PROGRAM WORLD #QuranHour DI UiTM CAWANGAN PAHANG KAMPUS JENGKA
Perpustakaan Al-Bukhari dengan kerjasama Unit Hal Ehwal Islam (UHEI), UiTM Cawangan Pahang telah menganjurkan Program World #QuranHour bersempena sambutan World #QuranHour yang berlangsung serentak di seluruh dunia pada 21 Ramadan 1447H.
Program yang dilaksanakan secara hibrid (fizikal dan dalam talian) ini mendapat sambutan menggalakkan daripada warga UiTM Cawangan Pahang. Bacaan Surah Al-Muzzammil telah dipimpin oleh Muhammad Faridzul Amri Fadzil, Pegawai Eksekutif Kanan Unit Hal Ehwal Islam (UHEI), UiTM Cawangan Pahang Kampus Jengka.
Program ini turut diserikan dengan kehadiran Rektor UiTM Cawangan Pahang bersama Ahli Jawatankuasa Eksekutif Negeri (JKEN) sebagai tanda sokongan terhadap usaha memperkukuh pembudayaan Al-Quran dalam kalangan warga universiti.
Penganjuran program ini diharapkan dapat terus menyemarakkan kecintaan terhadap Al-Quran serta memperkukuh pembudayaan ilmu dan nilai-nilai murni dalam kalangan warga universiti.
Pihak penganjur merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang telah memberikan kerjasama dan komitmen dalam menjayakan program ini.
#QuranHour2026
#MisiAlMuzzammil
#SavingTheUmmah
#QuranHourUiTMPahang
#pabquranhour
#pabmembaca
#libphg
#PembudayaanIlmuMembentukAdiwangsa















Comments
Post a Comment