Skip to main content

MERDEKA BOOKS REVIEW@PAB : SRIKANDI NEGARA : Merencana Perubahan Mendepani Cabaran

06 September 2021

MERDEKA BOOKS REVIEW@PAB
 
Tajuk:
SRIKANDI NEGARA : Merencana Perubahan Mendepani Cabaran

ISBN :
978983 505822

No. Panggilan :
DS597.214 .686 2014 RUJ


ULASAN BUKU :

Biarpun telah banyak penerbitan mengenal Srikandi Negara yang ditulis oleh para cendekiawan mahupun penulis luar namun, penerbitan ini mempunyai keistimewaan tersendiri.

Buku mewah Srikandi Negara terbitan Jabatan Penerangan Malaysia menceritakan kembali sumbangan, perjuangan, semangat kental dan ketokohan srikandi negara yang hampir dilupai. Adalah menjadi tanggungjawab Jabatan Penerangan Malaysia untuk memberi input mengenainya biarpun ringkas namun la digarap dengan padat dan bermaklumat berkisarkan tujuh wanita isteri kepada Perdana Menteri Malaysia iaitu Tun Syarifah Rodziah Syed Alwi Barakbah, Tun Hajah Rahah Tan Sri Mohamed Noah, Tun Suhailah Tan Sri Mohamed Noah, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali, Tun Endon Dato' Mahmood Ambak, Tun Jeanne Abdullah dan Datin Paduka Seri Rosmah Mansor ternyata buku ini mempunyai kekuatan tersendiri.


Kisah mereka menjadi isteri kepada tokoh-tokoh negara, memberi sokongan dan menjadi orang di belakang tabi memberi kasih sayang dan membenarkan pemimpin-pemimpin negara menjalankan tugas dengan penuh dedikasi, tenteram dan dalam masa yang sama mampu menguruskan rumahtangga dengan baik harus didokumentasikan untuk tatapan anak bangsa pada masa akan datang. Buku yang mengandungi kira-kira 200 keping koleksi gambar peribadi ini juga turut menggambarkan sebahagian daripada perjalanan sejarah negara serta liku-liku yang mereka Lalu Besarlah harapan kami, menerusi buku ini, generasi hari ini boleh memperoleh satu kisah kehidupan yang mengagumkan, menjadi pengajaran dan dapat memahami apa yang terpaksa diharungi generasi sebelum ini.

Anda boleh menghubungi Perpustakaan Al-Bukhari UiTM Cawangan Pahang di talian (Telefon@WhatsApp 09-4602734) untuk perkhidmatan Books To Door Sevices yang disediakan oleh Perpustakaan Al-Bukhari UiTM Cawangan Pahang.




Comments

Popular posts from this blog

Ulasan Buku : Petua Menangani STRES

  17 November 2020 Tajuk Buku : Petua Menangani STRES Penulis : Dato' Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah, Haji Muhammad Zakaria, Muntazah Tumian dan Mahfuzah Omar Penerbit : Telaga Biru Sdn. Bhd. Tahun Terbitan : November 2017 Kehidupan anda dalam era globalisasi hari ini mengundang tekanan dari semua arah. Tekanan ini mengenai semua golongan dari pelajar hingga kepada ibu bapa, pekerja, golongan profesional, pemimpin dan rakyat jelata. Stres menjadikan diri kita tertekan, produktiviti diri menurun, jiwa tidak tenteram dan tindakan menjadi tidak rasional. Pada masa yang sama timbul perasaan marah, geram, lemah dan hilang keyakinan diri. Stres berpunca daripada sifat semula jadi yang tidak stabil seperti terlalu inginkan kemenangan, bersikap perfectionist, suka mendesak, risau keterlaluan, tidak mahu menerima teguran, bersangka buruk dan berdendam. Untuk menghindarkan diri daripada fenomena ini, kita perlu menangani stres dengan bijak. Jika stres tidak boleh dihilangkan sepenuhnya, ia per...
UaU ke UHei Penilaian Pelupusan Rekod Unit Arkib Universiti membuat penilaian pelupusan Rekod di  Unit Hal Ehwal Islam,UiTM Cawangan Pahang  pagi ini.

Ulasan Buku : Sebelum Anak Derhaka

19 November 2020   Sebelum Anak Derhaka Penulis : Dr. Sa’ad Karim Penerbit : Blue-T Publication Sdn. Bhd. Tahun Terbitan : 2011 No. Panggilan : BP173.3.S32 2011 "Sesungguhnya anak-anak kami adalah hati yang ada, Di tengah-tengah kami berjalan di muka bumi; Andaiangin menerpa salah satu dari mereka, Tentu mata kami tidak bias terpejam (penyair)" Barang paling berharga yang dimiliki ibu bapa dan paling dicintai mereka di dunia ini tidak lain tidak bukan ialah anak. Semua orang tua berdia kepada Allah SWT dengan menadah tangan dan merintih agar anak-anak mereka diberkati dan berharap mereka dapat berada di kedudukan yang lebih baik dari mereka. Ibu bapa berasa senang seandainya anak-anak mereka boleh berbakti, taat, menuruti perintah dan akhlak serta mempunyai tingkah laku yang sopan terhadap mereka. Dan sudah pasti hati mereka berasa tidak tenteram seandainya anak yang dikandung selama Sembilan bulan itu derhaka dan tidak mentaati mereka. Buku yang sedang anda tatap ini memapar...