Skip to main content

 

🌟PROGRAM JELAJAH ILMU BERSAMA SI CILIK @ PAB 🌟

 

πŸ“… Tarikh : 12 September 2024

Masa : 10.00 pagi – 1.00 petang

πŸ“ Tempat : Perpustakaan Al-Bukhari, UiTM Cawangan Pahang, Kampus Jengka

πŸŽ“ Peserta : Murid TABIKA KEMAS Jengka 11

 

Program Jelajah Ilmu Bersama Si Cilik @ PAB bersama murid  TABIKA KEMAS Jengka 11, merupakan program lawatan pendidikan ke Perpustakaan Al-Bukhari, UiTM Cawangan Pahang, Kampus Jengka. Program ini seiring dengan “SDG 4: Quality Education” dan “SDG 17 : Partnership for The Goals”, yang melibatkan seramai 39 orang terdiri daripada 18 orang murid dan 21 orang guru dan penjaga. Program ini dikendalikan oleh Puan Muniratul Husna binti Mohamad Zaki (Pustakawan).

 

Aktiviti yang dijalankan adalah seperti:

πŸ’‘AKTIVITI 1 – Ice Breaking (suai kenal) dijalankan untuk mencipta suasana pembelajaran yang menyeronokkan.

πŸ’‘AKTIVITI 2 - Library Tour dijalankan di dalam bangunan Perpustakaan Al-Bukhari bagi memperkenalkan ruang utama yang terdapat dalam bangunan perpustakaan.

πŸ’‘AKTIVITI 3 – Dunia Warna – Warni merupakan aktiviti mewarna poster bersempena Hari Malaysia pada 16 September.

πŸ’‘AKTIVITI 4 – Penyampaian Cenderamata kepada murid-murid TABIKA oleh Puan Muniratul Husna binti Mohamad Zaki.

 

Terima kasih kepada semua yang telah menyertai program ini. Semoga murid-murid dapat memupuk sikap minat membaca dan pendedahan awal dengan perpustakaan pada peringkat awal usia. πŸŒπŸ“š

 

Ilmu bermanfaat dikongsikan bersama ! πŸ“ˆπŸ™Œ

 

#libphg

#pabmembaca

#libraryforall

#uitmdihatiku








Comments

Popular posts from this blog

Ulasan Buku : Petua Menangani STRES

  17 November 2020 Tajuk Buku : Petua Menangani STRES Penulis : Dato' Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah, Haji Muhammad Zakaria, Muntazah Tumian dan Mahfuzah Omar Penerbit : Telaga Biru Sdn. Bhd. Tahun Terbitan : November 2017 Kehidupan anda dalam era globalisasi hari ini mengundang tekanan dari semua arah. Tekanan ini mengenai semua golongan dari pelajar hingga kepada ibu bapa, pekerja, golongan profesional, pemimpin dan rakyat jelata. Stres menjadikan diri kita tertekan, produktiviti diri menurun, jiwa tidak tenteram dan tindakan menjadi tidak rasional. Pada masa yang sama timbul perasaan marah, geram, lemah dan hilang keyakinan diri. Stres berpunca daripada sifat semula jadi yang tidak stabil seperti terlalu inginkan kemenangan, bersikap perfectionist, suka mendesak, risau keterlaluan, tidak mahu menerima teguran, bersangka buruk dan berdendam. Untuk menghindarkan diri daripada fenomena ini, kita perlu menangani stres dengan bijak. Jika stres tidak boleh dihilangkan sepenuhnya, ia per...

Electronic Questions Paper System Version 2.0 (EQPSv2)

Electronic Questions Paper System Version 2.0 (EQPSv2) Collection for library users to obtain past year examination question papers of the University from all of UiTM's faculties Want to score in your final exam? Click on https://ptarapps.uitm.edu.my/login Note: The system only provides exam papers, not ANSWERS SCHEME Check out our teaser: https://youtu.be/zFB2e_xdwSE . #libphg #keluargauitm #uitm #uitmdihatiku #libraryforalll  

Ulasan Buku : Sebelum Anak Derhaka

19 November 2020   Sebelum Anak Derhaka Penulis : Dr. Sa’ad Karim Penerbit : Blue-T Publication Sdn. Bhd. Tahun Terbitan : 2011 No. Panggilan : BP173.3.S32 2011 "Sesungguhnya anak-anak kami adalah hati yang ada, Di tengah-tengah kami berjalan di muka bumi; Andaiangin menerpa salah satu dari mereka, Tentu mata kami tidak bias terpejam (penyair)" Barang paling berharga yang dimiliki ibu bapa dan paling dicintai mereka di dunia ini tidak lain tidak bukan ialah anak. Semua orang tua berdia kepada Allah SWT dengan menadah tangan dan merintih agar anak-anak mereka diberkati dan berharap mereka dapat berada di kedudukan yang lebih baik dari mereka. Ibu bapa berasa senang seandainya anak-anak mereka boleh berbakti, taat, menuruti perintah dan akhlak serta mempunyai tingkah laku yang sopan terhadap mereka. Dan sudah pasti hati mereka berasa tidak tenteram seandainya anak yang dikandung selama Sembilan bulan itu derhaka dan tidak mentaati mereka. Buku yang sedang anda tatap ini memapar...