Pada pagi ini, 11 April 2022 telah berlangsungnya sesi serahan buku sumbangan melalui program Wakaf Buku 5.0 kepada Sekolah Kebangsaan (LKTP) Sungai Nerek, Temerloh, Pahang Darul Makmur.
Semua buku sumbangan telah diserahkan kepada wakil Sekolah iaitu Cikgu Zulkarnaen Abdullah, Guru Penolong Kanan Kokurikulum yang disampaikan Puan Hajah Rosnita binti Haji Ja’afar, Timbalan Ketua Pustakawan, dan disaksikan oleh Encik Mohd Fadhli bin Samsudin, Pustakawan Kanan, Perpustakaan Al-Bukhari, UiTM Cawangan Pahang bertempat di Perpustakaan Al-Bukhari.
Melalui sesi ini diharapkan jaringan kerjasama dan ukhwah yang terjalin antara dua pihak dapat dikekalkan melalui kolaborasi bagi program di masa hadapan. Jom ramai-ramai warga UiTM Cawangan Pahang dan penduduk sekitar untuk turut serta dalam program Wakaf Buku 5.0 ini. Semoga usaha murni melalui program ini mendatangkan seribu rahmat kepada semua pihak.
Comments
Post a Comment