Skip to main content

Program YEF Msia Intervention Program 2022

 Program YEF Msia Intervention Program 2022 bersama Perpustakaan UiTM Cawangan Pahang Kampus Jengka.

Youth Empowerment Foundation Malaysia (YEF Msia) merupakan sebuah Yayasan yang merangka program persediaan bagi 30 orang pelajar lepasan SPM kurang berkemampuan dan keluarga asnaf dari seluruh Malaysia serta mereka terpilih menerima tajaan bantuan daripada YEF Msia. Program ini dijalankan selama 18 hari dan merangkumi pelbagai aspek pembelajaran dan kehidupan yang membantu pelajar ini mendepani kehidupan sebagai bakal mahasiswa di universiti. Program yang bermula di Kuala Lumpur dan melibatkan beberapa negeri termasuk negeri Pahang.
Pihak Perpustakaan Al-Bukhari berbesar hati menerima pelawaan daripada pihak YEF Msia yang ingin menjalin kerjasama untuk menjalankan beberapa aktiviti di UiTM Cawangan Pahang Kampus Jengka selama 4 hari 3 malam bermula pada 30 Jun 2022 sehingga 3 Julai 2022. Antara program serta aktiviti yang telah dijalankan di UiTM Cawangan Pahang Kampus Jengka ialah “The A Star Student”, “Quick Information Searching Techniques”, “Self-Protection & Love Yourself”, “Let’s Explore Our Campus”, “Decision Making & Making Choice”, “University Social Responsibility (USR) at Perpustakaan Awam Chenor”, “Selangkah ke UiTM” dan “Kelas Al-Quran”. Program yang seiring dengan Sustainable Development Goals (SDG) SDG 1: No Poverty, SDG 2: Zero Hunger, SDG 4: Quality Education, SDG 5: Decent Work for and Economic Growth, SDG 8: Gender Equality dan SDG 17: Partnership for the Goals ini diharapkan sedikit sebanyak dapat membantu para pelajar dalam usaha untuk lebih bersedia sebelum bergelar mahasiswa serta jalinan kerjasama ini dapat diteruskan bagi menyokong serta melahirkan graduan yang cemerlang dari pelbagai aspek kehidupan.
Untuk maklumat lanjut, layari laman sesawang Perpustakaan Al-Bukhari (link web) bagi melihat perjalanan program yang telah dijalankan.

Comments

Popular posts from this blog

UaU ke UHei Penilaian Pelupusan Rekod Unit Arkib Universiti membuat penilaian pelupusan Rekod di  Unit Hal Ehwal Islam,UiTM Cawangan Pahang  pagi ini.

Ulasan Buku : Petua Menangani STRES

  17 November 2020 Tajuk Buku : Petua Menangani STRES Penulis : Dato' Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah, Haji Muhammad Zakaria, Muntazah Tumian dan Mahfuzah Omar Penerbit : Telaga Biru Sdn. Bhd. Tahun Terbitan : November 2017 Kehidupan anda dalam era globalisasi hari ini mengundang tekanan dari semua arah. Tekanan ini mengenai semua golongan dari pelajar hingga kepada ibu bapa, pekerja, golongan profesional, pemimpin dan rakyat jelata. Stres menjadikan diri kita tertekan, produktiviti diri menurun, jiwa tidak tenteram dan tindakan menjadi tidak rasional. Pada masa yang sama timbul perasaan marah, geram, lemah dan hilang keyakinan diri. Stres berpunca daripada sifat semula jadi yang tidak stabil seperti terlalu inginkan kemenangan, bersikap perfectionist, suka mendesak, risau keterlaluan, tidak mahu menerima teguran, bersangka buruk dan berdendam. Untuk menghindarkan diri daripada fenomena ini, kita perlu menangani stres dengan bijak. Jika stres tidak boleh dihilangkan sepenuhnya, ia per

Archive Collection : Tahun 2005, Edisi 54 / Disember 2021

   20 Disember 2021 Tahun 2005, Edisi 54 / Disember 2021 Archive Collection diterbitkan bagi mempromosikan koleksi bahan arkib kepada warga universiti oleh Unit Arkib Cawangan, Perpustakaan Al-Bukhari, UiTM Cawangan Pahang. Diskripsi : Senarai nombor telefon setiap bahagian di UiTM Cawangan Pahang Online Finding Archive (OFA) KLIK SINI   sila ikuti maklumat terkini dilaman web rasmi kami di : https://pahang.library.uitm.edu.my/ LIKE & FOLLOW FACEBOOK Perpustakaan Al-Bukhari : https://www.facebook.com/library.uitm.pahang Sekian, terima kasih.