Skip to main content

PROGRAM MOH WAKAF BUKU DI PERPUSTAKAAN AL-BUKHARI



Pada 25 Mei 2017 (Khamis) yang lalu Perpustakaan Al-Bukhari dengan kerjasama Pelajar Latihan Industri dari Fakulti Pengajian Maklumat UiTM Kampus Merbok,Kedah.telah berjaya melaksanakan Program Moh Wakaf Buku yang dihadiri oleh hampir lebih daripada 100 orang peserta pelajar serta staf UiTM Cawangan Pahang. Program telah dirasmikan oleh 
YBhg. Prof. Dr. Mohd Nazip Bin Suratma, Rektor UiTM Cawangan Pahang.
Menurut Pengarah Program Cik Nurfarawahidah Bt Badruesham (Pustakawan Kanan), Objektif Program antaranya mempertingkatkan minat serta menggalakkan staf dan pelajar untuk mewakafkan buku disamping menambah koleksi buku dan bahan bacaan di perpustakaan yang merupakan antara strategi penjimatan perpustakaan bagi tahun 2017.

Sebanyak 200 lebih buku sumbangan telah dapat dikumpulkan sepanjang program pada hari tersebut dan program berlangsung sepanjang masa serta terbuka kepada semua untuk menyumbang.

Video Majlis Perasmian boleh dilihat  di Facebook Perpustakaan Al-Bukhari







Comments

Popular posts from this blog

UaU ke UHei Penilaian Pelupusan Rekod Unit Arkib Universiti membuat penilaian pelupusan Rekod di  Unit Hal Ehwal Islam,UiTM Cawangan Pahang  pagi ini.

Ulasan Buku : Petua Menangani STRES

  17 November 2020 Tajuk Buku : Petua Menangani STRES Penulis : Dato' Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah, Haji Muhammad Zakaria, Muntazah Tumian dan Mahfuzah Omar Penerbit : Telaga Biru Sdn. Bhd. Tahun Terbitan : November 2017 Kehidupan anda dalam era globalisasi hari ini mengundang tekanan dari semua arah. Tekanan ini mengenai semua golongan dari pelajar hingga kepada ibu bapa, pekerja, golongan profesional, pemimpin dan rakyat jelata. Stres menjadikan diri kita tertekan, produktiviti diri menurun, jiwa tidak tenteram dan tindakan menjadi tidak rasional. Pada masa yang sama timbul perasaan marah, geram, lemah dan hilang keyakinan diri. Stres berpunca daripada sifat semula jadi yang tidak stabil seperti terlalu inginkan kemenangan, bersikap perfectionist, suka mendesak, risau keterlaluan, tidak mahu menerima teguran, bersangka buruk dan berdendam. Untuk menghindarkan diri daripada fenomena ini, kita perlu menangani stres dengan bijak. Jika stres tidak boleh dihilangkan sepenuhnya, ia per

Archive Collection : Tahun 2005, Edisi 54 / Disember 2021

   20 Disember 2021 Tahun 2005, Edisi 54 / Disember 2021 Archive Collection diterbitkan bagi mempromosikan koleksi bahan arkib kepada warga universiti oleh Unit Arkib Cawangan, Perpustakaan Al-Bukhari, UiTM Cawangan Pahang. Diskripsi : Senarai nombor telefon setiap bahagian di UiTM Cawangan Pahang Online Finding Archive (OFA) KLIK SINI   sila ikuti maklumat terkini dilaman web rasmi kami di : https://pahang.library.uitm.edu.my/ LIKE & FOLLOW FACEBOOK Perpustakaan Al-Bukhari : https://www.facebook.com/library.uitm.pahang Sekian, terima kasih.