Jom Baca Bersama 10 Minit 2025 – Selesai dengan jayanya!
#pabmembaca #malaysiamembaca
Alhamdulillah, program Jom Baca Bersama 10 Minit telah berjaya dilaksanakan pada 23 April 2025, tepat jam 11:00 pagi di Perpustakaan Al-Bukhari, UiTM Cawangan Pahang.
Bertemakan "Nikmati Saat Ini", para peserta meluangkan masa selama 10 minit untuk menyelami dunia ilmu dan menghayati keindahan membaca bagi menyemarakkan budaya membaca dalam kalangan warga kampus dan komuniti setempat. Selain itu, aktiviti seperti “book review” iaitu ulasan ringkas berkaitan buku yang dibaca serta aktiviti “MyReading” iaitu pendaftaran bahan bacaan peserta ke dalam portal PERMATA turut dijalankan bagi membantu para peserta dalam pembacaan yang lebih sistematik dan konsisten seiring dengan “SDG 4: Quality of Education”.
Terima kasih kepada semua yang turut serta dan memberi sokongan!
Nantikan sorotan gambar dan video sepanjang program di laman media sosial kami.

Comments
Post a Comment