Skip to main content

Ulasan Buku : Dakwah Islam dan Orang Pekak

 19 April 2021


DAKWAH ISLAM DAN ORANG PEKAK


Penulis : Abdul Munir Ismail
Penerbit : Dewan Bahasa dan Pustaka
Tahun Terbitan : 2014
ISBN : 9789834614300
No. Panggilan : BP170.85.A48 2014

Buku ini mengupas secara khusus tentang keperluan berdakwah kepada orang pekak kerana golongan ini berhak mendapat kenikmatan ilmu agama sama seperti orang yang sempurna pendengaran.

Penulisan buku ini mendekatkan pembaca dengan golongan orang pekak dengan memperkenalkan golongan ini dari segi psikologi dan masalah yang dihadapi oleh mereka serta institusi yang terlibat dalam gerakan dakwah kepada golongan ini.

Penulisan buku ini juga mencadangkan metodologi dakwah yang berkesan terhadap golongan ini berdasarkan al-Qur'an dan pandangan ulama. Buku ini bukan sahaja sesuai kepada para pendakwah, malah kepada organisasi dan institusi yang berkaitan.



Untuk maklumat Lebih Lanjut, Anda boleh berhubung dengan staf
kami dengan menghubungi @ whatsApp di talian :

Kaunter Utama Perpustakaan Al-Bukhari (PAB) : 09-4602734



Comments

Popular posts from this blog

Ulasan Buku : Petua Menangani STRES

  17 November 2020 Tajuk Buku : Petua Menangani STRES Penulis : Dato' Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah, Haji Muhammad Zakaria, Muntazah Tumian dan Mahfuzah Omar Penerbit : Telaga Biru Sdn. Bhd. Tahun Terbitan : November 2017 Kehidupan anda dalam era globalisasi hari ini mengundang tekanan dari semua arah. Tekanan ini mengenai semua golongan dari pelajar hingga kepada ibu bapa, pekerja, golongan profesional, pemimpin dan rakyat jelata. Stres menjadikan diri kita tertekan, produktiviti diri menurun, jiwa tidak tenteram dan tindakan menjadi tidak rasional. Pada masa yang sama timbul perasaan marah, geram, lemah dan hilang keyakinan diri. Stres berpunca daripada sifat semula jadi yang tidak stabil seperti terlalu inginkan kemenangan, bersikap perfectionist, suka mendesak, risau keterlaluan, tidak mahu menerima teguran, bersangka buruk dan berdendam. Untuk menghindarkan diri daripada fenomena ini, kita perlu menangani stres dengan bijak. Jika stres tidak boleh dihilangkan sepenuhnya, ia per...
UaU ke UHei Penilaian Pelupusan Rekod Unit Arkib Universiti membuat penilaian pelupusan Rekod di  Unit Hal Ehwal Islam,UiTM Cawangan Pahang  pagi ini.

Ulasan Buku : Sebelum Anak Derhaka

19 November 2020   Sebelum Anak Derhaka Penulis : Dr. Sa’ad Karim Penerbit : Blue-T Publication Sdn. Bhd. Tahun Terbitan : 2011 No. Panggilan : BP173.3.S32 2011 "Sesungguhnya anak-anak kami adalah hati yang ada, Di tengah-tengah kami berjalan di muka bumi; Andaiangin menerpa salah satu dari mereka, Tentu mata kami tidak bias terpejam (penyair)" Barang paling berharga yang dimiliki ibu bapa dan paling dicintai mereka di dunia ini tidak lain tidak bukan ialah anak. Semua orang tua berdia kepada Allah SWT dengan menadah tangan dan merintih agar anak-anak mereka diberkati dan berharap mereka dapat berada di kedudukan yang lebih baik dari mereka. Ibu bapa berasa senang seandainya anak-anak mereka boleh berbakti, taat, menuruti perintah dan akhlak serta mempunyai tingkah laku yang sopan terhadap mereka. Dan sudah pasti hati mereka berasa tidak tenteram seandainya anak yang dikandung selama Sembilan bulan itu derhaka dan tidak mentaati mereka. Buku yang sedang anda tatap ini memapar...