Lawatan Kerja Ketua Pustakawan UiTM ke Perpustakaan Al-Bukhari, UiTM Cawangan Pahang, Kampus Jengka.
Lawatan Kerja Ketua Pustakawan UiTM ke Perpustakaan Al-Bukhari, UiTM Cawangan Pahang, Kampus Jengka.
Perpustakaan Al-Bukhari, UiTM Cawangan Pahang, Kampus Jengka berbesar hati menerima lawatan kerja daripada Ketua Pustakawan UiTM, Ts. Haji Azizi Haji Jantan, hari ini.
Kehadiran beliau bukan sahaja membawa aura kepimpinan, malah turut menyumbang idea-idea bernas serta cadangan membina demi memastikan perpustakaan terus relevan, berkualiti dan menjadi nadi kecemerlangan akademik warga kampus serta kepada komuniti setempat.
Seluruh warga perpustakaan menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas masa berharga yang dicurahkan oleh Haji Azizi. Lawatan kerja ini menjadi suntikan semangat untuk kami terus komited memperkasa perkhidmatan, memelihara kualiti, serta meningkatkan pengalaman pengguna di Perpustakaan Al-Bukhari.
Dengan sokongan berterusan dan panduan daripada pihak kepimpinan, kami yakin perpustakaan ini akan terus menjadi pusat ilmu yang unggul untuk semua, seiring dengan tagline yang sering kita sematkan iaitu pembudayaan ilmu membentuk adiwangsa.
Sila ikuti maklumat terkini dilaman web rasmi kami di
LIKE & FOLLOW FACEBOOK Perpustakaan Al-Bukhari:
Comments
Post a Comment