Skip to main content

Majlis Serahan Buku Wakaf Kepada Jabatan Penjara Pahang

 8 Oktober 2021


Majlis Serahan Buku Wakaf Kepada Jabatan Penjara Pahang


Telah berlangsungnya majlis serahan buku wakaf kepada Jabatan Penjara Pahang dari pihak Perpustakaan UiTM Cawangan Pahang hasil sumbangan warga UiTM Cawangan Pahang dan orang awam di Penjara Bentong, Pahang.
Majlis disempurnakan dengan kehadiran KP Dato' Ab. Basir bin Mohamad, Pengarah Penjara Negeri Pahang serta TKP Dato' Abu Hasan bin Hussain, Pengarah Penjara Bentong.


Sesi serahan ini juga turut dihadiri oleh Profesor Ts. Dr. Mohd. Ilham Adenan, Menjalankan Tugas Rektor UiTM Cawangan Pahang. Turut hadir Timbalan Pustakawan UiTM Cawangan Pahang, Puan Hajah Rosnita binti Ja'afar serta beberapa wakil dari UiTM Cawangan Pahang bagi menjayakan sesi penyerahan ini.


Program yang telah bermula dari 15 September sehingga 6 Oktober 2021 ini merupakan inisiatif yang digerakkan oleh Perpustakaan UiTM Cawangan Pahang Kampus Jengka dan Raub. Sebanyak 200 naskhah buku telah disumbangkan bagi Fasa 1, manakala, sebanyak 1,000 naskhah bahan bacaan terpakai dan baharu terdiri daripada 74 naskhah al-quran dan 926 naskhah buku pelbagai kategori seperti buku bercorak keagamaan, motivasi, novel dan majalah berjaya dikumpulkan bagi Fasa 2 ini.

Terima kasih diucapkan buat para penyumbang yang sudi mewakafkan bahan bacaan terpakai bagi menjayakan program Wakaf Buku 4.0 ini!

Diharapkan program sebegini dapat terus dijalankan di masa hadapan dan mendapat sambutan dari pelbagai pihak.
Layari pautan KLIK SINI bagi informasi terkini mengenai program Wakaf Buku 4.0 yang dijalankan.

sila ikuti maklumat terkini dilaman web rasmi kami di : https://pahang.library.uitm.edu.my/

LIKE & FOLLOW FACEBOOK Perpustakaan Al-Bukhari :
https://www.facebook.com/library.uitm.pahang

Sekian, terima kasih.


Comments

Popular posts from this blog

Ulasan Buku : Petua Menangani STRES

  17 November 2020 Tajuk Buku : Petua Menangani STRES Penulis : Dato' Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah, Haji Muhammad Zakaria, Muntazah Tumian dan Mahfuzah Omar Penerbit : Telaga Biru Sdn. Bhd. Tahun Terbitan : November 2017 Kehidupan anda dalam era globalisasi hari ini mengundang tekanan dari semua arah. Tekanan ini mengenai semua golongan dari pelajar hingga kepada ibu bapa, pekerja, golongan profesional, pemimpin dan rakyat jelata. Stres menjadikan diri kita tertekan, produktiviti diri menurun, jiwa tidak tenteram dan tindakan menjadi tidak rasional. Pada masa yang sama timbul perasaan marah, geram, lemah dan hilang keyakinan diri. Stres berpunca daripada sifat semula jadi yang tidak stabil seperti terlalu inginkan kemenangan, bersikap perfectionist, suka mendesak, risau keterlaluan, tidak mahu menerima teguran, bersangka buruk dan berdendam. Untuk menghindarkan diri daripada fenomena ini, kita perlu menangani stres dengan bijak. Jika stres tidak boleh dihilangkan sepenuhnya, ia per...

Electronic Questions Paper System Version 2.0 (EQPSv2)

Electronic Questions Paper System Version 2.0 (EQPSv2) Collection for library users to obtain past year examination question papers of the University from all of UiTM's faculties Want to score in your final exam? Click on https://ptarapps.uitm.edu.my/login Note: The system only provides exam papers, not ANSWERS SCHEME Check out our teaser: https://youtu.be/zFB2e_xdwSE . #libphg #keluargauitm #uitm #uitmdihatiku #libraryforalll  

Ulasan Buku : Sebelum Anak Derhaka

19 November 2020   Sebelum Anak Derhaka Penulis : Dr. Sa’ad Karim Penerbit : Blue-T Publication Sdn. Bhd. Tahun Terbitan : 2011 No. Panggilan : BP173.3.S32 2011 "Sesungguhnya anak-anak kami adalah hati yang ada, Di tengah-tengah kami berjalan di muka bumi; Andaiangin menerpa salah satu dari mereka, Tentu mata kami tidak bias terpejam (penyair)" Barang paling berharga yang dimiliki ibu bapa dan paling dicintai mereka di dunia ini tidak lain tidak bukan ialah anak. Semua orang tua berdia kepada Allah SWT dengan menadah tangan dan merintih agar anak-anak mereka diberkati dan berharap mereka dapat berada di kedudukan yang lebih baik dari mereka. Ibu bapa berasa senang seandainya anak-anak mereka boleh berbakti, taat, menuruti perintah dan akhlak serta mempunyai tingkah laku yang sopan terhadap mereka. Dan sudah pasti hati mereka berasa tidak tenteram seandainya anak yang dikandung selama Sembilan bulan itu derhaka dan tidak mentaati mereka. Buku yang sedang anda tatap ini memapar...