PENYERAHAN REKOD PENTING UNIVERSITI
Dengan segala
hormatnya, kami mengalu-alukan Warga UiTM Cawangan Pahang untuk membuat
penyerahan rekod penting universiti di jabatan YBhg.
Prof/ Prof Madya/ Dr./ Ir./ Tuan/ Puan/ Encik dan Cik masing-masing.
Unit
Arkib Universiti, Perpustakaan Al-Bukhari bertanggungjawab bagi
perolehan rekod penting universiti yang bernilai selaras
dengan Dasar Penilaian dan Perolehan Rekod Awam Arkib Negara Malaysia
iaitu :
Memperolehi rekod awam
yang dalam jagaan atau dibawah kawalan sesuatu pejabat awam, kepada jagaan dan
kawalan Arkib Negara melalui proses pemindahan – Seksyen 28, Akta Arkib Negara
2003 [Akta 629].
Sehubungan itu, ianya
akan disimpan dan dipelihara di Unit Arkib Universiti Perpustakaan Al Bukhari,
UiTM Cawangan Pahang sebagai Memori Institusi
(Institutional
Memory).
Pengaksesan semula
bahan atau carian rekod penting lain boleh dibuat secara atas
talian melalui sistem https://ams.uitm.edu.my/ofa/
Sekiranya terdapat
pertanyaan pihak warga boleh menghubungi Unit Arkib Universiti
Perpustakaan Al Bukhari, UiTM Cawangan Pahang ditalian 09-4602839
(Suhaina)
Comments
Post a Comment