Skip to main content

Perpustakaan Al-Bukhari Johan Keseluruhan

Fakulti Kejuruteraan Awam dan Fakulti Teknologi Maklumat & Sains Kuantitatif UiTM Cawangan Pahang telah menganjurkan Hari Kemuncak Bulan Inovasi 2011, pada 12 Januari 2012.



Terdapat pelbagai aktiviti telah diadakan antaranya Ceramah dan Forum, Gotong Royong Perdana 5S & Program Kitar Semula, 'Amazing Innovation Race' (A.I.R),Anugerah Kualiti Rektor (AKUR), Pertandingan Sukan Tradisional dan Pertandingan Kualiti Jabatan.



Pada hari Kemuncak tersebut Perpustakaan Al-Bukhari telah diumumkan sebagai Johan Keseluruhan bagi Pertandingan Kualiti Jabatan.
 
 
1. Johan - Pertandingan Piagam Pelanggan
2. Johan - Pertandingan Pengurusan Kaunter Terbaik
3. Johan - Pertandingan 5S Kategori Pejabat
4. Johan - Pertandingan Pengurusan Fail

 

Pn. Rosnita bt. Ja'afar, Timbalan Ketua Pustakawan telah turut memenangi Naib Johan Pertandingan Bilik Ceria untuk kategori Staf Pentadbiran.

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2010 Perpustakaan Al-Bukhari ialah Pn. Siti Rozana bt. Mat Sanat, Pustakawan dan En. Mohd Sahrin b. Husin – Pembantu Perpustakaan Tingkatan Kanan.

Tahniah dan syabas di ucapkan semoga dengan kemenangan ini akan meningkatkan motivasi dan semangat semua staf perpustakaan untuk terus memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada seluruh pelanggan perpustakaan.



Comments

Popular posts from this blog

Ulasan Buku : Petua Menangani STRES

  17 November 2020 Tajuk Buku : Petua Menangani STRES Penulis : Dato' Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah, Haji Muhammad Zakaria, Muntazah Tumian dan Mahfuzah Omar Penerbit : Telaga Biru Sdn. Bhd. Tahun Terbitan : November 2017 Kehidupan anda dalam era globalisasi hari ini mengundang tekanan dari semua arah. Tekanan ini mengenai semua golongan dari pelajar hingga kepada ibu bapa, pekerja, golongan profesional, pemimpin dan rakyat jelata. Stres menjadikan diri kita tertekan, produktiviti diri menurun, jiwa tidak tenteram dan tindakan menjadi tidak rasional. Pada masa yang sama timbul perasaan marah, geram, lemah dan hilang keyakinan diri. Stres berpunca daripada sifat semula jadi yang tidak stabil seperti terlalu inginkan kemenangan, bersikap perfectionist, suka mendesak, risau keterlaluan, tidak mahu menerima teguran, bersangka buruk dan berdendam. Untuk menghindarkan diri daripada fenomena ini, kita perlu menangani stres dengan bijak. Jika stres tidak boleh dihilangkan sepenuhnya, ia per...
UaU ke UHei Penilaian Pelupusan Rekod Unit Arkib Universiti membuat penilaian pelupusan Rekod di  Unit Hal Ehwal Islam,UiTM Cawangan Pahang  pagi ini.

Ulasan Buku : Sebelum Anak Derhaka

19 November 2020   Sebelum Anak Derhaka Penulis : Dr. Sa’ad Karim Penerbit : Blue-T Publication Sdn. Bhd. Tahun Terbitan : 2011 No. Panggilan : BP173.3.S32 2011 "Sesungguhnya anak-anak kami adalah hati yang ada, Di tengah-tengah kami berjalan di muka bumi; Andaiangin menerpa salah satu dari mereka, Tentu mata kami tidak bias terpejam (penyair)" Barang paling berharga yang dimiliki ibu bapa dan paling dicintai mereka di dunia ini tidak lain tidak bukan ialah anak. Semua orang tua berdia kepada Allah SWT dengan menadah tangan dan merintih agar anak-anak mereka diberkati dan berharap mereka dapat berada di kedudukan yang lebih baik dari mereka. Ibu bapa berasa senang seandainya anak-anak mereka boleh berbakti, taat, menuruti perintah dan akhlak serta mempunyai tingkah laku yang sopan terhadap mereka. Dan sudah pasti hati mereka berasa tidak tenteram seandainya anak yang dikandung selama Sembilan bulan itu derhaka dan tidak mentaati mereka. Buku yang sedang anda tatap ini memapar...