Skip to main content

Taklimat Pengurusan Fail dan Rekod

10/8/2022 (Rabu) - Unit Arkib Cawangan menerima permohonan Konsultasi Taklimat Pengurusan Fail dan Rekod serta praktikal kaedah buka/ tutup fail dari PTJ Unit Korporat Pejabat Rektor.

Taklimat disampaikan oleh Puan Hajah Rosnita binti Haji Ja'afar, Timbalan Ketua Pustakawan dan dibantu oleh Puan Suhaina binti Ibrahim, Pembantu Pustakawan, Encik Razali bin Mat Sabu, Pembantu Pustakawan Kanan.
Tujuan taklimat ini diberikan adalah kerana terdapat perubahan staf di Pejabat Rektor untuk yang akan menguruskan fail serta memberi pendedahan kepada unit-unit lain di Pejabat Rektor. PTJ yang terlibat ialah Encik Jalcairul bin Jalaluddin, Pegawai Eksekutif, Encik Wan Mohd Zikri bin Wan Mohd Zaid, Pembantu Tadbir, Puan Siti Balkis binti Mohd Taha, Setiausaha Pejabat, Puan Nor Ismaniza binti Mat Nor, Pegawai Khidmat Pelanggan Kanan, Encik Muhammad Nazarullah bin Sulaiman, Pereka PSH, Cik Nor Hamizah binti Abd Razak, Kerani PSH dan Encik Mohamad Fikri bin Zolkapli, Pembantu Operasi.
Semoga perkhidmatan dari Unit Arkib dapat membantu PTJ menguruskan fail dengan betul dan Terima kasih atas kerjasama yang diberikan.















Comments

Popular posts from this blog

Ulasan Buku : Petua Menangani STRES

  17 November 2020 Tajuk Buku : Petua Menangani STRES Penulis : Dato' Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah, Haji Muhammad Zakaria, Muntazah Tumian dan Mahfuzah Omar Penerbit : Telaga Biru Sdn. Bhd. Tahun Terbitan : November 2017 Kehidupan anda dalam era globalisasi hari ini mengundang tekanan dari semua arah. Tekanan ini mengenai semua golongan dari pelajar hingga kepada ibu bapa, pekerja, golongan profesional, pemimpin dan rakyat jelata. Stres menjadikan diri kita tertekan, produktiviti diri menurun, jiwa tidak tenteram dan tindakan menjadi tidak rasional. Pada masa yang sama timbul perasaan marah, geram, lemah dan hilang keyakinan diri. Stres berpunca daripada sifat semula jadi yang tidak stabil seperti terlalu inginkan kemenangan, bersikap perfectionist, suka mendesak, risau keterlaluan, tidak mahu menerima teguran, bersangka buruk dan berdendam. Untuk menghindarkan diri daripada fenomena ini, kita perlu menangani stres dengan bijak. Jika stres tidak boleh dihilangkan sepenuhnya, ia per...
UaU ke UHei Penilaian Pelupusan Rekod Unit Arkib Universiti membuat penilaian pelupusan Rekod di  Unit Hal Ehwal Islam,UiTM Cawangan Pahang  pagi ini.

Ulasan Buku : Sebelum Anak Derhaka

19 November 2020   Sebelum Anak Derhaka Penulis : Dr. Sa’ad Karim Penerbit : Blue-T Publication Sdn. Bhd. Tahun Terbitan : 2011 No. Panggilan : BP173.3.S32 2011 "Sesungguhnya anak-anak kami adalah hati yang ada, Di tengah-tengah kami berjalan di muka bumi; Andaiangin menerpa salah satu dari mereka, Tentu mata kami tidak bias terpejam (penyair)" Barang paling berharga yang dimiliki ibu bapa dan paling dicintai mereka di dunia ini tidak lain tidak bukan ialah anak. Semua orang tua berdia kepada Allah SWT dengan menadah tangan dan merintih agar anak-anak mereka diberkati dan berharap mereka dapat berada di kedudukan yang lebih baik dari mereka. Ibu bapa berasa senang seandainya anak-anak mereka boleh berbakti, taat, menuruti perintah dan akhlak serta mempunyai tingkah laku yang sopan terhadap mereka. Dan sudah pasti hati mereka berasa tidak tenteram seandainya anak yang dikandung selama Sembilan bulan itu derhaka dan tidak mentaati mereka. Buku yang sedang anda tatap ini memapar...