PROGRAM PERTANDINGAN FOTOGRAFI : “EXPLORE, TREKKING, SNAP” 1001 KHAZANAH KEM SERI GADING, ANJURAN PUITM CAWANGAN PAHANG SEMPENA BULAN INOVASI UITM CAWANGAN PAHANG.
Perpustakaan Al-Bukhari UiTM Cawangan Pahang telah berjaya mengadakan
Program Pertandingan Fotografi : “Explore, Trekking, Snap” 1001 Khazanah Kem
Seri Gading sempena Bulan Inovasi UiTM Cawangan Pahang pada 03 November 2016
yang lalu yang yang diuruskan oleh En Mohamad Fuad B. Khalid (Pembantu
Pustakawan) dan ahli jawatankuasanya.. Program ini disertai seramai 30 orang
peserta dimana setiap peserta perlu “SNAP” keindahan alam yang terdapat di
sekitar Kem Seri Gading UiTM Caw. Pahang khususnya pelbagai spesis cendawan
serta tumbuhan liar.
Program ini menjadi semakin meriah dengan kehadiran Rektor UiTM Caw.
Pahang. Rektor juga telah memberi sedikit taklimat kepada peserta berkaitan
dengan sejarah penubuhan UiTM Caw.Pahang dan Kem Seri Gading. Pengalaman yang
dikongsikan menarik minat ramai peserta dan juga pengetahuan baru bagi staf
baru.
Peserta dikehendaki menghantar 5 keping gambar penyertaan kepada pihak
Perpustakaan Al-Bukhari dan akan dinilai oleh juri yang dilantik khas.
Comments
Post a Comment