Temubual Berkaitan Amalan Pejabat Hijau Syarikat
Tarikh: 10 Januari 2025
Masa: 2:30 PM
Bilangan Ahli: 5 orang
Lokasi: Perpustakaan Al-Bukhari
Perpustakaan Al-Bukhari telah menerima kunjungan daripada sekumpulan pelajar Fakulti Pengurusan dan Perniagaan, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Pahang.
Kunjungan ini merupakan sebahagian daripada program akademik mereka yang berfokuskan kepada subjek ‘Organizational Management and Practices’. Kunjungan ini bertujuan untuk menjalankan sesi temubual bersama pihak pengurusan perpustakaan bagi mendapatkan maklumat berkaitan amalan pejabat hijau.
Hasil temubual ini akan digunakan untuk melengkapkan laporan akhir pelajar sebagai salah satu keperluan akademik dalam subjek tersebut. Diharapkan maklumat yang diperoleh daripada sesi temubual ini dapat membantu pelajar memahami bagaimana amalan hijau diterapkan dalam organisasi sebenar, sekaligus memberikan inspirasi kepada mereka untuk menerapkan amalan serupa dalam pengurusan pejabat di masa hadapan.
#libphg
#pabmembaca
#libraryforall #PembudayaanIlmuMembentukAdiwangs
Comments
Post a Comment