.00 ptg             : 5.00 ptg - 8.15 malam (Rehat & Tutup)             : 8.15 malam - 11.00 malam

SELAMAT BERSARA

SELAMAT BERSARA Perpustakaan Al Bukhari ingin mengucapkan selamat bertugas kepada En. Abd Rashid Amran di Perpustakaan Kampus Kuantan mulai 11 Jun - 26 Jun 2012. Beliau akan menamatkan perkhidmatannya sebagai Pembantu Am Pejabat selepas berkhidmat di UiTM sejak tahun 1975. Beliau akan mula bersara wajib pada 26 Jun 2012. Terima kasih tak terhingga atas jasa yang telah ditaburkan kepada UiTM. Terima kasih juga kerana banyak membantu dan memudahkan kerja2 di perpustakaan selama ini, semoga Allah jua yang dapat membalasnya..