Program AI dalam Pendidikan: Kemahiran dan Aplikasi untuk Guru telah diadakan pada 12 Februari 2026 (Khamis), jam 3.00 petang bertempat di Bilik IT, Perpustakaan Al-Bukhari dengan penyertaan seramai 45 orang guru dari Sekolah Menengah Kebangsaan Jengka Pusat 2. Program ini dianjurkan oleh Perpustakaan Al-Bukhari sebagai usaha memperkasa literasi digital dalam kalangan pendidik.
Objektif program adalah untuk memberikan pendedahan kepada guru-guru mengenai pembudayaan digital serta penggunaan kecerdasan buatan (AI) dalam pendidikan. Melalui sesi refleksi yang dijalankan, peserta menunjukkan minat dan kesungguhan yang tinggi dalam meneroka teknologi AI serta aplikasi kreativiti digital. Ramai guru menyatakan bahawa program ini membuka ruang baharu dalam menghasilkan bahan PdP yang lebih menarik, mudah disediakan serta mampu meningkatkan motivasi pelajar.
Sesi bimbingan dikendalikan dalam dua slot utama. Slot pertama disampaikan oleh Encik Khairul Ziad Hasbullah, Pembantu Pustakawan Tertinggi, yang memberi penerangan berkaitan cara penggunaan Institutional Repository (IR). Dalam sesi ini, peserta didedahkan dengan fungsi IR sebagai platform penyimpanan dan pengurusan bahan ilmiah digital seperti artikel, kertas kerja, laporan penyelidikan serta bahan pengajaran. IR juga membantu memudahkan capaian maklumat secara sistematik, meningkatkan visibiliti bahan akademik serta menyokong perkongsian ilmu secara lebih meluas.
Slot kedua pula disampaikan oleh Encik Mohd Ikhsan bin Md Raus, Pensyarah Kanan Fakulti Sains Komputer dan Matematik, yang membimbing peserta mengenai penggunaan AI dalam pendidikan termasuk aplikasi seperti ChatGPT.
Kefahaman mendalam serta pengalaman kedua-dua penceramah dalam bidang pendidikan digital dan teknologi telah membantu peserta menguasai kandungan dengan lebih mudah, jelas dan praktikal, seterusnya meningkatkan keyakinan guru untuk mengaplikasikan teknologi dalam proses PdP.
Sila ikuti maklumat terkini dilaman web rasmi kami di:
LIKE & FOLLOW FACEBOOK Perpustakaan Al-Bukhari:













Comments
Post a Comment