Pada 24 Jun 2022, tiga orang Pelajar Latihan Industri dari Universiti Malaysia Kelantan telah membuat pembentangan berkaitan hasil latihan yang mereka pelajari dan program-program PAB yang telah dibantu oleh mereka selama menjalani latihan industri di Perpustakaan Al-Bukhari selama 16 minggu.
Pembentangan ini juga bertujuan untuk mempersiapkan diri mereka bagi sesi pembentangan laporan akhir bersama pensyarah yang terlibat kelak. Didoakan agar para pelajar latihan industri ini memperoleh kecemerlangan serta mendapat pekerjaan dengan lancar pada masa hadapan.
#libphg
#pabmembaca
#libraryforall
Comments
Post a Comment