BOOK REVIEW: Dork Diaries
Disediakan oleh: Nur Amierah Syafieqah binti Abdul Rahman
Pelajar ORBID dan Sukarelawan Perpustakaan
Tajuk Buku: Dork Diaries
Penulis: Rachel Renée Russell
Ulasan:
Dork Diaries mengisahkan tentang kehidupan harian seorang remaja bernama Nikki Maxwell yang melalui cabaran di sekolah menengah. Gaya penulisan buku ini berbentuk diari, menjadikannya lebih santai, lucu dan mudah difahami – sangat sesuai untuk remaja. Pembaca akan dibawa menyelami pelbagai konflik remaja seperti persahabatan, cinta monyet, buli, dan cabaran untuk menyesuaikan diri dalam persekitaran baru.
Pengajaran utama:
Pentingnya untuk menjadi diri sendiri walaupun dunia cuba mengubah kita.
Nilai persahabatan sejati dan keberanian menghadapi cabaran hidup.
#libphg
#libraryforall
#PembudayaanIlmuMembentukAdiwangsa
#bookreview
17 November 2020 Tajuk Buku : Petua Menangani STRES Penulis : Dato' Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah, Haji Muhammad Zakaria, Muntazah Tumian dan Mahfuzah Omar Penerbit : Telaga Biru Sdn. Bhd. Tahun Terbitan : November 2017 Kehidupan anda dalam era globalisasi hari ini mengundang tekanan dari semua arah. Tekanan ini mengenai semua golongan dari pelajar hingga kepada ibu bapa, pekerja, golongan profesional, pemimpin dan rakyat jelata. Stres menjadikan diri kita tertekan, produktiviti diri menurun, jiwa tidak tenteram dan tindakan menjadi tidak rasional. Pada masa yang sama timbul perasaan marah, geram, lemah dan hilang keyakinan diri. Stres berpunca daripada sifat semula jadi yang tidak stabil seperti terlalu inginkan kemenangan, bersikap perfectionist, suka mendesak, risau keterlaluan, tidak mahu menerima teguran, bersangka buruk dan berdendam. Untuk menghindarkan diri daripada fenomena ini, kita perlu menangani stres dengan bijak. Jika stres tidak boleh dihilangkan sepenuhnya, ia per...
Comments
Post a Comment