Skip to main content

Program Jom Baca bersama untuk 10 minit

Buat kali ke-3, Perpustakaan Al-Bukhari UiTM Pahang, Kampus Jengka telah berjaya mengadakan Program Jom Baca bersama untuk 10 minit pada 25 April 2016, Isnin, tepat jam 11.00 pagi dan berakhir pada 11.10 minit pagi. Program tahunan ini telah dianjurkan oleh Perpustakaan Awam Malaysia.
Program yang telah berjaya dihadiri oleh 41 orang peserta adalah terdiri daripada Pensyarah, staf perpustakaan, staf pentadbiran dan kumpulan pelajar UiTM Cawangan Pahang ini telah memperlihatk...an peningkatan jumlah peserta yang menyertai program ini berbanding tahun lepas.
Semoga budaya membaca ini dapat diterapkan dalam kehidupan seharian. Carilah maklumat yang berguna dan bacalah agar isinya menjadi panduan hidup kita. Jumpa lagi di program ini di tahun hadapan!
p/s: Naskhah yang hampir 90,000 di perpustakaan kami ini merangkumi banyak subjek. Jom kita terokai, pinjam dan bacalah!
 

 10 Minit membaca bersama semua peserta
 
 Perkongsian ilmu bahan bacaan oleh peserta
 
Sesi bergambar dengan semua peserta.


Comments

Popular posts from this blog

Ulasan Buku : Petua Menangani STRES

  17 November 2020 Tajuk Buku : Petua Menangani STRES Penulis : Dato' Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah, Haji Muhammad Zakaria, Muntazah Tumian dan Mahfuzah Omar Penerbit : Telaga Biru Sdn. Bhd. Tahun Terbitan : November 2017 Kehidupan anda dalam era globalisasi hari ini mengundang tekanan dari semua arah. Tekanan ini mengenai semua golongan dari pelajar hingga kepada ibu bapa, pekerja, golongan profesional, pemimpin dan rakyat jelata. Stres menjadikan diri kita tertekan, produktiviti diri menurun, jiwa tidak tenteram dan tindakan menjadi tidak rasional. Pada masa yang sama timbul perasaan marah, geram, lemah dan hilang keyakinan diri. Stres berpunca daripada sifat semula jadi yang tidak stabil seperti terlalu inginkan kemenangan, bersikap perfectionist, suka mendesak, risau keterlaluan, tidak mahu menerima teguran, bersangka buruk dan berdendam. Untuk menghindarkan diri daripada fenomena ini, kita perlu menangani stres dengan bijak. Jika stres tidak boleh dihilangkan sepenuhnya, ia per...
UaU ke UHei Penilaian Pelupusan Rekod Unit Arkib Universiti membuat penilaian pelupusan Rekod di  Unit Hal Ehwal Islam,UiTM Cawangan Pahang  pagi ini.

Ulasan Buku : Sebelum Anak Derhaka

19 November 2020   Sebelum Anak Derhaka Penulis : Dr. Sa’ad Karim Penerbit : Blue-T Publication Sdn. Bhd. Tahun Terbitan : 2011 No. Panggilan : BP173.3.S32 2011 "Sesungguhnya anak-anak kami adalah hati yang ada, Di tengah-tengah kami berjalan di muka bumi; Andaiangin menerpa salah satu dari mereka, Tentu mata kami tidak bias terpejam (penyair)" Barang paling berharga yang dimiliki ibu bapa dan paling dicintai mereka di dunia ini tidak lain tidak bukan ialah anak. Semua orang tua berdia kepada Allah SWT dengan menadah tangan dan merintih agar anak-anak mereka diberkati dan berharap mereka dapat berada di kedudukan yang lebih baik dari mereka. Ibu bapa berasa senang seandainya anak-anak mereka boleh berbakti, taat, menuruti perintah dan akhlak serta mempunyai tingkah laku yang sopan terhadap mereka. Dan sudah pasti hati mereka berasa tidak tenteram seandainya anak yang dikandung selama Sembilan bulan itu derhaka dan tidak mentaati mereka. Buku yang sedang anda tatap ini memapar...