Skip to main content

TAKLIMAT MINGGU DESTINI SISWA (MDS)








Taklimat Minggu Destini Siswa (MDS) telah berlangsung pada 6 Oktober 2022 (Khamis) jam 2.15 petang bertempat di Dewan Indera Segara. Taklimat Minggu Destini Siswa UiTM Cawangan Pahang ini telah disampaikan oleh Cik Muniratul Husna Mohamad Zaki, Pustakawan dari Perpustakaan Al-Bukhari UiTM Cawangan Pahang Kampus Jengka serta dibantu oleh staf-staf perpustakaan yang lain.
Tujuan utama taklimat ini diadakan adalah bagi memberi pendedahan awal kepada mahasiswa dan mahasiswi tentang kepentingan perpustakaan, kemudahan serta bahan koleksi fizikal dan digital yang tersedia untuk kegunaan para pelajar sepanjang pembelajaran meraka di UiTM Cawangan Pahang seiring dengan Sustainable Development Goals (SDG) 4: Quality Education.
Sejajar dengan konsep Perpustakaan Digital, pihak Perpustkaan UiTM Cawangan Pahang juga berkongsi tentang tatacara pencarian koleksi bahan digital yang terdapat di dalam laman sesawang Perpustakaan serta pencarian koleksi kertas soalan (Exam paper) melalui Mobileapp@UiTMLibrary. Sesi taklimat ini juga dimeriahkan lagi dengan slot Quizizz dimana pelajar perlu menjawab soalan kuiz atas talian berdasarkan taklimat yang telah disampaikan oleh penceramah. Selain itu, sesi taklimat MDS ini turut dihadiri oleh Puan Hajah Rosnita Ja'afar, Timbalan Ketua Pustakawan yang turut menyampaikan amanat kepada para pelajar baharu agar mereka lebih bersemangat untuk memulakan pembelajaran mereka di UiTM Cawangan Pahang Kampus Jengka.
Semoga perkongsian yang telah disampaikan ini dapat memberi impak dan input berguna buat para pelajar baharu sesi 1 2022/23.
Selamat maju jaya!




 

Comments

Popular posts from this blog

UaU ke UHei Penilaian Pelupusan Rekod Unit Arkib Universiti membuat penilaian pelupusan Rekod di  Unit Hal Ehwal Islam,UiTM Cawangan Pahang  pagi ini.

Ulasan Buku : Petua Menangani STRES

  17 November 2020 Tajuk Buku : Petua Menangani STRES Penulis : Dato' Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah, Haji Muhammad Zakaria, Muntazah Tumian dan Mahfuzah Omar Penerbit : Telaga Biru Sdn. Bhd. Tahun Terbitan : November 2017 Kehidupan anda dalam era globalisasi hari ini mengundang tekanan dari semua arah. Tekanan ini mengenai semua golongan dari pelajar hingga kepada ibu bapa, pekerja, golongan profesional, pemimpin dan rakyat jelata. Stres menjadikan diri kita tertekan, produktiviti diri menurun, jiwa tidak tenteram dan tindakan menjadi tidak rasional. Pada masa yang sama timbul perasaan marah, geram, lemah dan hilang keyakinan diri. Stres berpunca daripada sifat semula jadi yang tidak stabil seperti terlalu inginkan kemenangan, bersikap perfectionist, suka mendesak, risau keterlaluan, tidak mahu menerima teguran, bersangka buruk dan berdendam. Untuk menghindarkan diri daripada fenomena ini, kita perlu menangani stres dengan bijak. Jika stres tidak boleh dihilangkan sepenuhnya, ia per

Archive Collection : Tahun 2005, Edisi 54 / Disember 2021

   20 Disember 2021 Tahun 2005, Edisi 54 / Disember 2021 Archive Collection diterbitkan bagi mempromosikan koleksi bahan arkib kepada warga universiti oleh Unit Arkib Cawangan, Perpustakaan Al-Bukhari, UiTM Cawangan Pahang. Diskripsi : Senarai nombor telefon setiap bahagian di UiTM Cawangan Pahang Online Finding Archive (OFA) KLIK SINI   sila ikuti maklumat terkini dilaman web rasmi kami di : https://pahang.library.uitm.edu.my/ LIKE & FOLLOW FACEBOOK Perpustakaan Al-Bukhari : https://www.facebook.com/library.uitm.pahang Sekian, terima kasih.