Tajuk program : JELAJAH BIODIVERSITI PAHANG 2026 DI DAERAH
MARAN.
Tarikh : 18 April 2026
Tempat : Che Minah Sayang, Maran
Jelajah Biodiversiti Pahang 2026 meneruskan
siri jelajahnya ke daerah Maran dengan pengisian yang berlangsung di sekitar
Che Minah Sayang dan Perpustakaan Awam Daerah Maran.
Program hari ini melibatkan seramai 57 orang
peserta yang terdiri daripada ahli Persatuan ORBID (Organization of
Biodiversity Club), OBEY (Organization of Biology Progeny), staf perpustakaan
serta pengguna perpustakaan yang bersama-sama menjayakan setiap aktiviti yang
dirancang.
Sepanjang aktiviti berlangsung, peserta
menunjukkan minat dan keterlibatan yang tinggi dalam mengenal pasti serta
mendokumentasikan spesies yang ditemui. Ini terbukti dengan data pemerhatian
hari ini mencecah 1500 data🥳
Tahniah diucapkan untuk peserta daerah
Maran! Masih boleh capai angka yang lebih besar jika terus konsisten.
Program hari ini memperlihatkan pelaksanaan
yang teratur dengan penglibatan aktif daripada semua peserta dan pihak yang
terlibat.
Siri jelajah ini akan diteruskan dengan
lebih banyak pengisian menarik di lokasi seterusnya. Selepas ini, program akan
diteruskan di daerah Raub dan Bentong. Ikuti perjalanan Jelajah Biodiversiti
Pahang 2026 bersama kami di lokasi seterusnya.
Sertai Channel WhatsApp rasmi kami di sini:
https://bit.ly/JBP2026OFFICIAL
#JelajahBiodiversitiPahang2026
#CitizenScienceMonth
#ActsofScience
#CityNatureChallengePahang2026
#PUiTMPahang
#STEMSainsMasyarakat
#PembudayaanIlmuMembentukAdiwangsa
17 November 2020 Tajuk Buku : Petua Menangani STRES Penulis : Dato' Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah, Haji Muhammad Zakaria, Muntazah Tumian dan Mahfuzah Omar Penerbit : Telaga Biru Sdn. Bhd. Tahun Terbitan : November 2017 Kehidupan anda dalam era globalisasi hari ini mengundang tekanan dari semua arah. Tekanan ini mengenai semua golongan dari pelajar hingga kepada ibu bapa, pekerja, golongan profesional, pemimpin dan rakyat jelata. Stres menjadikan diri kita tertekan, produktiviti diri menurun, jiwa tidak tenteram dan tindakan menjadi tidak rasional. Pada masa yang sama timbul perasaan marah, geram, lemah dan hilang keyakinan diri. Stres berpunca daripada sifat semula jadi yang tidak stabil seperti terlalu inginkan kemenangan, bersikap perfectionist, suka mendesak, risau keterlaluan, tidak mahu menerima teguran, bersangka buruk dan berdendam. Untuk menghindarkan diri daripada fenomena ini, kita perlu menangani stres dengan bijak. Jika stres tidak boleh dihilangkan sepenuhnya, ia per...

















Comments
Post a Comment